Wednesday, July 14, 2010

apa...kah???

saya invite dia sebagai rakan fb lama dahulu.Namun tiada jawapan. 2 x saya hantar ......
baru2 ini
saya terserempak dengan separuh dari nyawanya.saya berkirim salam kepadanya.tetapi tiada khabar walaupun jarak antara saya dan dia adalah sepelaung, bukannya jauh sepert asap dari sebatang rokok. Saya meronda berharap terserempak dengannya , tetapi tiada.apa....kah????

Hmmmm..........Setelah itu saya faham , jika anda tiada kuasa, tiada pangkat, tiada kerja anda tiada pada mereka.

Kesian Dr. M kan.............
Motif , mengaitkan dengan tersayang itu........

Conclusion: aik !!!! cepatnya, saya tidak mahu pukul keliling semak hahahahahahahaha ( beat around the bush
ada saya kesah!!!!!!!!!

Ok, saya sebenarnya hendak bercerita tentang laman impian saya. Tidak berapa menjadi lagi, tetapi saya tunjuk sikit aje la.

Saya telah menanam bunga rose di tepi kolam ikan ini. Impiannya hendak membuat 'rose edge' di situ. Kalau perasan masih ada lagi plastik tanah di situ, ini kerana saya bercadang hendak menutup tanah di sekeliling pokok rose itu dengan Japanese roses.Seminggu tapak tangan saya sakit kerana mengorek tanah untuk menanam rose itu. Next time bila HB tanya nak panggil mat indo tanamakan roses itu, saya mesti setuju......
Ini pula pandangan jauh untuk tempat yang sama.

Ini pula roses yang di sangkutkan di rak besi di tepi pagar. cadangnya hendak membuat rose edge juga di situ. tapi saya mempunyai masalah besar kerana di situ lah ampain kain saya. saya telah mengalihkan ampaian tadi dengan menutupi sliding door saya, which tersangatlah buruks..... hoccay.....so kena pikir lagi kat mana nak letak amapian itu atau roses itu.
any idea??????
motif post gambar yang hampir sama 2 x????
Oh!!oh.... terlupa.... sila cari perbezaan yang ketara sahaja.

Yang paling kanan tu terlebih baja dan terletak di tempat redup. rose ni tidak suka tempat redup.


.ingat tak lagi? masih kah kau ingat...............
suatu waktu dulu aku teringin laman dihiasi begonia, rose dan orchid. Ini lah antara begonia yang sedang di baik pulih.
saje je nak tunjuk gambar yang sama, bagi sakit mata dan sakit hati. hehehehhehe
Ini yang memang sudah pulih sepenuhnya .
tetapi saya masih tiada idea mcmana nak campurkan begonia dengan orchid. hasil di atas nampak berserabut.
Oh!!btw, saya ada membeli pokok bunga burung ini. kalau perasan ada 2 ekor burung kat situ. sebenarnya gambar ini kurang jelas. nanti2 bila saya tak penat saya ambil lagi gambarnya ye.

Sekarang , mari kita tengok orchid pula. Ini Phal bellina Pink. Yang ini nampak original kan.....
Semua Phal Bellina yang saya beli yang asalnya( tapi saya beli di nursery la) dari Papua New Guinea dan Sarawak, bentuk bunganya adalah begini.

Ini juga Phal Bellina Pink, nampak macam mentawai ataupun violacea sumatrana ( jangan ada orang melenting marah pulak sebab nama orchid nih ) ahaks.......
Menurut kata tokeh masa saya membeli dulu, jadi begini kerana mericlone ma...

Yang ini bukan bellina tetapi Phal violacea. saya suka yang ini sebab bunganya yang comel itu. sila jangan bertanya samada saya nak jual ke tidak, sebab saya akan menyimpannya. ini kerna ada nilai sentimental di situ.mariposa alba yang tak putus2 berbunga. saya membelinya setahun yang lepas kalau tak silap.walaupun dikatakan perlu tempat redup tapi saya gantungnya menghadap matahri terbit dan pancaran mentari mengenainya hingga pukul 3 petang.sungguh bertoleransi species ini. I like.......

ok la........
sambung lagi nanti.................
daaaa............................

Monday, July 12, 2010

yang masih ada dan berbunga

Hari ini tetiba aje rasa nak up date blog.Posting kat atas tu, sebenarnya tertangguh beberapa hari, saya post juga sebab saja nak jadikan memori di kemudian hari.
Macam tu pun nak buat memori, cik tina???
Nape??? salah ke???
saya ingin mengabadikan kenangan.................
Kenangan indah , update blog separuh jalan .hehehehhehhe

Sebenarnya tiada cerita menarik hendak di paparkan so, diam aje la. Bukankah diam itu lebih baik dari berkata2?ewah!!!berfalsampah pulak
Sepanjang saya menyunyikan diri( ada ke dari perkataan sunyi), sebenarnya saya sibuk dengan membuat sample kuih raya dan juga cupcake , biz nasi lemak dan kuih kosui nyonya, orchid2 di laman dan juga tidak lupa dunia jahitan smocking saya. Tempahan raya dan juga bukan raya.

Dan saya tertak sengaja terpergi casting untuk satu survey untuk satu product yang sangat popular, which may lead to the commercial advertisement. tapi jawapannya ngak ada juga. Dari sumber2 tak rasmi kemungkinan tidak terpilih kerana saya tersangat sihat dan tersangat kuat seperti badang. hahahhaha.
Mereka mahukan seseorang yang tidak begitu tinggi tahap kesedaran tentang kesihatan , so, output sebelum dan selepas try product mereka adalah sangat lah ketara and they have proof saying their product is good and the best in the market.

Kemudian saya dipanggil untuk satu lagi casting untuk different product, sehari sebelum berjumpa director saya diberitahu berapa $$$ mereka akan bayar. Saya jadi tersangat kecewa dan tidak berminat untuk menghadiri casting tetapi saya pergi juga untuk tidak mengecewakan talent agency saya.Syukur saya tidak terpilih.

Kemudian talent agency minta nak cast anak saya yang bongsu tu untuk advertisement Dutch Lady. Disebabkan saya sibuk, maka saya janji nak datang hari lain, masalahnya masih tak sempat nak pegi. ntah2 la , dah over dah kot.

Itulah corat-coret hidup saya sepanjang saya menyunyikan diri.
Wah!!!! panjangnya citer......

sekarang , mari kita ke tengok apakah orchid yang masih ada dan berbunga di rumah saya.


Phal violacea x Phal amboinensis atau nama khasnya Phal Princess Kaiulani. Yang ini version merah, saya juga ada version kuning yang agak kuat.Tapi masa berbunga hari tu lupa pulak nak snap gambar. Yang di atas ini, kalau tak silap saya menunggu setahun untuk dia berbunga.rasanya ramai juga pembaca blog saya yang ada membeli pahl ini.


Vanda Pinchtawit spot. tidak pernah mengecewakan saya. Baunya yang wangi dan bunga serta warna yang menarik memberi kegembiraan buat saya. tambahan pula dormant periodnya tidak lama sekitar sebulan dua, kadang2 belum layu lagi bunganya sudah ada spike baru naik. Gembira kan!!!! kan? kan?
Vanda tesselata alba ini juga rajin berbunga. rasanya berbaloi beli walaupun harganya mahal. Ini kali ke 2 atau ke 3 berbunga di tangan saya.Semasa saya beli ia berlabelkan Phal violacea red, harganya masa itu saja sudah mengeringkan pocket. Tapi , saya gembira kerana memilikinya, sebab sekarang sudah tiada stock. Ini kali kedua berbunga semenjak saya membelinya ketika ia masih lagi muda teruna. eh! betul ke? or anak dara.... I think anak dara, so anak dara aje la....

Ini pula ialah Phal violacea alba. saya ada 2 jenis , satu ptuih keseluruhan dan yang ini hijau di tepinya. Kedua2nya memang cantik dan memiliki keunikan masing2.
Ini pula Phal appendiculata.Ada 2 pokok yang medium size.
Ini pula Phal Parishii, seperti appendiculata dan gibossa, mereka ini keturunan kemetot. so, nampak kecik aje, bunganya pun kadang2 tak perasan, sedar2 dah layu.
encyclia cochleata, sedang bersotong hehehhehehe
sebab bunganya macam sotong. eh! jangan main2 tau, sotong ramalkan spain menang Piala dunia.dan termenang pulak spain. Habis la kau sotong.......
Phal Pulcherima, yang ini bunga kecil kaler kuning. saya ada bunga besar kaler kuning dan orange...

Wah!!!! Panjang pulak update kali ini. semoga anda semua gembira
daaaa...........................

Tuesday, June 29, 2010

kenapa ye?

Kenapa dah lama saya tak update blog?
Kenapa saya tak post lagi order dari pembaca blog ini?
Kenapa saya tak upload gambar seperti yang di janjikan?
Kenapa saya tak jawab lagi soalan2 dari teman2?

KENAPA?Kenapa?kenapa ye?

Kepada adik2 , kalau ada kenapa dan tanda? didalam sesuatu ayat; itu bermaksud soalan. dan setiap soalan mesti di jawab. kecuali adik2 yang berjantina perempuan, jika di tanya setuju/ tidak untuk bernikah dgn si polan. boleh diam aje tanda setuju,hehehehe

Ala!!!! ahkak ni..... serious la.

Tuesday, June 22, 2010

hasil 'stress'

Comel kan title kat atas tuh....
Disebabkan saya tersangat stress kerana tahu masalah ini tidak dapat diselesaikan seperti juga masalah2 yang lalu atau mungkin juga masalah2 yang akan datang. Maka , ter'update' lah blog ini.....pada hari ini......

wah!!!! intro................tangkap maut nye statement.hehehehehehhehehe
maaf ye...... bahasa yang kurang sopan kali ini......

sebenarnya tak tahu nak up date apa.....
stress ini menyebabkan otak saya buntu mcm U buntu.

OK lah meh citer pasal yeop saya. Dia sudah selamat menjalani pembedahan dan sekarang dalam proses 'recovery' .
hmmmmmm....... rasa tak sesuai lak nak citer kat sini.kita citer lain aje la ye....
nanti citer detail kat blog kerjatangan suri lagi sesuai rasanya.

kita citer pasal keracunan.
oh! citer pasal keracunan, sejak balik dari Kuantan hari itu, anak2 saya berlarutan sakit disebabkan keracunan makanan. Tak tahu punca dari mana,doktor kami yang berasal dari Kuantan dan menginap di tempat yang sama kami tinggal hari itu telah membuat spekulasi dari mana puncanya. Mungkin juga betul .....

OK lah , keracunan lain yang saya nak citer ialah pasal racun. Eh! apasal mcm aneh aje sambungan ayat tuh.....
kami tahu anda stress , so maaf di terima

racun orchid
sape tanya ari tuh.....
sofie, kak tim,cikno....
eh! 3 orang aje..... rasa mcm ramai aje ari tuh.....
tak pe , kita citer jugak la

akak guna 4 jenis racun, nama2 mereka ialah
1. thiram
2. bennex
3. neem oil
4. serai wangi

tak termasuk senarai berdaftar
1. air cili
2. air bawang

Berapa kerap akak meracun pokok2 orchid akak? meracun??? bunyi mcm membunuh aje kan?
akak tak ada schedule, tapi sebulan sekurang2nya dua kali bergantung kepada keadaan dan situasi semasa.
ada banyak jenis racun kat atas tuh, yang mana satu akak guna? akak selang seli kan penggunaanya. reason, untuk mengelakkan ia immune kepada racun yang sama. nanti mcm beri imunisasi pulak kan.....

oh ye? jika anda gunakan neem oil atau serai wangi, sila campurkan sedikit dengan mild detergent. reason: untuk mengelakkan lapisan minyak dari meliputi permukaan daun yang menyekat proses fotosinteis. eh! betul ke.........
rasanya betul la tu.............

racun tidak berdaftar ialah yang di buat sendiri.sasaran ialah kumbang belangkas, slug, ulat bulunaik daun dan yang seangkatan dengannya.

Hmmm...... stress saya belum reda , sekarang di tambah lagi stress untuk menulis di blog ini. ahaks...
ok la stop dulu


kepada anda di luar sana, saya tiada nasihat seperti yang dicadangkan oleh otai2 orchid. Pada saya, cari info walau dimana jua ia berada , then apply kan. Kalau sesuai proceed , kalau tak berhenti. Dengan usaha yang gigih dan semangat waja, saya pasti anda berjaya.
motip bernada perwira??????
supaya anda positif pada diri sendiri hehehhehehe
da..........

Tuesday, June 8, 2010

abang sulong saya

abang sulong ( yeop - panggilan utk abg sulong di Perak) saya sekeluarga, mertuanya, ibu saya dan opah saya ada di rumah.
Esok yeop akan masuk ward di IJN, dan hari Sabtu jika tiada aral dia akan menjalani open heart surgery.Ini adalah major surgery dan saya tengok dalam you tube juga adalah satu operation yang berisiko tinggi.

Yeop saya adalah seorang pendidik yang sangat cekal. Dia biasa meredah hutan dan juga mengayuh perahu pergi mengajar di sekolah2 pendalaman semasa mudanya. Malah, semasa saya belajar di ITM dan UKM, yeop saya masih lagi mengajar di sekolah pendalaman di mana jalan utamanya ialah menaiki boat atau perahu. Sekolah2 ini pula, kebanyakan muridnya buta huruf.Yeop saya sanggup memberi kelas tambahan kepada murid2 ini sebab mereka akan menduduki UPSR. Saya masih ingat dia mengupah saya untuk menaip helaian2 kertas aktiviti untuk diberikan kepada murid2 tadi. semuanya dibuat secara sukarela dan percuma.

Sekarang , dia sangat lemah dan agak cepat putus asa. Saya rasa , sakitnya ini ada memberi impak kepada kesihatannya secara fizikal dan emosi. Saya bersimpati sesangat melihat keadaannya, namun apalah yang saya mampu bantu.; kecuali memohon kepada yang maha Esa agar beliau selamat menjalani pembedahan ini dah sihat seperti sediakala.

Kepada pembaca blog saya ini, jika anda pernah menjalani pembedahan ini ataupun sedara mara anda, saya mohon untuk berkongsi pengalaman anda. Saya ingin tahu apakah langakh2 yang perlu di ambil sebelum dan selepas pembedahan . Juga, jika sudi, doakanlah abang sulong kesayangan kami ini Ruslan Alias, selamat menjalani pembedahan ini dan kembali sihat seperti sediakal. terima kasih.

Monday, June 7, 2010

cuti sekolah

cuti sekolah telah pun bermula.Bermakna bermulalah hari makan2, tidur2,jalan2, makan2, main2, tidur2 ,jalan2, makan2 , main2 ............................................................bagi anak2 saya.
Every day anak2 saya akan bertanya, "ibu, hari ini, ibu larat tak nak bawa kita orang pegi mana2 ke. boringlah duduk rumah......."
saya," tengok lah kalau kerja rumah siap, rumah bersih and anak2 ibu tolong ibu bersihkan rumah, bolehlah kita jalan2........" Jawapan yang memerangkap dan licik. muahahahahahahha
anak2,"ala!!!!!!! ibu ni.....................

Bermula dari hari sabtu, kami pergi makan nasi lemak seri wangi gombak. Nasi nya dah tak berapa sedap la, rasanya dia tukar beras kepada yang lebih murah. tapi ikan keli sambal memang mabeles!!!!!!yummy....yummmy......

selepas itu seperti biasa ke OU menuju MPH , membeli buku.
Ok, cuti sekolah budget $50/sorang.........
Then saya dapat satu idea,
Saya,"kalau sesiapa beli buku Bahasa Melayu walaupun satu buah, ibu beri beli 3 buku B. Inggeris at any price"
Yeayy!!!!!!!!!!!!
Tapi tak sorang pun beli buku Berbahasa Melayu.Alasan, rugi beli nanti setahun pun tak habis baca. sabau aje la..........

Kepada yang bertanya samada saya hendak berhenti daripada berhobikan orkid.
Jawapannya," saya juga seperti orkid , terutamanya dari species Phalaenopsis: iaitu ada masa dormant. so, sekarang adalah masa dormant saya,hehehehehehehehe
tak tentu lagi bila akan bergiat aktif. Tetapi saya masih lagi menyimpan species yang saya sangat sayang seperti enc. tampensis, vanda tesselata alba, vanda tricolor var suavis, vanda insignis,vanda merrillii, vandanopsis gigantea, neofinitia falcata, phal gigantea, phal cornucervi alba, phal bellina alba, etc.

Juga masih ada banyak lagi yang belum saya upload di sini untuk dilepaskan.saya cuma sempat upload sedikit gambar2 yang saya hendak lepaskan dan telahpun bertuan serta gambar2 orkid yang masih tinggal untuk saya buat pengubat rindu nanti.
Phal amboinensis, telahpun bertuan.
phal cornu cervi red.
Phal hybird , rasanya( cornu cervi alba x phal pantherina) x phal lamelligera
mariposa alba, yang rajin berbunga.
Tak pernah cuba nak cari nama orkid ini, mediumnya tanah. sangat mudah hidup dan berbunga.

Phal Cassandra x Pulcherima
Saya tidak tahu nama dendro ini sebab baru hendak berbunga buat pertama kainya di tangan saya. Nanti dah kembang saya pastekan di sini.

Neofinitia falcata
Sepasu lagi neofinitia falcata. Saya sangat suka psecies ini kerana selain bunganya yang unik berwarna putih bersih, baunya juga tersanga harum. semerbak!!!!

enc. tampensis
Phal cornu cervi alba,

Phal el-tigre

Phal amboinensis flava x phal violacea alba
Phal bellina blue

Friday, June 4, 2010

nyamannya hujan di pagi Jumaat

Pagi tadi hujan lebat dari waktu Subuh; sangat lah nyaman dan udara sejuk menyebabkan saya menarik selimut semula selepas breakfast. Namun hasrat hati tidak kesampaian kerana kesemua anak2 saya masuk bilik tidur kami kerana ayahnya baru aje download programme Britain got talent( semifinal) dan American got talent. Maka hendak tak hendak terpaksa lah saya tengok sekali.
Saya sungguh takjub seorang o....nyang( panggilan untuk ibu kepada nenek bagi orang Perak) dapat masuk final. Umurnya dalam 80an rasanya.
awesome!!!!!!! adakah Queen juga akan teruja untuk menyanyi nanti seandainya nyang ini menang dan membuat Royal Show di hadapan Queen nanti?????? sabau aje la......

Disebabkan mengantuk saya telah hilang, saya pun pergilah membaja pokok2 di halaman rumah. Baru saya perasan saya ada 30 pasu pokok bunga rose. Nampaknya saya tidak perlulah membeli roses lagi selepas kami mengubahsuai rumah nanti.

Saya sedang mencari idea untuk membuat landscape bunyi macam besar aje padahal sekangkang anak kera aje hehehehehehe dengan kombinasi tiga jenis pokok iaitu roses, orchid dan begonia.Kesemua jenis pokok ini saya telah ada dan sedang dalam proses grooming. Saya berharap mereka akan bertukar dari fantasia ke cinderella.Mungkin juga saya perlu tukar rupa paras pond saya seperti air terjun niagara . Letak buaian rotan supaya anak saya boleh menyanyi di tepi sungai untuk memikat anak raja. hahahahahahahaha

Pasal apa saya melalut nih?????

ok lah, saya rasa nak upload gambar tapi tak de la pulak gambarnya, nanti2 upload lagi.
btw, saya ada upload di ruang sebelah kanan blog ni, orchid yang masih available.

kepada Farazi and Hakim, monday akak post orchid tuh. Farazi semua yang awak order tu ada.
Kepada Khadri, nanti akak upload gambar yang lain untuk beccarri tuh.
Dr Guna , will update u the status soon.......