Friday, December 31, 2010

selamat menyambut tahun baru

New year eve, kita orang tak ke mana. tepat 10 malam dah masuk tidor. Pukul 12 tengah malam terdengar dentum-dentam bunyi mercun.
Tak seorang pun bangun , bukan tak kisah tapi penat sangat. Siangnya , selepas breakfast di San Franscisco Coffee di KLCC, tanpa ada perancangan, suami mengajak kami memanjat Broga Hill. Saya cuma sempat menukar kasut sahaja. Handbag ( dipenuhi sampah arap), ND dam Ipad terpaksa la di bawa mendaki bukit tuh. Kamera dan air botol lagi....
Dah la agak mencabar pendakian tu, di tambah dengan bebanan barang2. Maka, kami berjalan lah sambail menyanyi lagu >>>> menuju puncak.......
tetapi, tidak kesampaian (sila salahkan attire dan juga tiada perancangan yang teliti).

Bangun pagi dah tahun baru. Apakah azam tahun baru?Nanti la fikir kan......

nak citer pasal orkid dulu.
Phal amboinensis var common. Saya rasa setiap orang patut memilikinya, kerana bunganya cantik dan besar. paling penting ramah berbunga...

Pokoknya besar untuk jenis phal, Satu lagi yang besar gini ialah Phal hierographica.


Phal amboinensis non common...hehhehhe
yang biasa tu la cik kiah.......
Harga $30 aje.
Phal bellina alba. tersangat wangi.
Ini gambar keseluruhan.
Dendrobium wassellii, telah berpunya.
Phal bellina alba, another plant.
Ini pula gambar keseluruhannya. saya ingin melepaskan kedua2 pokok ini. Sesiapa berkenan silalah beritahu ye.
Angraecum Crestwood
Semasa mula2 keluar , flowering size hampir mencecah $100. Tetapi sekarang cuma $50 sahaja. jangan spray bunga dengan air untuk memberi bunga tahan lama.
another shot.

Phal Princess kaulani,( phal amboinensis x phal violacea) . Berbau wangi. Suka kombinsai warna bunga yang berbeza dari phal yang biasa di lihat.

Thursday, December 30, 2010

anda demam bola

Sejak Malaysia menang piala AFF suzuki tuh, nampaknya hari2 citer pasal bola, baik di suratkhabar, media elektronik dan juga di kedai2 kopi.

Kami di rumah pun tidak ketinggalan, bersama suami , makanan dan minuman serta kain baju yang perlu di lipat ( eksen aje, sampai sudah tak habis lipat baju), kami melangut depan TV.
anak2 semua tidak berminat not even Adam, mereka lebih suka mengadap game, mengadap FB serta berchatting.

Bola? Hmmmmmmm bola - bola api....... aje la kot

The best team kan? Team work is very impressive. Mesti coach( bukan jenama handbag ye) seorang yang tegas dan berdisiplin.apa lagi nak cerita? Oh!!!!Kagum sungguh kan dengan gol keeper Harimau Malaya tuh!

Bravo !!!! Young tigers.............

ok, tak nak citer banyak tentang bola.meh, citer tentang orkid .

Kita masih bercerita tentang anak-anak lagi.

phal violacea mentawai , sila cari gambar di sini
adalah agak sukar untuk mendapatkan phal jenis ini sekarang. jenuh saya mencari di beberapa nursery, akhirnya berjumpa dgn yang ini. Mother plant cuma ada satu aje , kata dek tokeh so tak jual. Dia offer jual seedling yang katanya almost flowering.
Demi peminat tersayang ( sila muntah hijau.hehhehehe) , maka say teah membeli seedling di atas. Jika berminat sial lah beritahu awal ye, sebab saya tidak mempunyai stok yang banyak.

phal lueddemanniana, gambar di sini
saya hanya ada 2 pot sahaja.

Phal violacea , gambar bunga
Seedling phal violacea, medium size
Seedling phal violacea, small size

mimi palmer blue, gambar di sini
Ini adalah keikinya, cuma ada 2 pokok aje. Bunganya cantik dan berbau sangat wangi.
aiseh! dah tentu la wangi sebab mak pak nya wangi.muahahahha


ascocenda thai cherry, gambar plant
seperti yang di ketahui, asco tidak mempunyai pokok yang besar dan tinggi seperti vanda. so sangat mudah la untuk di letakkan di mana yang anda suka. Di celah2 pasu begonia, didlam rumah, di atas side table etc.
Ini yang ada untuk di lepaskan , flowering size. Harga 1 kepala agung kaler merah.

phal cornu cervi red, gambar di sini
Seedling phal cornu ceri red, small size
Seedling phal cornu cervi red, medium size.

Doritis pulcherima, saya rasa semua orang kenal bunga ini. Kalau tanam dalam satu pasu dalam 2/3 pokok, sangat lah meriah bila berbunga.
Ok lah, nak pergi beli bag sekolah aisyah. Sesiapa yang berminat dengan young tigers, eh !! silap, anak2 orkid di atas, sila lah beritahu awal.

da........

anak- anak............

Cantik tak tajuk kat atas tu.Hari ni kita tunjuk gambar anak2 aje ye.
mak & pak , jangan enterframe.
Sempena hendak menyambut tahun baru nih, akak akan update dengan anak2 orkid yang boleh di beli.
Kalau beli dari awal tahun, mgkn hujung tahun berbunga. tak gitu cik limah.....

Mula- mula , kita berkenalan dengan anak encik pinchtawit nih. nak tengok rupa paras mak pak nya, sila lah ke sini ye.
Ini antara vanda kegemaran akak, sebab selain bunganya yang cantik ia berbau sangat harum. Juga ramah berbunga, itu yang penting!!! hehhehehehe

Vanda pinchtawit spot

sekumpulan anak2 gadis ini bersedia untuk di pinang.

yang ini pula anak Phal Amboinensis var common. Yang ini telah berpunya.Tetapi masih ada yang lain. sesiapa berkenan silalah tinggalkan pesanan ye.
Jika hendak melihat rupa parasnya bila dah besar nanti, silalah ke sini ye.



Phal hierographica
Untuk melihat bunganya silalah ke sini dan nun.........................................sana
Gambar ini ialah seedlingnya yang akan di lepaskan, ada pelbagai size.Jika berkenan, silalah bagitahu ye.


Monday, December 27, 2010

vanda dan kaum kerabat

sejak dua menjak ni, minat pulak pada vanda, terutamanya yang sepcies. Tambahan pula yang di bela bertahun lama (2 tahun lepas ) telah berbunga, walaupun di letakkan di tempat yang sangat tidak sesuai.

apakah cuaca yang sejuk dan tidak menentu mempengaruhi pertumbuhan orkid ini ataupun memang sudah sampai seru untuk mereka berbunga.

Ini adalah sebahagian dari yang berbunga di rumah dan di nursery orang ( berkenan lah tu hehehehhehe)

Asco janice xxx( lupa nama) aerides x asco, tersangat wangi.
spikenya , dgn bunga yang agak banyak.
gambar penuh
vanda mimi palmer x tesselata
gambar keseluruhan pokok.
tak tahu la apa nama cik orkid nih, tapi bunganya besar dan kuningnya cantik...

Gambar pokok keseluruhan.

Vanda denisoniana, buah hati saya. Sangat berpuashati dengan kalernya dan bentuk bunga.

Gambar pokok


Vanda luzonica, kepada sesiapa yang ada membeli dari saya sepatutnya berbunga sekarang. Kecuali encik farazi dan cik suraya, mungkin kena tunggu lagi 7 hingga 12 bulan.
comel kan??? terliur lah tuh...hehhehehhe

tak tahu la apa nama vanda ni, bukan mimi palmer kata dik tokeh.
berbau wangi
pokoknya
yang ini lagi comel, nampak mcm insignis lips nya.

gambar kedua2 pokok di atas, wangi tau...

Boleh letak kat tepi pintu, tapi jangan keluar malam.
Mana lah tahu ..........
kot!kot! Hantu kak limah balik rumah dok cium cik vanda wangi nih. muahahahhahaha

Sunday, December 26, 2010

buka kedai

assalammualaikom...........................
apa khabar anda semua...................
feeling retis la pulak! almaklum AJL yang agak hampeh baru aje berlalu
alamak!!! tak sayang mulut.....

tak ada yang menarik sepanjang kehilangan saya dari alam blog...
cumanya ada citer seronok sebab berjaya memujuk satu kampong tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah
salute kepada Mamat Khalid, a great movie......
Julia yang asyik2 dok sebut nama Kak limah tak berani sebut dah, sebab seram tengok kak limah kat tingkap.
bukan aje Julia , ibu Julia pun dok terjerit2 takut and tutup2 mata lagi....
muahahahahahha.....
tapi best la.... the trade mark ceciter...ceciter... rasa sungguh dekat dgn budaya orang tuh.....
tak tahu la apa yang saya merepek, tapi ini lah citer melayu yang saya tengok HB saya gembira selepas keluar panggung
the other one ialah, citer baik punya cilok....lepas tu rasa macam kena tengok dalam mimpi aje sebab anak2 dan suami tak suka......

Masa tengok lagenda budak setan( tengok sebab kawan HB sponsored satu panggung), anak2 saya siap boleh berbual2 dalam panggung, lepas tu tanya saya pulak
"nape ibu bawa kita orang tengok citer melayu?"
boleh gitu?

Hmm.......
lepas ni ada peluang la tengok citer melayu lagi ye bang?kan?kan?kan?

Rasanya 2 minggu yang lepas saya kena demam awatnya boleh lupa ?. Tapi , dalam sakit2 tu pergi bercuti ke trengganu, siap drive lagi tuh (terpaksa drive sebab adik saya, Kasma tak pernah bawa keter auto( saya pulak memang tak boleh bawa keter manual - motip nak bagi tau jugak heheheeheh).

Sampai di trengganu, Julia demam........

saya yang memang tak sihat, terus tergolek sebab otak tak boleh berfungsi dengan betul . heheheheheh
Pening kepala, kena fokus masa bawa keter. Bukan apa, saya beri adik saya tu drive, saya duduk sebelah.
kalau tak ada insurans nyawa, baik la jangan naik keter dia. hehehehhehe
Saya rasa , kaki saya asyik tekan brek aje, brek angin.hahahhaha
Masa dia overtake, saya rasa macam badan saya melayang.
Boleh tak masa dia overtake, keter kena sampai ke garisan paling tepi lorong memotong.
Zup!!! sedar2 dah sampai ke lorong kiri, mau jatuh jantung I ! hoccay!!!

wah! intro tak hengat!!!
ok la, kepada peminat2 i.....
yang tanya i......
bila nak buka kedai....
dengan rasmi nya .....
kedai di buka hari ini.......

Phal cornu cervi red, di beli masa dah keluar spike yang agak pendek( baru muncul sebenarnya). Kalau tak merah, lebur lah berkeping2 RM kaler biru itu....
Phal appendiculata, ada sesiapa berminat hendak menyunting. ada 2 pokok yang sedang berbunga.
Phal hybrid, di bawah photo pokoknya. lihat lah ada 3 spikes.

Phal hybrid, suka sebab ada line kat tepi kelopak, spikes pun banyak .3 spikes sekali berbunga.
Vanda ini memang menawan, kuning yang menyerlah.
Phal amboinensis
Phal carribean sunset x phal budi linohong, wangi dan meriah bila berbunga.
Cik budi ni, bila sudah berbunga, tak berhenti2 keluarkan kuntuman bunganya. meriah tau!!!!
ini cik budi yang saya bela, bermula dgn 2/3 kuntum aje.
Phal bellina pink.
semasa mula2 beli bunganya tak lah besar sangat, sekarnag dah hampir 2kali ganda dari size biasa.
vanda ustii , berbunga lagi. saje aje amik gambar dia tunduk......
Phal kunstleri

yang ini pokoknya seperti orkid tebu, diminta oleh orang pantai timur. sila lah beri tahu bila nak post ye.