Friday, February 27, 2009

flasking

Hari ini saje nak bercerita pasal flasking. tapi bukanlah cara penyediaan media untuk flask,tetapi de-flask.
Saya start buat de-flask nih sejak dari awal tahun 2008.Tapi masa tu tak menjadi sangat sebab tak pandai, dan satu flask untuk vanda dan phal sgt mahal $60 - $80,padahal hybrid je.
Dari satu flask ada lah 2/3 pokok yang hidup, sebab contaminated, tak pandai jaga kebersihan persekitaran.
Tapi last year beli lagi, kali ini primary hybrid iaitu, Penang Jewel dan Phal gigantea x phal bellina.

Penang Jewel masih didalam flask sebab tersangat kecil, masa beli cuma ada dalam 5/6 seedling yang baru muncul. Tokeh tu suruh simpan dalam 3/4 bulan baru de-flask. make sure tak kena direct sunlight or ia akan terbakar.

Ini ialah seedling phal gigantea x phal bellina. Agak sihat juga tapi ada la dalam 2/3 pot yg dah arwah.

Juga phal gigantea x phal bellina. dari cara tumbesarannya yg tersangat perlahan, mungkin dominated by phal gigantea.

Wednesday, February 25, 2009

orchid for sale

Mereka yang bertanya dan juga tidak bertanya kepada saya akan orchid yang ada untuk di jual, di bawah ialah deretan yang memerlukan rumah baru.
doritis lilac

Mempunyai 3 spikes.

spike yang paling besar bercabang tiga

gambar spike ke 4, baru keluar. clump yg agak besar iaitu 5 flowering size & 1 keiki.

rhy gigantea spot, telah ada orang bertanya. Ia telah mengeluarkan 2 putik spikes.

thrixspermum pandangan depan

telah mempunyai 2 spikes, bunganya warna coklat keperangan. daun seperti cornu cervi.

dendro albosanguineum iaitu sejenis dendro species.sila google untuk melihat bunga.

cutting doritis pulcherrima yellow, bunga seperti di bawah

pulcherrima yellow

dendro secundum alba

buat naz, darwinara pandangan dekat

darwinara keseluruhan.darwinara adalah cross antara neofinetia falcata x aeredes( kalau tak silap). Dominated by neofinetia falcata, sebab itu bunganya lebih mirip kepada species ini.

entry khas untuk mak kecik

pokok orkid yang mak kecik tinggalkan kapada ibu,satu dah ada spike dan dua lagi telah membesar dengan sihat

yang ini telah naik satu keiki

yang di atas,bulbs telah bertambah lagi tiga.

nampak tak spike kecik sebelah kanan.yang ini mungkin oncidium sherry baby.
mak kecik tambahlah lagi koleksi orkid ibu.hehehe

Tuesday, February 24, 2009

coelogyne pandurata or black orchid

ingat tak lagi posting saya okid dari hutan, ia adalah black orchid. warnanya sangat menawan iaitu campuran hijau dan hitam.

pertama kali berbunga , bunganya agak besar iaitu sebesar tapak tangan kanak2.

spike juga tidak panjang, cuma ada 8 kuntum bunga.

pandangan dekat. lip yang berwarna off white dan hitam , serta petal yang kehijauan.

Gembira bila melihat tiada cacat sedikit pun kesemua kuntuman bunga ini.

Monday, February 23, 2009

orchid di kayu atau pasu

Saya sangat berminat untuk melekatkan okid di pohon2 , tapi rumah saya tak ada pokok yang sesuai. Dalam kata lain memang tak ada pokok pun, yang ada cuma pokok mangga yang baru enam bulan di tanam.
Jadi untuk merealisasikan impian saya, saya telah membeli sebatang dahan rambutan yang di jual dgn harga $30 dan saya masukkan dalam pasu serta di kuatkan dgn pasir. Penjual ini ada juga melekatkan batang kayu kepada pasu dan harga yang di jual sekitar $40 -$80, tetapi masa saya datang dia tidak mempunyai stok yang saya mampu beli.Nanti la bila saya balik kampung lagi saya akan pergi nursery ini lagi.
Gambar di bawah ialah doritis lilac, saya sebenarnya dah ada tetapi terbeli pula bulan lepas sebab terlupa letak kat mana yang lama itu. Doritis adalah sejenis okid yang saya rasa mudah membiak, bila di tanam di pasu agak sukar untuk mengubahnya kerana akarnya yang berselirat dan keiki yang banyak.
Yang di bawah ini pula ialah phal amboinensis yang dilekatkan di kayu, saya rasa phal memang suka pada kayu, lihatlah spike yang baru keluar, saya baru lekat kan di kayu dalam masa sebulan.

Di bawah ini pula ialah phal corningiana, juga di lekatkan di kayu untuk memastikan keasliannya yang berhabitat kan hutan Pantai Timur.

gambar ini pula ialah doritis purple, mempunyai 3 spikes dan bebrapa keiki. tak tahu lah mcmana nak asingkan keikinya..

Ini ialah gambar orchid yang di lekatkan di kayu tadi. Harap2 ia hidup subur di sini dan menambah kecantikan lanskap rumah saya.

Friday, February 20, 2009

Phalaenopsis

Phalaenopsis sakura

Hairan saya kenapa tiga gambar yang di muat turun, hanya satu je yang keluar. Hmmm.... kena cari la mana peginya yang dua itu lagi.
Phalaenopsis adalah kegemaran saya, tak kira species atau hybrid. Hybrid di atas dikatakan mampu mengeluarkan bunga yang banyak dan sangat mudah berbunga. Berkemungkinan ada betulnya kerana ia sangat mudah menerima keadaan persekitaran. Saya tidak perlu membuat "hardening process" untuk phal ini. Setelah habis berbunga dalm 2 bulan lepas, sekarang ia telah mengeluarkan bunga yang baru. Walaupun cuma 3 kuntum, tapi ia sungguh cukup untuk mengembirakan hati saya.

Tuesday, February 17, 2009

pasu dan okid

pasu2 ini di bawa dari perak oleh abang saya yang datang semalam. harga pasu yang murah menyebabkan saya membeli dgn kuantiti yang agak banyak.

yang di atas nih berharga 90 sen dan 80 sen. pasu okid itu berharga $1.50. Hari tu, tengok kat sungai buloh dan satu nursery kat kg melayu subang, pasu okid mcm tuh harganya $2.50, dah tu tak cantik pulak.

gambar atas, untuk close up. cantik kan, ada bunga lagi.

phalaenopsis manii var black, begitu anggun didalam pasu berharga 80 sen.

berbagai jenis doritis didalam pasu berharga 80sen ini. yang kiri warna earth tu, di beli di wong berharga $1. jauh betul beza cantiknya pasu yang berharga 80sen itu

yang ini berharga 90sen sebab besar sikit. saya letakkan doritis warna lilac.
hmm..., masih ada 10 biji lagi pasu yang berharga 90 sen itu, mungkin kalau kawan2 teringin , saya boleh jual kepada mereka.

Thursday, February 12, 2009

Dendrobium species

dawn maree

D. ovipostoriferum

Dendrobium thwaitesii RK

dendrobium lampongense

Wednesday, February 11, 2009

doritis

orkid ni bernama doritis aisyah suka yang pertama kerana dia pink dengan cantik.kalau tengok betul betul nampak macam burung dove.