Monday, July 12, 2010

yang masih ada dan berbunga

Hari ini tetiba aje rasa nak up date blog.Posting kat atas tu, sebenarnya tertangguh beberapa hari, saya post juga sebab saja nak jadikan memori di kemudian hari.
Macam tu pun nak buat memori, cik tina???
Nape??? salah ke???
saya ingin mengabadikan kenangan.................
Kenangan indah , update blog separuh jalan .hehehehhehhe

Sebenarnya tiada cerita menarik hendak di paparkan so, diam aje la. Bukankah diam itu lebih baik dari berkata2?ewah!!!berfalsampah pulak
Sepanjang saya menyunyikan diri( ada ke dari perkataan sunyi), sebenarnya saya sibuk dengan membuat sample kuih raya dan juga cupcake , biz nasi lemak dan kuih kosui nyonya, orchid2 di laman dan juga tidak lupa dunia jahitan smocking saya. Tempahan raya dan juga bukan raya.

Dan saya tertak sengaja terpergi casting untuk satu survey untuk satu product yang sangat popular, which may lead to the commercial advertisement. tapi jawapannya ngak ada juga. Dari sumber2 tak rasmi kemungkinan tidak terpilih kerana saya tersangat sihat dan tersangat kuat seperti badang. hahahhaha.
Mereka mahukan seseorang yang tidak begitu tinggi tahap kesedaran tentang kesihatan , so, output sebelum dan selepas try product mereka adalah sangat lah ketara and they have proof saying their product is good and the best in the market.

Kemudian saya dipanggil untuk satu lagi casting untuk different product, sehari sebelum berjumpa director saya diberitahu berapa $$$ mereka akan bayar. Saya jadi tersangat kecewa dan tidak berminat untuk menghadiri casting tetapi saya pergi juga untuk tidak mengecewakan talent agency saya.Syukur saya tidak terpilih.

Kemudian talent agency minta nak cast anak saya yang bongsu tu untuk advertisement Dutch Lady. Disebabkan saya sibuk, maka saya janji nak datang hari lain, masalahnya masih tak sempat nak pegi. ntah2 la , dah over dah kot.

Itulah corat-coret hidup saya sepanjang saya menyunyikan diri.
Wah!!!! panjangnya citer......

sekarang , mari kita ke tengok apakah orchid yang masih ada dan berbunga di rumah saya.


Phal violacea x Phal amboinensis atau nama khasnya Phal Princess Kaiulani. Yang ini version merah, saya juga ada version kuning yang agak kuat.Tapi masa berbunga hari tu lupa pulak nak snap gambar. Yang di atas ini, kalau tak silap saya menunggu setahun untuk dia berbunga.rasanya ramai juga pembaca blog saya yang ada membeli pahl ini.


Vanda Pinchtawit spot. tidak pernah mengecewakan saya. Baunya yang wangi dan bunga serta warna yang menarik memberi kegembiraan buat saya. tambahan pula dormant periodnya tidak lama sekitar sebulan dua, kadang2 belum layu lagi bunganya sudah ada spike baru naik. Gembira kan!!!! kan? kan?
Vanda tesselata alba ini juga rajin berbunga. rasanya berbaloi beli walaupun harganya mahal. Ini kali ke 2 atau ke 3 berbunga di tangan saya.Semasa saya beli ia berlabelkan Phal violacea red, harganya masa itu saja sudah mengeringkan pocket. Tapi , saya gembira kerana memilikinya, sebab sekarang sudah tiada stock. Ini kali kedua berbunga semenjak saya membelinya ketika ia masih lagi muda teruna. eh! betul ke? or anak dara.... I think anak dara, so anak dara aje la....

Ini pula ialah Phal violacea alba. saya ada 2 jenis , satu ptuih keseluruhan dan yang ini hijau di tepinya. Kedua2nya memang cantik dan memiliki keunikan masing2.
Ini pula Phal appendiculata.Ada 2 pokok yang medium size.
Ini pula Phal Parishii, seperti appendiculata dan gibossa, mereka ini keturunan kemetot. so, nampak kecik aje, bunganya pun kadang2 tak perasan, sedar2 dah layu.
encyclia cochleata, sedang bersotong hehehhehehe
sebab bunganya macam sotong. eh! jangan main2 tau, sotong ramalkan spain menang Piala dunia.dan termenang pulak spain. Habis la kau sotong.......
Phal Pulcherima, yang ini bunga kecil kaler kuning. saya ada bunga besar kaler kuning dan orange...

Wah!!!! Panjang pulak update kali ini. semoga anda semua gembira
daaaa...........................

No comments:

Post a Comment