Wednesday, July 20, 2011

bersatu teguh

Bersatu teguh, bercerai roboh, tak pun kahwin lagi. hehehehehe
ok, tak ada kena mengena pepatah kat atas tu dengan gambar kat bawah ni.

Pokok mangga kat depan rumah akak ni,mula2 mati . lepas tu sekarang dah tumbang menyembah bumi. so, ada yang cedera parah dan ada yang luka2 la orkid akak dan juga roses yang di tanam kat situ.

sebab rumah mereka sudah tiada, maka akak ingat nak jual aje apa yang ada kat situ, antaranya vanda helvola, phal cc, phal bellina papua new guinea, bulbo elizabeth anne, doritis dan apa tah lagi.Sesiapa yang berkenan silalah tinggal kan pesanan ye.

btw, saya sekarang banyak menghabiskan masa di dalam rumah, jadi masa untuk berkebun telah kurang, sebab tak ada masa nak bercerita pasal orkid dan rose, saya telah mengaktifkan diri semula di dalam bloghttp://kerjatangansuri.blogspot.com/
silalah berkunjung ke sana jika ada masa.

si helvola yang bagak nih kot yang berat sangat. hehhehehe
ok la da..........................

Monday, July 11, 2011

sibuk................................

as salam pembaca blog ini. Sudah lama saya tak up date, tersangat la sibuk.................................
saya tahu anda semua mesti tertanya2 apa la yang di sibukkan sangat tuh.....

anak saya Aisyah akan mengambil UPSR tahun ini, result mid termnya sangat mengecewakan. Dia dapat 2A3B, kalau tanya cikgunya mesti mendapat jawapn yang sama seperti Sarah.

' tak apa puan, marking percentage kami memang tinggi dan soalan kami memang susah sikit."
akhirnya Sarah hanya mendapat 2A3B, dia menangis hinggakan saya tidak terdaya memujuknya. Yang dia dapat B adalah yang dia cemerlang dan favourite subjects semasa percubaan iaitu Science& English.

Saya tidak mahu sejarah Sarah berulang kepada Aisyah. Aisyah pergi tuition dan juga kelas tambahan sekolah. Mesti pembaca mengatakan kami terlalu fanatik terhadap pencapaian akademik. Ya, saya mengaku, memang kami terlalu fanatik. Sebabnya, sejarah dan pengalaman mengajar kami akan kepentingan pencapaian akademik. Lagipun memang anak2 mahu mereka di didik begitu.

contohnya,
immediate action HB ialah berhentikan Aisyah tuition sebab tiada perubahan bila dia pergi tuition atau tidak. terutamanya Science. Aisyah biasa dapat science A tetapi kali ini dapat B dengan markah 74%.English pun cuma 88%.
Aisyah tersentak dan minta disambung balik tuitionnya.Dia berjanji akan lebih serius. saya pergi berjumpa dengan cikgu tuition dan berbincang mcamna hendak perbaiki result aisyah. cikgu dia kata, aisyah adalah budak yang tak ada problem dan dalam kategori pandai, jadi mereka tidak expect dia dpat result begitu. immediate action: aisyah kena tambah satu masa lagi untuk tuition dia. so, sekarang masa tuition aisyah ialah dari pukul 6 ptg hingga 9.30 malam.

Saya juga telah bersoal jawab dgn cikgu , mcamana hendak menjawab soalan science. cikgunya telah memberi saya tips.Saya, cikgu science dan aisyah telah duduk bersama untuk memberi aisyah pemahaman cara2 menjawab soalan dengan lebih berkesan. cikgunya minta aisyah fokus kertas 1 sebab di situ agak lemah.

saya juga telah berjumpa dengan cikgu bahasa melayu , kerana kesemua anak2 saya lemah bahasa melayu, terutama nya Aisyah. cikgunya kata memang SKBJ mempunyai students yang agak lemah dalam bahasa melayu. cikgu terpaksa mencari pelbagai cara, agar mereka dapat memperbaiki mutu pencapaian dalam subjek ini. Sebenarnya , pelajar di sini pada pendapat saya , kurang terdedah kepada bahasa melayu, Mereka tengok movie cerita inggeris, rancangan tv- english, chatting - english, pendekata semua english lah.
cikgunya minta saya , duduk dengan aisyah buat sebanyak mungkin soalan pemahaman bahasa melayu dan minta aisyah cari isi2 karangan dari buku2 karangan yang sedia ada. Jika saya tidak pandai untuk memeriksa hasil karangan aisyah, dia minta saya beri kepada dia untuk di periksa.

Jadi , setiap hari; selaps balik dari sekolah pukul 2 petang. Selepas makan, mandi dan solat; aisyah akan masuk bila saya dari jam 3 petang hingga 5 petang untuk buat semua itu , kemudain saya beri dia minum petang dan mungkin terus makan malam. then hantar tuition , pukul 9.30 malam pergi pick up dia.Jadi , begitulah saya menghabiskan masa saya hampir setiap hari.

Bosankan baca entry kali ini. meh tengok bunga apa yang ada,



amboi flava, meriah dengan 3 spikes dan pokokyang bagak.



kali ini bunga lebih meriah dengan spikes yang agak panjang.