Friday, May 29, 2009

tertinggal

eh! tertinggal pulak .
Dua gambar antara di bawah ini ialah kepunyaan aisyah.

Ini phal bellina dari papua, kata dik tokeh la. Baunya sangat wangi.
Yang ini juga dari papua, saya memilih yang berbunga.
Ini tak ingat phal flava apa tah. tapi tersangat lah comel.
Phal venosa, berbau wangi.
Phal amboinensis, pada mulanya aisyah hendak membeli yang ini. Tetapi disebabkan pokoknya yang kurng cantik , kami cuci mata aje lah.


Ini pula phal bellina alba, tokeh saja tulis not for sale. Bila saya tanya , mahu buat seedpod la tina.Tapi bila tanya2 lagi, ok lah $100, saya kasi jual sama awak satu. tak jadi lah.......
Ini lah satu lagi phal dalam koleksi aisyah. Bellina blue , biru mata hitam ku hendak membayarnya......hahahahahahaha
Phal violacea red, tersangatttt........... lah suka. Selain baunya yang wangi..............bunganya pun cantik..............tapi harganya belum mampu milik untuk aisyah hehehehehee
Ini pula phal floresensis, juga pilihan aisyah. Pada mulanya saya tak perasan, bila aisyah pegang dan kata "nak yang ini, nak yang ini", barulah saya perasan , comelnya dan ada bau.

Kesemua ada tiga kepunyaan aisyah. Boleh tahan jugak pilihannya, cuma saya aje yang tak tahan dgn harganya.hahahahahahha

Cuti sekolah ni, nak ajar aisyah cara2 potting dan watering. Harap2 ini bukan minat yang hangat2 tahi ayam jek. hehehehehehehehehehehe

adakah aisyah akan mengikut jejak saya




Maaf la jika ada yang tertungu-tunggu up-date dari blog saya yea. Untuk ct, yang jauh di perantauan(ewah!! mcm nak buat ucapan raya pulak hehehehehe), akak akan cuba update setiap hari kalau ada masa berkali2 sehari. ahaks......

Hari Khamis baru2 nih, saya dengan di temani oleh aisyah telah berdangdut di nursery. Semasa dalam kereta menuju ke nursery itu tiba2 aisyah berkata.

Aisyah, 'ibu, boleh tak aisyah nak beli okid'.
Saya, 'memang lah kita nak pegi beli okid'.
Aisyah,' Tak............ maksud aisyah, beli okid untuk aisyah'.
Saya, ' Oh! boleh'.
Saya sebenarnya tak berapa yakin dia hendak membeli okid untuk dirinya sendiri, sebab selalunya dia tak keluar pun dari kereta semasa saya sibuk bershopping okid. atau, kalau saya tanya sesiapa yang hendak ikut saya ke nursery. Jawapan aisyah , selalunya volunteer tak nak pergi. hihihihi

Ok, lah sesampaai aje di nursery tuh. Terkejut saya, aisyah begitu bersemangat hendak membeli belah. Dia nak bunga yang besar, saya kata vanda lah. Tetapi di sebabkan tiada yang dia berkenan sangat. maka kami end up dengan bunga2 seperti di bawah ini.

Mula2 nak beli yang ini, tapi sebab pokok tak cantik and tak ada bau tak jadi beli.
Yang ini, aisyah kata terang sangat.
Yang murah ni, dia tak pandang pun. ishhhhh.........
Ini pula dendro waselli, byk stock tapi saya tak beli sebab dah beli masa berdangdut dengan henry.
Ini pula dendro pierardii, kerabat aphyllum. masih anak dara. kat bawah ni bunganya seperti dalam buku tokeh.
sebab nampak cantik , rembat jugak satu.
Phal hybrid $20

Phal hybrid katanya ada darah amboinensis. tak tahu lah betul ke tidak, kena tengok bunga dulu.Juga phal hybrid.


yang ini next visit, berbau wangi harga $35.
Both , Aisyah dan saya suka jugak yang ini. sepakat nak beli next month.
Yang ini pun comel. jugak next visit.Berpuasa lah , macam ni nak simpan duit untuk beli okid. hahahahahagambar yang sama
Aisyah telah memaksa saya membeli yang ini , memang tersangat comel. Harga pun agak comel.
tak ingat la nama okid nih and bila masa tersnap.

ini pula yang sedang kembang di rumah. Dtps Pulcherrima "alba" x P chingruey's Beauty. Masa beli dulu cuma ada spike aje, setelah 3 bulan baru kembang. happy la.
close up bunga.

ok la, kalau rajin saya akan up date gambar lagi.

cheers

Wednesday, May 27, 2009

bz like a bee

tersibuk lah sikit 2/3 hari nih sebab nak packing okid2 yang di pesan oleh rakan2 blog. Harap2 boleh settlekan hari ini. Mesti mereka tidak sabar untuk menerimanya.

Kami menyambut birthday Sarah ala kadar sahaja., Sarah pula tidaklah meminta benda yang ibunya tak mampu beli.hehehehehehehe

Sarah adalah adalah anak yang ceria dan mudah di jaga. Dari kecil hingga sekarang,terlalu sukar untuk mengingati samada Sarah pernah menyakiti mahupun menyusahkan hati saya. Jika sebarang kesalahan di buat, dia akan cuba mengambil hati saya secepat mungkin.Selalu beralah dan tersangat melindungi adik2nya.

Gambar di bawah gambar lama, tapi saya suka gambar ini.


ini ayah belikan advance birthday's present.

Tuesday, May 26, 2009

terapi minda

Kepada rakan2 pembaca yang begitu sayang dan prihatin kepada saya, terima kasih di atas sokonga moral yang diberikan.
Ewah! intro pun emo.hahahahahahaha
Ok lah, seriously, thanks to those who has sent me pm, ym, sms , apa lagi yea, oh! apa2 saja cara memberikan kata2 semangat kepada saya.Terima kasih tersangat banyak. Beribu2 lemon pun tak cukup untuk saya katakan terima kasih. ekekekekeke

Terapi minda memang sangat berkesan.Tetapi ia ada kos yang perlu di bayar.Memang terlalu tinggi kosnya. dah lah tak ada ING ke, takaful ke etc nak cover , hehehehehehe

Ok lah, Inilah hasil terapi minda semalam. anda semua fikir berkesan tak?????


Catacetum NOID, disebabkan pokoknya besar, rasanya ok lah dgn harga 20 hengget

Ini pula gramma scriptum alba. Pernah beberapa kali lihat di HEW nursery, memang cantik lah.
clumpnya yang besar , rasa mcm berbaloi sangat membelinya.
Ini pula seedling primary hybrid, rasanya.
Model2 ini sedang sibuk bergaya sebelum menukar baju, dari kanan venosa, princess kaulanni dan last sekali primary hybrid
Ini pula phal bellina, masa berdangdut hari sabtu memang teringin sangat, tetapi boleh bersabar lagi.Tetapi semalam terkurang kesabaran sikit. maka di rembat lah jugak.
Ini adalah photo penuh. Kak har, inilah yang kita dok telek masa berdangdut tuh.
Phal venosa, dari junk girl katanya. Paradox pun kata dari sana. Tag tulis $45, tapi di beri diskaun $35. Saya ada lagi 3 kalau ada sesiapa yang berminat.
Phal venosa ini di beli kerana masa kat sana nampak sungguh ayu jek. Harganya pun macam ayu2 gitu. ahaks....
Phal Penang girl, saya beli 7 pots. Nak buat apa tah........
kalau boleh di buat ulam lah....hehehehehehe

Ini pula ialah kepunyaan kejariah ascada suksamran sunlight.
dan yang ini pula asco cross vanda kepunyaan miza

ok lah, adakah dengan entry ini saya sudah ok. sila vote. hihihiihihi

cheers

Sunday, May 24, 2009

mari2 kita cuci mata

Pernah tak anda merasakan kadang2 kebaikan yang diberikan, diterjemahkan sebagai ancaman????
Itu soalan cepumas.

Sila pakai kaca mata yea, jangan gunakan detergent untuk sama2 mencuci mata di sini. hahahaha

Vanda Pachara Blue, tersangat lah menawan. Saya tidak tahu kenapa angau dengan vanda nih.
Adakah maksud Pachara tu, Angau????
Kalau yea, translationnya akan jadi vanda angau biru .hihihihihihihi

Ini pula vanda Parkchong apa tah, lupa lah pulak.

Sejenis Paphio yang saya tidak tahu samada species ataupun hybrid. Harganya $80, sebab ada 2 keiki. Saya cuma mampu tengok jek, sebab hanya niveum jek yang mampu saya bungakan. heheheehehehEh! terselit pulak gambo cattleya masa EG gader2 hari tuh.Saje je nak bagi jeles, sebab semua EG hari tuh hebat2 belaka......................
Terjumpa phal nih, dia kata sumatrana dari sabah. Walaupun dah ada saya beli jugak, tamak...............


Dendro spectabile, tttteeeeeeeerrrrrrrrrrrrrrrrrsangatttttttttttttt lah..................menawan
Harga untuk seedlingnya, $85 hengget. Yang berbunga tidak di jual. tensi2. saya teringin yang amat sangat so, minta dia bawakan anaknya nanti untuk saya tengok. Kalau clump besar, ada sesiapa nak berkongsi dengan saya. tak la besor mana 4 pseubulb jek katanya. huwaa..........tensi2vanda limbata kepunyaan naz

keiki, ada 2 sahaja
Ini pula seedling oncidium sherry baby, sebab harga cuma $7, saya beli lima untuk rakan blog. Sesiapa berminat hendak membelinya , silalah beritahu saya. Oh!! kepada yang tidak pernah dengar, sherry baby nih, berbau sangat sedap.saya kata sedap sebab, bila cium rasa macam nak kunyah jek, bunganya.
Ini pula ialah Gramma Black Tiger Ipoh Star. Harga yang ada 2 spike tengah berbunga ialah $120. Jadi saya beli yang ini jek, separuh rege. dia kata lagi 2/3 bulan berbungalah.......rasanya worth buying nih. Nanti , bila racun tuh dah keluar, saya paste kat sini . Kat bawah ni, bunganya.

Ini pula, dendro kepunyaan fera. ada 2 spike nak keluar.
Ini bunganya, sebenarnya (kata tokeh laa) ia adalah dendro biasa yang telah mengalami mutasi(ada ke perkataan ini dalam kamus dewan bahasa) . Belasah aje la..........

ok la, dah penat dah menulis. jumpa lagi
cheers