baru2 ini
saya terserempak dengan separuh dari nyawanya.saya berkirim salam kepadanya.tetapi tiada khabar walaupun jarak antara saya dan dia adalah sepelaung, bukannya jauh sepert asap dari sebatang rokok. Saya meronda berharap terserempak dengannya , tetapi tiada.apa....kah????
Hmmmm..........Setelah itu saya faham , jika anda tiada kuasa, tiada pangkat, tiada kerja anda tiada pada mereka.
Kesian Dr. M kan.............
Motif , mengaitkan dengan tersayang itu........
Conclusion:
ada saya kesah!!!!!!!!!
Ok, saya sebenarnya hendak bercerita tentang laman impian saya. Tidak berapa menjadi lagi, tetapi saya tunjuk sikit aje la.

Saya telah menanam bunga rose di tepi kolam ikan ini. Impiannya hendak membuat 'rose edge' di situ. Kalau perasan masih ada lagi plastik tanah di situ, ini kerana saya bercadang hendak menutup tanah di sekeliling pokok rose itu dengan Japanese roses.Seminggu tapak tangan saya sakit kerana mengorek tanah untuk menanam rose itu. Next time bila HB tanya nak panggil mat indo tanamakan roses itu, saya mesti setuju......



any idea??????
motif post gambar yang hampir sama 2 x????
Oh!!oh.... terlupa.... sila cari perbezaan yang ketara sahaja.

Yang paling kanan tu terlebih baja dan terletak di tempat redup. rose ni tidak suka tempat redup.

suatu waktu dulu aku teringin laman dihiasi begonia, rose dan orchid. Ini lah antara begonia yang sedang di baik pulih.





Sekarang , mari kita tengok orchid pula. Ini Phal bellina Pink. Yang ini nampak original kan.....
Semua Phal Bellina yang saya beli yang asalnya( tapi saya beli di nursery la) dari Papua New Guinea dan Sarawak, bentuk bunganya adalah begini.

Ini juga Phal Bellina Pink, nampak macam mentawai ataupun violacea sumatrana ( jangan ada orang melenting marah pulak sebab nama orchid nih ) ahaks.......
Menurut kata tokeh masa saya membeli dulu, jadi begini kerana mericlone ma...

Yang ini bukan bellina tetapi Phal violacea. saya suka yang ini sebab bunganya yang comel itu. sila jangan bertanya samada saya nak jual ke tidak, sebab saya akan menyimpannya. ini kerna ada nilai sentimental di situ.

ok la........
sambung lagi nanti.................
daaaa............................
Banyaknya pokok. Kalau tak cukup tempat, ada orang yang ruang masih kosong di rumahnya.
ReplyDeletemadisyak
ReplyDeletekalau orang itu dekat, boleh kita bertukar2 koleksi kan!!kan!!
Salam Kak,
ReplyDeletesaya sungguh jeles-jeles kucing melihat ros akak yg sihat dan lebat berbunga tu..ada petua yg boleh dikongsi bersama?
Saya juga peminat ros, tp bila dah sampai tangan saya, yg gemuks semuanya tinggal batang jer. daun asyik kena penyakit black spot tu. bunga tak sembat kembang dah kecut. boleh bantu?
Tkasih...
hi natrah,
ReplyDeletesaya spray racun rose seminggu 2 kali. kalau masa saya rajin, jika ada thrip melekat kat batang pokok rose tu saya make sure kelaurkan dulu then spray dgn racun.
sebulan sekali saya guna bennex.
baja seminggu sekurang2nya sekali.
harap dapat membantu natrah.