Monday, June 7, 2010

cuti sekolah

cuti sekolah telah pun bermula.Bermakna bermulalah hari makan2, tidur2,jalan2, makan2, main2, tidur2 ,jalan2, makan2 , main2 ............................................................bagi anak2 saya.
Every day anak2 saya akan bertanya, "ibu, hari ini, ibu larat tak nak bawa kita orang pegi mana2 ke. boringlah duduk rumah......."
saya," tengok lah kalau kerja rumah siap, rumah bersih and anak2 ibu tolong ibu bersihkan rumah, bolehlah kita jalan2........" Jawapan yang memerangkap dan licik. muahahahahahahha
anak2,"ala!!!!!!! ibu ni.....................

Bermula dari hari sabtu, kami pergi makan nasi lemak seri wangi gombak. Nasi nya dah tak berapa sedap la, rasanya dia tukar beras kepada yang lebih murah. tapi ikan keli sambal memang mabeles!!!!!!yummy....yummmy......

selepas itu seperti biasa ke OU menuju MPH , membeli buku.
Ok, cuti sekolah budget $50/sorang.........
Then saya dapat satu idea,
Saya,"kalau sesiapa beli buku Bahasa Melayu walaupun satu buah, ibu beri beli 3 buku B. Inggeris at any price"
Yeayy!!!!!!!!!!!!
Tapi tak sorang pun beli buku Berbahasa Melayu.Alasan, rugi beli nanti setahun pun tak habis baca. sabau aje la..........

Kepada yang bertanya samada saya hendak berhenti daripada berhobikan orkid.
Jawapannya," saya juga seperti orkid , terutamanya dari species Phalaenopsis: iaitu ada masa dormant. so, sekarang adalah masa dormant saya,hehehehehehehehe
tak tentu lagi bila akan bergiat aktif. Tetapi saya masih lagi menyimpan species yang saya sangat sayang seperti enc. tampensis, vanda tesselata alba, vanda tricolor var suavis, vanda insignis,vanda merrillii, vandanopsis gigantea, neofinitia falcata, phal gigantea, phal cornucervi alba, phal bellina alba, etc.

Juga masih ada banyak lagi yang belum saya upload di sini untuk dilepaskan.saya cuma sempat upload sedikit gambar2 yang saya hendak lepaskan dan telahpun bertuan serta gambar2 orkid yang masih tinggal untuk saya buat pengubat rindu nanti.
Phal amboinensis, telahpun bertuan.
phal cornu cervi red.
Phal hybird , rasanya( cornu cervi alba x phal pantherina) x phal lamelligera
mariposa alba, yang rajin berbunga.
Tak pernah cuba nak cari nama orkid ini, mediumnya tanah. sangat mudah hidup dan berbunga.

Phal Cassandra x Pulcherima
Saya tidak tahu nama dendro ini sebab baru hendak berbunga buat pertama kainya di tangan saya. Nanti dah kembang saya pastekan di sini.

Neofinitia falcata
Sepasu lagi neofinitia falcata. Saya sangat suka psecies ini kerana selain bunganya yang unik berwarna putih bersih, baunya juga tersanga harum. semerbak!!!!

enc. tampensis
Phal cornu cervi alba,

Phal el-tigre

Phal amboinensis flava x phal violacea alba
Phal bellina blue

No comments:

Post a Comment