Friday, June 4, 2010

nyamannya hujan di pagi Jumaat

Pagi tadi hujan lebat dari waktu Subuh; sangat lah nyaman dan udara sejuk menyebabkan saya menarik selimut semula selepas breakfast. Namun hasrat hati tidak kesampaian kerana kesemua anak2 saya masuk bilik tidur kami kerana ayahnya baru aje download programme Britain got talent( semifinal) dan American got talent. Maka hendak tak hendak terpaksa lah saya tengok sekali.
Saya sungguh takjub seorang o....nyang( panggilan untuk ibu kepada nenek bagi orang Perak) dapat masuk final. Umurnya dalam 80an rasanya.
awesome!!!!!!! adakah Queen juga akan teruja untuk menyanyi nanti seandainya nyang ini menang dan membuat Royal Show di hadapan Queen nanti?????? sabau aje la......

Disebabkan mengantuk saya telah hilang, saya pun pergilah membaja pokok2 di halaman rumah. Baru saya perasan saya ada 30 pasu pokok bunga rose. Nampaknya saya tidak perlulah membeli roses lagi selepas kami mengubahsuai rumah nanti.

Saya sedang mencari idea untuk membuat landscape bunyi macam besar aje padahal sekangkang anak kera aje hehehehehehe dengan kombinasi tiga jenis pokok iaitu roses, orchid dan begonia.Kesemua jenis pokok ini saya telah ada dan sedang dalam proses grooming. Saya berharap mereka akan bertukar dari fantasia ke cinderella.Mungkin juga saya perlu tukar rupa paras pond saya seperti air terjun niagara . Letak buaian rotan supaya anak saya boleh menyanyi di tepi sungai untuk memikat anak raja. hahahahahahahaha

Pasal apa saya melalut nih?????

ok lah, saya rasa nak upload gambar tapi tak de la pulak gambarnya, nanti2 upload lagi.
btw, saya ada upload di ruang sebelah kanan blog ni, orchid yang masih available.

kepada Farazi and Hakim, monday akak post orchid tuh. Farazi semua yang awak order tu ada.
Kepada Khadri, nanti akak upload gambar yang lain untuk beccarri tuh.
Dr Guna , will update u the status soon.......

No comments:

Post a Comment