Tuesday, January 25, 2011

doritis pulcherrima var alba



Dah lama saya peram posting nih, kalau telur ayam mungkin dah menetas dah kot. ahaks......
Saya dapat doritis pulcherima var alba ini dari kenalan baru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia orkid. Di sebab kan teruja saya beli satu pasu yang ada beberapa pokok dan beberapa keping merah biru bertukar tangan. walaupun harga boleh tahan tetapi disebabkan tahu punca dari mana dia dapat saya tersangat lah senang hati melayangkan kertas2 merah biru tadi.

saya suka bunganya kerana warna putihnya seperti candy serta petalnya nampak macam gebu aje. rasa macam nak petik makan.
Ayoyoyo....
bukan petal rose boleh buat goreng tepung ye. hehehehe

Bentuk yang cantik serta susunan bunga yang kerap menyebabkan saya teruja memilikinya.
Saya telah pun memecahkan clumpnya dan dapatlah beberapa pot ,satu pot telah dimiliki oleh kak pah. harap2 mereka semua boleh hidup subur.
ok. da~~~~~

Monday, January 24, 2011

Phal lamelligera

Phal lamelligera adalah species yang mudah di jaga dan mudah berbunga. Di bawah ini adalah antara koleksi saya. Ada sesiapa berminat, harga cuma $25 aje. Seperti biasa siapa cepat ye.

sedang berbunga.
ini pokoknya.

da....

Sunday, January 23, 2011

vanda coerulea





setangkai vanda coerulea yang baru kembang, masih ada yang belum buka lagi.
Pokoknya tidak lah sebesar mana, lebih kurang denisoniana aje sizenya.
close up bunganya.
tadi baru perasan ada satu kuntum warna tiada tetapi putih semata, macam alba pulak.
setangkai tetapi sekuntum berbeza.

Phalaenopsis Gigantea

Setiap pencinta orkid terutamanya pencinta orkid phalaenopsis mesti bercita2 untuk mempunyai walau sepokok si comel ini. Phal gigantea.

Phal gigantea antara yang lambat pembesarannya, tetapi itu tidak menjadi halangan untuk pencinta orkid dari memilikinya.saya juga tidak terkecuali. melihat daunnya yang cantik dan sihat sahaja sudah cukup menyenangkan.
baby phal
kakak dia, sangat di gemari oleh lintah bulan aka slug.
sudah agak besar dan mudah untuk di jaga.

mungkinkah daunnya sedap? yang sudah agak besar ini juga digemari oleh serangga. rasanya yang ini telah di noda oleh "leaf cutter".
nampak tak ada tanda di daun yang atas sekali? kalau tak silap kerja si slug lah ni.
agak kering sebab masa bercuti hari tuh. lupa nak siram sebelum bertolak. 4 hari tak minum, so de hydrated sikit. sedang dalam proses membaik pulih.
mungkin anda juga peminat cik gigantea ini. nanti kita boleh berkongsi tips ye.

Wednesday, January 19, 2011

rumah baru

Rumah akak sudah tidak seperti rumah lagi. Penuh dengan orkid. Last 2 weeks ada minta kontraktor datang untuk quote untuk renovate kat depan,juga membuat rumah orkid. Tapi mangkuknya kontrator tak datang.Janji bukan main manis lagi, seperti menanam tebu di tepi bibir, hingga kami terpedaya dan tidak memanggil kontraktor lain.

Ok. adik2 , apakah maksud menanam tebu di tepi bibir?soalan periksa nih!!! hehehhe

Di sebabkan tidak sabar dan iman senipis kulit bawang. maka kami telah membuat plan, mengambil ukuran dan pergi sendiri ke kedai hardware. Pergi hari sabtu tapi , tokeh kata boleh hantar hari isnin. tensi tak, dah la tak sabar nih.
Barang pun sampaii hari isnin, call HB yang tengah meeting , excited nak citer barang dah sampai. keji tak!!!Petang tu, bila HB balik maka ; bertukang lah pasangan suami isteri itu. Semangat Proton waja!!!!

Oh! tak cukup pulak bahan2 nya. mcamana boleh silap nih. kena tunggu la lagi....
The next day order barang dan sambung kerja on the 3rd day. Bila lah nak siap!!!!!
Setelah bertungkus lumus maka siap lah separuh , rumah baru phal akak.

Masih belum pasang jaring dawai dan juga tukar pot, orkid 2 tersebut.
sorang major in stastistic economics dan sorang lagi IT. Maka, inilah hasilnya. terlebih tinggi dari sepatutnya dan terpaksa la menunggu engineer dari TTDI jaya untuk membetulkannya. cik no , make sure datang hari ini ye. dan tolong potong kan bahagian atas tuh!!
spike yang enterframe tu , ialah pahl borneensis, telah mengeluarkan bud. ada sesiapa yang ingin memilikinya.

akak ada sediakan bahagian untuk seedling, so barulah selesa seedling tersebut.
Pelbagai seedling phal.Yang berbunga tu , maaf lah dia, nak enterframe jugak!!!!ada sesiapa berminat, silalah beritahu ye. ada speciosa, violacea var blue, violacea, violacea mentawai, speciosa, manii, pantherina, gigantea,cc red, amboinensis var common etc.

Monday, January 17, 2011

phalaenopsis amboinensis





amboi!amboi!amboi! cik amboi..................
sweet kan cik amboinensis ni???

akak ada pelbagai jenis amboi ni , amboi biasa yang bunganya kecik2 tuh. amboi var common. amboi flava dan yang terbaru ini amboi var maluku. ada sesetengah kata amboi var maluku "nikko". apa2 pun cik amboi ini memang menarik. bunga yang besar dengan stripe coklat dan bau yang kuat.

Harga masih lagi reasonabale, tapi mungkin akan naik seperti amboinensis var common.
Kedua2 pokok di atas telah berpunya dan akan berangkat ke rumah baru next week.
semoga mereka gembira di rumah baru.

Sunday, January 16, 2011

gader-gader

Hari ini ada gader2 kat rumah sofiera. Hajat hati memang nak pegi , tetapi saya ada banyak hal la pulak di hari minggu ini.Maka saya pun siaplah apa yang patut pada hari sabtu itu, agar boleh bergader dan bergebang dengan gang orchid nih. ( patut kah gang orkid, sebab dia orang ni dah berdangdut ke nursery rose pulak).
Hari yang di nanti2 tiba, maka saya telah bangun pukul 5 pagi. gosok gigi, cuci muka ,terus mandi, pakai baju, minum susu , terus pegi ....pasar tani.

Dah sampai pasar tani, selepas beli keperluan dapur, wajib la pulak makan kan......
sudah makan..... harus lah pulak berjalan2 mencari barang.........
ternampak lah kuih telinga k***ng(param), saya pun beli untuk di bawa ke rumah sofiera kita.
lepas tu HB kata nak beli booster untuk enjin keter ke hapa tah, maka berpimpin tangan lah kami ke gerai yang di maksudkan.
Separuh jalan. Eh!!! cantiknya boxer untuk boys and girls. maka kamipun singgah dan membeli untuk puteri kecik dan putera . Jalan lagi .....eh! cantiknya kusyen ni, sofa saya pun dah lama tak tukar kusyennya. Maka saya singgah la di gerai kusyen pulak, disebabkan tiada yang berkenan dan akak itu bermurah hati untuk jahitkan untuk saya. maka saya tempah 6 biji kusyen, minta kurang , hanya 10 hengget aje.
"tak boleh lah kurang lagi dik, akak guna kain fella design ni", ok la kak kira jadilah.....
kemudian terpandang jam ....eh! dah dekat 8.30 pagi. kena balik ni , kang tak sempat pulak pegi rumah cik sofie kita.

Sarah telah menalipon banyak kali beritahu Julia dah ready. Sesampai di rumah saya terus bersiap dan hampir pukul 9 baru bertolak dari rumah. sempat call shida tapi tuan rumah yang angkat , cakap dah tunggu di pintu nak berangkat dah.Nasib baik dia begurau aje.Sindiran dalam gurauan ke cik sofie...hehhehehehe

Disebabkan lambat, HB bawa keter mcm F1. Panjang sikit la doa saya.....
Eh! nape sampai sungai buloh pulak ni!!!!!
alamak!!! dah la lambat sesat la pulak!!!!!
Call tuan rumah, setelah berbagai direction di beri, maka saya sampai lah tepat pukul 10 pagi, waktu berangkat pergi berdangdut sepatutnya.
Eh! mana pulak kuih param nih, teringgal!!!!!
Gift utk gang pun tertinggal, naisb baik tuan rumahnya ada bawa.......
Inilah gang orchid yang bergader2 di rumah sofiera. Jika nak tengok gambo2 lain, silalah ke FB ye.3 member baru, anggerik, arabella dan zarahim.

SO, meh la tengok orchid pulak.
Di beri nama Phal cornu cervi "red star". Comel aje bunganya dan pokoknya mcm Phal cornu cervi red( posting sebelum ini)
akhirnya telah kembang penuh cik lobbii ini. Masih ada 5 menunggu untuk kembang.
Ada sesiapa berminat???

Phal violacea alba, sangat rajin berbunga.
Blc little star x cattleya apa tah tak ingat...
tapi saya suka sebab tidak putus berbunga dan banyak pulak tuh.

ok la... sampai di sini dulu ya....

Thursday, January 13, 2011

jemukah anda

Hari ini saya membuat 6 posting. adakah anda perasan????
kenapa? Jangan tanya??? hehehhe

Bulbo yang saya tidak tahu IDnya. Ada 7 buds menanti untuk kembang.Encik ahmad mamat telah menjampinya agar mengeluarkan bunga yang cantik. muahahahhaha
Bulbo, saya tidak tahu juga apa IDnya. Macam jari ET, kan?

Yang ini sudah hampir 2 bulan berkeadaan yang sama. saya telah memindahnya untuk mendapatkan cahaya matahari. mungkin dia terselindung di tempat gelap, maka tidak mahu menunjukkan rupa parasnya.
Kepada yang ada order Encyclia Tampensisn var alba, begini lah rupa parasnya.
Ini pula encyclia alata.
Ionopsis Popcorn?
Trichoglottis x vanda denisoniana. Kuning yang menawan serta berbau wangi.

Ok la nak stop dah. dah mabuk denga posting2 ni.
da..................

Wednesday, January 12, 2011

koleksi saya

Pembaca yang budiman, tahukah anda harga barang keperluan sekarang telah naik?samada secara terang atau gelap( tidak jelas). Baru2 ini harga bawang telah naik, saya hanya mengetahuinya selepas terpaksa membeli bawang merah (kecil) yang baru aje kehabisan. Masakan mengguna bawang kecil lagi sedap dari bawang besar.Eh! blog masakan ke ni?Sorry dong!!!
masalahnya tiada pun dicanangkan di media cetak atau media elektronik akan kenaikan harga barang dapur ini. Begitu juga dengan harga telur dan juga keperluan lain.

Jika kita perhatikan di zaman kepimpinan rakyat didahulukan ini, saya perasan semua harga barang keperluan naik. Kalau zaman dolu2 yang memerintah 20 tahun tuh, paling rakyat marah bila harga tol naik. saya rasa "domino effect" dari kenaikan harga tol tidaklah seteruk kenaikan harga barang keperluan. Patutkah slogan itu diperbetulkan??? patutkah?patuhkah?

Ok lah , usoh la jawab kalau tak kose. tiba2 berjiwa Peghok.( sila guna kan e di bawah ye)

sebenonye nak citer pasal koleksi saya yang tidak bertambah kesan dari "domino effect" tadi. alasan..muahahahhahaha
Phal Ipoh Magic
Phal Ipoh magic "red form"
Phal Yellow Queen

Phal Bellina Pink "junk girl"
Phal carribean sunset x phal budi linohong
Phal amboinensis flava x Phal violacea flava
Phal tetrapis
sila berdoa harga barang keperluan turun, agar kita semua boleh menambah koleksi....

Tuesday, January 11, 2011

something new

I bought these two phals about a week ago. Unfortunately , i have yet to get the ID. If anyone of you has come across with the ID, please let me know ya.


This phal has strong smell and the base colour is greenish.
As for this one, base same as above and the smell is pretty mild.

Both flowers has same size and the petal is quite round. I like the second one better.

serupa tapi tak sama

Betul ke kita ni ada kembar 7 kat dunia nih? itu citer masa saya masih lagi berhingusan, dan menurut kata kawan2 ( tak tahu la kalau di tokok tambah). bila kita dah bertemu dengan ke tujuh2 nya bermakna ajal kita dah dekat.masa tu bila dengar , berdiri bulu roma; peluh jantan betina semua keluar....... eiiii....... takutnya
Betul ke tidak, saya pun tak tahu. Pada saya ajal maut di tangan tuhan. Kita manusia yang lemah hanya mampu berusaha dan bertawakkal aje. Selain itu mesti berniat hendak berbuat baik dan berusaha untuk membuat baik .Semoga mendapat ganjaran di akhirat kelak.Sekian tazkirah untuk kali ini. hehehhehehe

Orkid juga mempunyai kembar yang hampir se iras. Meh tengok...

Kedua2 orkid di atas ialah Phal violacea var sumatra. Yang sebelah kiri ada sambungan Nikko dan yang kanan pendek aje. Yang sebelah kiri tu bunganya lebih besar dan lebih harum dari cik vio sebelah kanan tuh.
close up kedua2nya
Phal violacea var sumatra
Phal violacea var sumatra "Nikko"
Phal violacea var sumatra "Nikko". Yang ini sudah pindah ke rumah baru di Kedah.Jika ada sesiapa yang berminat , boleh lah letak order sebab stock baru sampai next week.

Phal amboinensis var common

Seperti yang di nyatakan di posting yang lepas, var common bermaksud base/latar belakang putih. yang ini stripesnya kurang dan , base nya lebih menyerlah. Jangan tanya yang ini sebab dah berlepas ke Pantai Timur.
yang ini pula stripes nya lebih banyak dan agak kemerahan. Warna lebih mengancam dan lebih mudah di dapati. Cik amboi yang ini telah berlepas ke Johor.


Ini pula Phal tetrapis. Masa dulu2 saya tersangat suka phal ini, hingga mempunyai lebih kurang 7 koleksi. tetapi sekarang saya hanya mempunyai 3 sahaja.
Ini pula tanpa stripes dan tersangat lah sukar mencarinya. Tokeh minta saya jual kepadanya, dan minta saya letak harga. Maaf, tidak untuk berjual beli . Hanya untuk di nikmati keindahan nya yang putih bersih itu. Ewah!!!! ayat.......

Phal cornu cervi. Varisai ini dari sempadan.Stripes merah base kuning , tersangat lah menawan.
Yang ini nampak mcm bintik2 yang berterabur dan ada bahagian yang tiada berbintik. Fokus di bahagian kakinya. ( ewah!ewah!ewah! pandai2 aje letak kaki). Yang ini juga tidak untuk berjual beli.
Phal carribean sunset x Phal budi linohong. Berwarn pink lembut sesuai dengan baunya yang lembut.
Juga Phal carribean sunset x Phal budi linohong, tetapi berwarna orange lembut.

ada banyak lagi , tapi ini saja dulu ye. kita sambung di kemudian hari...