Sunday, January 23, 2011

Phalaenopsis Gigantea

Setiap pencinta orkid terutamanya pencinta orkid phalaenopsis mesti bercita2 untuk mempunyai walau sepokok si comel ini. Phal gigantea.

Phal gigantea antara yang lambat pembesarannya, tetapi itu tidak menjadi halangan untuk pencinta orkid dari memilikinya.saya juga tidak terkecuali. melihat daunnya yang cantik dan sihat sahaja sudah cukup menyenangkan.
baby phal
kakak dia, sangat di gemari oleh lintah bulan aka slug.
sudah agak besar dan mudah untuk di jaga.

mungkinkah daunnya sedap? yang sudah agak besar ini juga digemari oleh serangga. rasanya yang ini telah di noda oleh "leaf cutter".
nampak tak ada tanda di daun yang atas sekali? kalau tak silap kerja si slug lah ni.
agak kering sebab masa bercuti hari tuh. lupa nak siram sebelum bertolak. 4 hari tak minum, so de hydrated sikit. sedang dalam proses membaik pulih.
mungkin anda juga peminat cik gigantea ini. nanti kita boleh berkongsi tips ye.

No comments:

Post a Comment