Thursday, February 10, 2011

janji manis mu

Amboi!!!!
tajuk tak hengat......

Pernah tak anda di taburkan janji2 manis. sila tolak ketepi janji2 yang dibuat semasa bercintan -
cintun dulu. Masa itu walaupun tahu itu cuma janji manis mu tapi tetap juga nak percaya kan. hahahahhahahah

contoh2 janji manis mu adalah seperti

1. ok, kalau tak ada aral melintang, hari sabtu ni i pergi la seminar tentang syarikat jualan langsung you tu ye.Biasa dengar tak???

2. Adam temanlah angah buat homework nih. kalau angah tak buat nanti esok cikgu marah angah. Nanti, angah belikan adam ice cream baskin robbin.
sah2 janji manis sebab baskin robbin yang terdekat adalah di shah alam mall yang perlu sampai samada berkereta, bermosotikal, atau menaiki bus(jika ada). berjalan kaki memang tak sampai hatta menaiki basikal sekalipun.

Kepada pembaca blog akak dan juga pelanggan orkid dari selatan, akak minta maaf banyak kerana lambat membalas pertanyaan anda. ini bukan janji manis, tetapi alasan yang muna sarawak ahaks....

meh tengok apa ada untuk halwa mata kita

Phal Penang Jewel. Ia adalah hybrid Phal Violacea dan Phal Penang Violacea.Berbunga putih dengan tepi petal kehijauan dan berbau seperti violacea tetapi tidak begitu kuat.







gambar dari pokok yang sama


Phal Carribean sunset x Phal Budi linohong. Saya terpikat dengan yang ini, kerana berwarna merah dan seperti mempunyai 2 tones.lihat petal di bahagian bawah yang seperti bercorak2 dan peta di atas yang mempunyai merah sempurna.
Sebab dia cantik, saya amik 3 gambar. jangan mare ye.... hehehhehe....

Ini pula phal fuscata. Kombinasi coklata dan kuning. comeiiii..... la.....
Phalaenopsis appenddiculata.
tak padan kan namanya yang panjang dengan bunganya yang cenonit tuh!!!!
appenddiculata ialah seperti gibbosa dan parishii, iaitu jenis miniature. pokoknya adalah kecil sahaja, bunganya pula lebih kecil dari syilling 5 sen.


akak letak satu lagi gambar, sebab kecik sangat, hehehehehehehe


Ini pula Bulbo Lobii, ada 3 kuntum yang sedang kembang.Masih ada 5 buds yang menunggu masa untuk kembang.
Gambar keseluruhan pokok. Ada sesiapa berkenan????
Ini pula brassavola cucullata( bacaan kukulata ye, bukan cucu lata), Bunganya unik dan cantik. Sebab berjaya membungakan brassavola parinniii, sekarang gigih untuk membungakan si cucullata ini pula.
Pokok lain , tetapi kesemuanya memang sudah bersedia untuk berbunga. dalam kata lain flowering size. Harap2 berjaya lah.


2 comments:

  1. salam kenal

    terjumpa blog ni ms mencari maklumat tentang
    orkid... sgt berguna =)

    minat nak tanam orkid baru aje bermula... =)

    ReplyDelete
  2. as salam manje
    terimakasih kerana berkunjung ke blog saya. Berharap ia memberi manafaat kepada anda.
    selamat menceburi bidang keorkidan.

    ReplyDelete