Orang dulu2 kata, selalu berpindah boleh papa. apa kaitan???
ada kebenarannya, setiap kali kita pindah, mesti ada barang yang pecah, barang yang dibuang, barang yang tertinggal, barang yang kena curi, barang yeng tersalah letak. Sejak berpindah ke rumah baru ini, baru perasan set golf HB hilang. Jenuh dah mencari satu rumah.....
anak2 saya masih berharap boleh berpindah ke rumah yang lebih selesa. Akak pula berharap , pencen nanti dapat tinggal di kampong, dimana udara lebih nyaman dan jauh dari hiruk pikuk kota.
Suami juga yang tersangat anti balik kampong sudah mula memikir untuk beristirehat di kampong. gumbira , occay........
rumah orkid pulak. ini yang terbaru akak gunakan. potongan kayu.Bersesuaian dengan habitat asalnya yang menumpang di dahan pokok, orkid memang gembira jika di lekat di kayu.
akak suka ikat phalaenopsis kerana jenis ini tidak suka jika akarnya terlalu basah yang boleh mengakibatkan busuk akar. juga kita boleh ikat terbalik untuk mengelakkan air terkumpul di pucuk yang menyebabkan crown rot.



ok. da.......
No comments:
Post a Comment