Tuesday, October 19, 2010

Mari belajar



Murid2 ini bukan orkid ye. bukan...bukan...bukan...
bukan hybrid ataupun species.Cuba murid2 teka.....
Apa?
GAJAH!!!!!!





Seperti biasa , jika terlebih masa saya akan pergi berjumpa dgn beauty consultant di SJ. Bukan buat apa pun, tanya product baru and bila sale dan yang paling penting , gift apa dia boleh beri . heheheheheh e
Pathetic kan.....

Dia chinese yang baik hati dan sangat memuja Adam. Padanya Adam ialah budak ter'hensem" kat muka bumi ini. Anda Jeles??? hehhehe
Biasa la tu ayat memikat kan......

Cuma saya tak pasti dia serius ke tidak, sebabnya setiap kali saya ke sana dia akan bertanya adam jika adam tiada bersama saya . Jika Adam ada, mesti dia memberi buah tangan kepada Adam.Jika kami datang tanpa beritahu terlebih dahulu, terpaksa la saya menunggu dia ke kedai sebab dia nak belikan kacang kegemaran Adam.Hmmmmm.....

Kali terakhir saya ke sana , ialah beberapa hari sebelum raya.
"Len chai, len chai sini, sudah makan"- dia bertanya Adam. Adam seperti biasa, ada permata dididalam mulut susah sangat nak dengar dia bercakap dgn amoi ini.Kesian amoi tuh...
Dia suruh saya hantar Adam belajar Bahasa Mandarin, saya cakap susah nak cari tutor Bahasa Mandarin.
" Itula......., itula...... Mak2 tak sedar diri, sekalang haa..... orang lebut2 antar anak belaja bahasa, u tak ada tutor!!!.......
."Mem! sedar.... sedar..... bangun..... bangun....
" tahu kenapa ada ayat "bilajar lah sampai ke.........cakap....cakap ..... ke mana......"
u tahu kan..... mesti u tahu.....
dan mesti ada sebab kenapa sampai ke China....
janji hantar len chai belajar Bahasa Mandarin tau.....

Tetapi saya perasan si teruna ini suka Bahasa Arab, saya ingat hendak hantar dia belajar Bahasa Arab intensif, tetapi tiada la pulak yang berdekatan dengan kawasan perumahan saya ini. Saya dan kakaknya juga akan turut serta untuk memudahkan pembelajaran mereka.

Lanjutan dari cerita belajar bahasa.
Baru-baru ini ada di dalam surat khabar arus perdana, "berlaku penertrasi". Saya perasan paper itu tergantung di restoran yang kami hendak pergi untuk bersarapan, maka saya cuba sedaya mungkin menarik perhatian anak2 saya agar mereka tidak nampak perkataan itu.
anda mesti hairan kenapa kan?????
sebabnya saya pernah terkena sebelum ini dan rasa macam nak minta bumi telan saya sebab malu. pitam.

Saya rasa saya pernah bercerita sebelum ini, tetapi tak apelah citer sekali lagi.Lebih kurang gini la citernya, tak ingat dah tapi inti patinya masih ingat. hehhehee
Di suatu pagi, saya bersama anak ke dua saya ;ke Pasar Basah untuk membeli barang dapur. Setelah habis membeli belah , saya telah singgah di gerai menjual majalah2 untuk keperluan minda saya. Tiba2 aisyah bertanya
Aisyah" ibu , pucuk tu apa"
saya dengan penuh semangat" u know top of building?"
aisyah" yes"
saya," ok, pucuk is top of the tree/plant"
aisyah,"oooooooo"
Belum sempat saya menyambung aisyah telah
Aisyah," suami mati pucuk bunuh isteri"

membaca headline dari satu tabloid yang berada di situ, dengan suara yang agak kuat sambil muka terpinga2 sebab tak faham.
OMG!!!!!Semua orang kat situ pandang kami.
kalau aisyah tu umur 6/7 tahun mungkin la orang kata comel budak ni pandai membaca .
tapi dia dah besar .Oh....... saya pun menarik tangannya dan beredar tanpa membeli santapan buat minda saya.

Ok.stop di situ . Maaf ye selingan yang dah jadi karangan. heheheheh

Saya ada bertanya apakah Vanda JVB sebelum ini.Nama penuh Vanda JVB ialah Vanda Josephine van Brero. Ia adalah sejenis Vanda Hybrid. Parents nya ialah Vanda insignis x Papilionanthe teres.Saya rasa insignis mesti ramai yang biasa tengok, tetapi Papilio teres tu mungkin ada tetapi tak perasan. so,jika ingin melihatnya sila la ke link ini .
saya ada beli papilio ini, harganya $8 satu kaki pjg. tak tahu la mahal ke murah ke....
first time beli, ia juga di kenali dengan vanda teres.

Next Phal el Tigre
Phal el tigre ialah primary hybrid. Primary hybrid bermaksud cross antara species dan juga species.
Untuk cik tigre ni ia adalah Cross antara Phal cornu cervi and Phal lueddemanniana.Apa maksud el-tigre tu? itu soalan periksa untuk minggu ini. Bukankah sekarang minggu exam. final exam tau....
sila baca buku.......
tak tahu tanya cikgu...
cikgu miza ke, cikgu hakim ke, cikgu ida ke, atau professor di raja hehehehhe

Ini lah Phal El tigre, comel kan....
sebab dia comel akak letak satu lagi gambar
Yang di bawah ni gambar paknya.

Phal cornu cervi. Maknya akak tak ada sebab sudah pulang ke syurga.

Penat la belajar , mari la kita cuci mata.!!!!!!
Tengok tu, disuruh belajar malas........
Ini pun belajar juga. belajar mengenal nama bunga.... hehehhee



vanda robert delight blue star. akak tak pandai amik gambar sebenarnya blue sangat mcam vanda Pachara blue.
Phalaenopsis tetrapis.suka dengan warna putihnya, nampak macam suci murni aje.

yang ini junk girl, suka setiap kali berbunga, mesti meriah.
Phalaenopsis amboinensis
Phalaenopsis amboinensis

2 comments:

  1. rajinnya cikgu mengajar harini? apa rahsia?
    cantik2 bunga tu, setakat ni tetrapis tu memang rajin bebunga sama ngan belina blue tp yg lain tu tengah berhibernasi..kalo aishah baca nanti dia tanya lak apa makna hibernasi?hehehe

    ReplyDelete
  2. rahsianya sebab minggu ni minggu final exam. hahahahha
    kalau dalam masa 3 bulan maish berhibernasi kena la buat sesuatu.
    ya, aisyah tak baca lagi blog ni. tapi perkataan ini tak tricky, so mudha nak jawab. hhehehe

    ReplyDelete