Saturday, October 16, 2010

Phal Pantherina

Semalam berjalan-jalan sambil mengambil gambar di sekitar lembah Kelang. Teringin hendak mengambil gambar di Tugu Negara , Muzium Negara juga Istana Negara. Tetapi keletihan menyebabkan kami membatalkan hajat itu. Kalau tidak mesti ada yang perasan kami bergambar sakan seperti mat-mat Bangla. hehehehehhehe

Ok, itu bukan citer yang hendak disampaikan. Itu hanya selingan...
Ada seorang pengumpul orchid juga hendak melepaskan Phal pantherina nya pada harga $70. sudah mengeluarkan spike dan satu yang saya lihat ada bud yang hendak kembang.

Saya teruja sebab pada saya ia mampu milik untuk species ini. Dalam koleksi saya cuma ada satu yang harganya melebihi $100 semasa saya membelinya di suatu nursery. Saya memberitahunya yang saya telah ada dan kemungkinan ada kawan seorkidan yang ingin memilikinya. Tetapi saya beritahunya, jangan tunggu saya kerana mungkin tiada yang berminat.

Gitulah isi kandungan karangan hari ini.....

ada sesiapa berminat?sorry gambar enggak ada , lupa sebab seronok berborak species.

No comments:

Post a Comment