Sementara itu, anak perempuan bongsu saya pula juga tidak sihat.Disebabkan saya pun kurang sihat, maka HB menunggu anak di hospital dan saya menjaga seorang lagi di rumah. Dugaan Allah kali ini agak besar kepada keluarga kami, saya yang tidak larat nak bangun sebab demam , sakit tekak dan batuk berharap kepada Sarah untuk membantu. Kesian Sarah, hampir semua kerja dia buat dan setelah itu bersiap2 ke sekolah pula, Nasib baik ada adik beradik membantu dan juga ibu saya datang dari kampong kerana bimbang anak-menantu dan cucu nya sakit.
Alhamdulillah, sekarang anak2 saya sudah semakin sembuh tetapi saya masih ada batuk dan sakit kepala.Kepada kawan2 yang bertanya dan berdoa agar kami sekeluarga sembuh, terima kaish di ucapkan. Jika saya tidak dapat membalas samada melalui phone, mail, chat, dan fb bermakna saya terlalu tidak larat.
tidak banyak benda yang hendak diceritakan, maka kita cuci mata aje la dgn gambar yang tidak seberapa ini.

"Julia, meh!! baring sebelah abang. meh la, nanti Julia nak balik jap lagi". Julia yang mungin juga rindu kepada abangnya, tersengih2 naik katil . gambar ini di ambil semasa mereka berdua sedang leka menonton TV di ward.


Dendrobium tanii, menurut kata yang empunya diri harga di pasaran ialah $50, di sebabkan saya berbarter trade dengannya, maka saya tak terasa keperitan mengeluarkan $$$$$

Cymbidium bicolor kot. gambar di ambil semasa baru nak kembang, sekarang ni dah hampir penghujung musim bunganya. tak sempat nak ambil gambar sedang blooming sebab tak larat nak ke belakang.

Sekarang ni bayak pula bunga2 rose yang berkembang di rumah saya. Hati bukan main teringin hendak membelainya tetapi apakan daya, saya masih lagi lemah untuk melakukan itu semua. setakat amik gambar oleh anak2 aje la.s





Juga telah di sambar emak saya.


sama seperti sebelum ini, cuma pasu berlainan,
Ok la sampai disini dulu, selamat mengerjakan ibadah puasa. dan semoga ramadhan tahun ini Allah memberkati anda semua dan kami sekeluarga. aminnnnn......
No comments:
Post a Comment