salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
ewah! ewah! Intro macam belia 4B ...hehhehe
ok. hari ini kita citer pasal phal bellina pink "taiwan". Perkataan yang akhir tu kita dah tahu dah, dari mana kah asal usul phal ini.
Ada sesiapa tengok documentary tentang perusahaan orkid "butterfly" di taiwan baru2 ini. Best sungguh rancangan tuh. Kalau lah kerajaan Malaysia buat apa yang di buat oleh kerajaan taiwan dalam memajukan industri orkid ini, akak rasa akak lah orang pertama yang akan volunteer untuk berniaga di tapak industri tersebut.
System yang di gunakan sungguh canggih, tersangat lah systematic. Jika di lihat dengan teliti ia seperti industri bunga tulip di Holland.
anyway, berbalik kepada tajuk kita hari ini. Phal bellina pink dari taiwan ini adalah salah satu phal yang sangat di gemari oleh pengumpul orkid. Ini kerana bentuk petalnya yang seakan membulat , bunga yang agak besar serta warna bunga "pink" yang agak banyak serta sekata.Baunya elbih wangi. Di awal keluarannya terdahulu ia tersangat mahal. anak yang masih di dalam flask berharga $4 sepokok. didalam flask itu ada dalam 20 pokok . jadi, buat lah kiraan sendiri untuk mendapat harga satu flask ye.
Daunnya pulak lebih lebar dan agak keras berbanding dengan bellina pink biasa.
mari kita tengok bunganya.


itulah hakikatnya.


silalah beritahu awal ye.
lupa pulak letak harga $20 aje.
p/s: sila abaikan gambar kepala anak teruna saya yang sedang merajuk itu. hehehhee
No comments:
Post a Comment