Sunday, January 9, 2011

test

Seperti biasa, kalau ada gadget baru kat pasaran, my other half sangat teruja hendak memilikinya. Tetapi disebabkan sayang bini isteri, maka dia akan membelinya untuk isteri. Sebenarnya alasan tu......

Masa dolu2, masa masih muda2 dulu; saya selalu berharap my other half, send bouquet of roses to my office.Tapi suami saya bukanlah dilahirkan di alam romantika, kalau berkata2 mesti lurus aje , macam hiway.Kata2nya yang masih terngiang2 di telinga saya ialah daripada beli roses yang boleh tahan paling lama 1 minggu. lebih baik la abang belikan tina barang kemas ke, lappy baru ke, handphone ke... bla...bla..bla...
Itulah jawapan yang diberi semasa saya masih berjiwa jiwang, bertanya kepada somi nape tak belikan bekas tunang nih roses.

Betul juga apa yang dikatanya, rose akan layu. tiada apa yang boleh dimanafaatkan darinya, kalau bernasib baik boleh la buat syrup rose. motip...hehehhehehe

Sekarang saya tidak kisah, kalau saya teringin bunga rose, somi akan temankan saya beli pokok rose di sg buloh. Reason, kalau pandai jaga bolehlah lama sikit menghidu keharuman bunga rose.
Tetapi disebabkan , orkid adalah pilihan hati, maka saya tidak memperdulikan rose , walau secantik mana pun.ewah!!!! makan hati peminat rose....

apahal la pi citer pasai rose meleret-leret pulak tuh. kan kita nak citer pasai gadget tadi.



ok back to the subject.

Gadget untuk tahun baru.

saya tidak berapa suka menggunakan Ipad, kecuali keluar atau minum kopi kat tempat yang ada wi-fi.
Jadi, ia telah menjadi kepunyaan Julia yang sibuk dgn Justin Bieber nya, taylor swift la. Dan tak lupa games, semua games dia pandai main termasuk lah salt yang si angelina Jolie tuh.

Julia dengan Ipad yang tanpa rela menjadi kepunyaannya. Percaya tak dia ajar saya main game angry bird. dan saya telah ketagihan kepada game itu.muahahahahha
untuk pengetahuan anda angry bird is one of the top game in 2010.

saya juga dengan rasminya telah bertukar handphone dari Iphone ke blackberry. sebabnya Iphone 4 tidak menepati citarasa saya.


Ini pula gambar yang di ambil dgn menggunakan blackberry. testing... testing...testing....


Saya akan menggunakan blackberry message untuk instant update tentang orkid . Jadi , sesiapa di sini yang mempunyai jenama talipaa..uon ( mcm opah saya kata)yang sama, silalah send request untuk saya add didalam group BBM orkid.Pin number saya ialah....2347616F



Peserta pertama yang menghantar akan menerima Phal Bellina Pink.
Sesiapa yang tak kenal bellina pink, rupa parasnya macam gambo di atas, tetapi bukan lah yang ini.

Dan bagi pelanggan yang setiap bulan mengorder atau selang sebulan mengorder orkid dari saya dan merupakan peserta pertama yang send request akan mendapat Phal Bellina Blue.
seperti juga statement di atas, rupa paras bellina blue sebagai gambaran sahaja.

P/S; tajuk tu sebab nak test phone untuk upload gambar terus ke blog.

No comments:

Post a Comment