Tuesday, January 4, 2011

permulaan tahun baru

3hb jan 2011, bermula lah sessi persekolahan untuk tahun 2011. tahun ini saya membuat persediaan awal, kononnya untuk memudahkan kami .

Namun , jangkaan itu meleset, hari terakhir cuti persekolahan saya masih lagi mencari stationaries anak2.Mereka merenget sebab , hajat mereka untuk bershopping di gedung faber castell di glemarie, tidak kesampaian.Hari ahad, kedai tu di tutup. hmmm......

Tahun ini kesemua anak2 saya naik bus. saya dah tak larat nak hantar amik mereka kerana si kecil (Julia)tu, selalu mengamuk. ini kerana waktu2 saya bertugas adalah waktu untuk dia tidur siang atau melepak depan TV. Julia minta pergi sekolah, tapi saya tak beri, biarlah tahun depan.Kalau dia start sekolah tahun ini, saya akan keseorangan di rumah. Sunyi......

Jadi, apakah yang plan saya di waktu senggang tersebut??
Oh, Banyak!!!!Membelek orkid dan juga boleh berdangdut di nursery. hehehehheheh

Tak lah gitu.....
aisyah UPSR tahun ini, maka saya semestinya sibuk.

ok la meh tengok apa yang saya ada di tahun baru ini.

Phal Ipoh Magic , bunganya berwarna merah keunguan. Ada bau yang lembut.
Gambar pokok secara keseluruhan.

ramai yang bertanya akan si sexy ini, tetapi malangnya saya tidak mempunyai stock lebih. Ini kerana ia adalah hybrid. Hybrid susah hendak jangka warna apakah yang akan kita jumpa.
samalah juga dengan manusia, hybrid kita ada yang hidung mancung macam Lady D, ada berbibir sexy mcm angelina Jolie , yang kacak seperti Jacob, yang jelita seperti natalie portman.

oklah sebelum saya melalut dengan lebih jauh lagi, kita berhenti di sini dulu ye.

No comments:

Post a Comment