Friday, October 15, 2010

cerita ceriti

Saya tertarik dengan kisah seorang peminat orchid yang seakan-akan merajuk dan tersangat bengang kerana ada yang bermulut laser telah mengguris hatinya. Tak tahu la apakah motifnya, dan apakah kebaikan yang si laser ini dapat. Tetapi yang pasti, manusia sememangnya ada yang berperangai sebegini sejak dari zaman Nabi Adam lagi.

Jadi untuk pencinta orkid en hakim, bersabar la ye.....akak rasa sebelum ni ada se orang pencinta orkid juga, kak tim rasanya juga bengang dgn seseorang, sape ntah .
Kan... anda tidak berseorangan hehehhehehe

Pada akak senang aje, selagi tak Kiamat selagi tu ada orang sebegini, kalau tak ;jobless makhluk bertanduk tu kan.....
Nanti susah pulak kita nak cari kerja, kang dia menyamar apply jadi officer ke, cikgu ke, lecturer , engineer ......
susah pulak kita semua kan.....


Ishhh...... apa la dok merepek ni.


ok, kat bawah ialah gambar2 yang di janjikan.
Vanda Mimi Palmer x Vanda JVB, kepunyaan farazi, satu kuntum sudah layu.


Tetapi ....
tengok tu , nampak tak ? yang sebelah kanan tu....
Seperti yang di katakan sebelum ini, ia memang rajin berbunga.
BTW, ada sesiapa tahu apa itu vanda JVB.

Juga kepunyaan farazi, Don Herman. Harga $15 aje , satu pelaburan yang bijak. Pecah clump boleh jual atau barter trade dengan kawan2. hehehehhee


Cik Darwinara , kepunyaan hakim...

En lim, untuk en kim


Aerides lawrencia hybrid, ada 2 keiki yang dah besar. hakim , masa akak nak pegi amik bunga tuh, tokeh tu baru perasan ada hampir 10 keiki kat pokok tu so harganya $80. so , dia tak boleh beri lah yang itu. sebab sudah tersilap, akak minta juga yang ada keiki utk harga yg di persetujui. dapatlah seperti yang gambar kat atas ini. tetapi kalau hakim tak nak tak apa.., silap akak.


Blc Termthong x Lc Orange Nugget. Bunga nya besar, berwarna orange terang dan juga clump yang besar. Belum berpunya, sesiapa yang ingin meminangnya, sila lah hububgi ye....
seperti biasa , siapa cepat ye.
close - up bunga

4 comments:

  1. wah.. tn hakim byk borong.... kak, besar tu clump Blc...
    Vanda mimi tu harap2 leh bertahan spike yg baru nk kuar tu masa perjalanan n kembang kt JB ni...
    Cik Lim ngan Cik Vanda Hybrid color putih tu tepek le skali... hehehe (saja2 je)
    Aerides lawrencia hybrid tu kalau tn hakim tak nk hantar je kt sy kak... hehehehe

    ReplyDelete
  2. amboi....banyak chantekkkkk..Kim dah chop dulu... Kak Tina..kira jadi saja....kan dah kata..kalo fanatik ni..harga sepuluh billion pun dia beli..hahahahah

    ReplyDelete
  3. kak, vanda JVB ialah Vanda Josephine van Brero (hybrid apa dgn apa tak ingat la)

    ReplyDelete
  4. @farazi - setakat ini maish belum berpunya. tak sempat dah nak suruh berposing, dah nak masuk kotak.
    aerides lawrencia tu kalau berminat maish ada satu pokok cuma kena tambah $5 lagi sebab ada 3/4 anaknya.

    @hakim - hahahahahahaha. btw, teringin nak tengok pemandangan hijau di rumah awak. snap lah gambar .


    @natahsa - betul tu , hybrid Vanda insignis x Papilionanthe teres

    ReplyDelete