Thursday, July 15, 2010

begini kah? begitu kah?

Saya mendapat SMS dari seorang pembaca dan juga pencinta orchid.
"Kak , nak tanya akar phals boleh ke tutup semua atau nak tenggek aje atas moss tu".
Demi pembaca dan pelanggan saya yang berjiran dengan negeri Selangor ini, akak telah mengambil banyak gambar untuk di tampalkan di sini.
Gigih gitu tau!!!!

Untuk menyelesaikan permasalahan ini, kita perlu membuat kajian dan pemerhatian.
Tajuk kajian kita ialah Melihat keserasian Orkid Phalaenopsis dengan habitatnya aka tempat tinggal.
Wah! nangis lecturer pertanian baca intro kat atas tuh.hehehehhehe

Mari kita tengok dan mari kita selesaikan permasalahan ini dari kajian di bawah.


Phal cornu cervi
Kajian : Semasa ia mula2 di tanam, pokok dan keseluruhan akar berada didalam pot dan ditutupi dengan sedikit moss.
Pemerhatian: seiring dengan tumbesarannya, aerial root telah keluar dari pot dan sangat gembira melihat pemandangan seisi alam.Ia telah menarik pokok tersebut untuk keluar dari pot itu.
"Wah! bestnya pemandangan di sini, nampak lebih jelas dan cantik.Oh!!! bestnya!!bestnya!! saya hendak duduk bertenggek di sini la."begitu lah kata2 cik cornu cervi ini.
Kerana ia begitu gembira tinggal di situ, ia telah berbunga dengan meriahnya.telah ada 2 spikes. (maaf la ye, semasa gambar ini di ambil, bunga2 telah gugur)
Kesimpulan: Pokok phal boleh hidup dengan hanya bertenggek di atas pot atau apa saja media yang berkaitan tanpa menutupi akarnya,

Phal amboinensis
Kajian: Phal ini di pindahkan dari pot yang penuh dengan moss ke kayu .
Pemerhatian: Dilihat daripada akar2 yang berselirat di situ, ia sangat gembira bergantungan di rumah kayunya.
Kesimpulan: Phal boleh hidup dengan sihat tanpa menutupi akarnya dengan apa jua media.

Phal David Lim
Kajian: adakah encik david suka tinggal di rumah kayu, rumah fiber (plastik sebenarnya) atau rumah banglo!! eh! silap rumah dari material hutan aka pakis.
Pemerhatian: encik david telah menginap lama di pakis tersebut, yang di bina terselindung sedikit dari cahaya matahari. yakni, pancaran mentari mengenainya dalam purata 50%. Maksudnya encik david terpaksa bertungkus lumus membuat makanan dengan hanya 50% sumber solar.Encik david sangat penat dan tidak sempat untuk bersenang lenang atau bergembira malahan tak sempat untuk berehat. Maka, tuan rumah yang prihatin akan kesusahan encik david telah membantunya membina rumah baru. disebabkan terlalu banyak kenangan di rumah lama, maka tuan rumah bermurah hati membina rumah baru encik david bersama material dari hutan. Pakis telah di masukkan di dalam pot dan di gantung menggunakan kabel aka dawai menghadap matahari naik. Didalam rumah baru ini di hiasi dengan moss hidup. Hasilnya, encik david tidak perlu bekerja kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Dia sangat gembira dan telah mengeluarkan spike .
Kesimpulan : apasal panjang sangat citer encik david tuh.
Phal boleh hidup dengan separuh akarnya didalam moss dan separuh lagi terdedah.

Phal cornu cervi alba. saya membelanya sejak ia masih didalm pot 2 inci.


Phalaenopsis hybrid.
Sebagai assignment kali ini, sila buat kajian anda terhadap 2 phalaenopsis di atas.
Malas nak buat citer dah la kan....... hahahhahaha

Phal Bellina Blue
Kajian : sejak di beli awal tahun ini, saya hanya membiarkan phal ini hidup didalam pot dengan keseluruhan akar ditutupi moss.

Pemerhatian: telah terdapat aerial rot yang mula keluar dari moss tersebut. dan juga spike telah mula naik .

Kesimpulan : Phalaenopsis boleh hidup dan berbunga dengan keseluruhan akar ditutupi moss.

Bagaimana pula keadaan orkid phalaenopsis ini di nursery??? Kebanyakan nursery membunga dan membiakkan phal didalam pot sahaja. gambar di atas di ambil dari salah sebuah nursery yang pernah saya kunjungi.

saya juga biasa melihat tokeh2 dan kuli2 tokeh me'repot' okid jenis ini. Mereka akan membenamkan seseluruhan akar di dalam moss dan memastikan moss itu sendat didalam pot transparent tersebut.

Tambahan : seedling phal
Tahukah anda bagaimana kita hendak memasukan seedling phalaenopsis?
skima sungguh ayat di atas.
Semasa saya pergi training di Hexagon bersama mod yang jelita cik alifinara aka shida, kami telah di ajar cara2 memasukan seedling dari compot dan juga flask.
Dr Noraini telah menegaskan bahawa keseluruhan akar seedling ini perlu berada didalam moss dan juga pastikan moss itu padat agar pokok tidak bergerak2.
Motif pokok tidak bergerak?
adalah di maklumkan walaupun kita( pencinta orkid) suka berdangdut di nursery, tetapi seedling tidak suka berdangdut aka menari. apa kaitan?
sebenarnya semasa tumbesaran orkid ini, sila tetapkan kedudukan orkid agar ia tidak bergerak2. Kedudukan pokok yang tidak stabil boleh menyebabkan seedling ini memilih ke syurga.

Sebagai nota tambahan, saya baru sahaja mengalihkan seedling phal ke sebatang kayu. Untuk anda yang berlaman sempit atau tinggal di aprtment/kondo yang bakoninya terhad, atau pun orkid yang dah penuh laman hingga tiada ruang. hehehehhe anda boleh menggunakan idea ini. Ia juga di panggil vertical garden ( jika anda memilih untuk menanam keseluruhan tanaman hiasan anda secara menegak).
apakah itu??? itu bukan tangkal ye. hehehhee
Phalaenopsis saya digemari slug aka lintah bulan. maka saya telah melekatkan racun sipot di situ.
Ini pula seedling yang dipindahkan ke pot yang berlubang.
apakah kebaikan dan keburukan dari cara2 tersebut.

akar bertenggek aka tidak di masukkan kedalam moss. atau hidup tanpa media.

kebaikannya :
1.sukar di hinggapi fungus kerana ia tiada mengumpul kotoran yang biasa tersangkut pada media.
2. akar lepas bebas dan mudah menerima mineral samada secara semula jadi atau di sirami baja.
3. nampak lebih natural atau berseni. ewah!!! ini pada mata saya aje.

keburukan:
1. mesti kerap di siram kerana tiada media untuk menyimpan air

akar disimpan sepenuhnya atau 3/4 penuh didalam moss

kebaikan:
1. mudah membaja
2. boleh menyimpan air, maka tidak perlu disiram selalu. Jika anda perlu keluar kota(outstation) anda cuma perlu siram ke dlam media hingga lencun dan ia boleh tahan seminggu. Pah tua ini dari rakan seangkatan Paradox.
3. Nampak lebih kemas dengan akar yang tidak berselirat dan menjimatkan ruang.


Keburukan:
1. suatu keburukan kepada pencinta orkid yang rajin menyiram pokok orkidnya, kerana meida yang telalu basah boleh merosakkan akar dan menyebabkan ia busuk. lalu tanpa rela ia terpaksa pergi
2. mudah di jangkiti fungus jika tiada pengawalan kelembapan media.



Ini bukan sebahagian dari kajian, tetapi permintaan seorang customer saya Puteri Gunung Ledang. Eh silap!! sofiera untuk mengalihkan phal ini dari pot ke kayu. saya gembira dapat melakukannya.
Fuh!!! nasib baik dia tak minta.
" kekanda ! bajakan phal beta dengan 7 dulang hati nyamuk!!!!pengsan!!!!!!!!

Phal ini telah pun mengeluarkan bud dan akan kembang tidak lama lagi. sila letakkan di tempat redup, berangin dan kena mentari pagi . Sabar menanti ye.....


selain dari phal, saya juga menanam orkid dari keluarga berbeza sama seperti saya menanam phal.
gambar di atas ialah cymbidium finlay


cymbidium ensifoliumtak ingat la jenis mokara atau vanda.
vanda pinchtawit spot, tiada medium.

eria , juga tiada medium

cantik tak???
hybrid vanda denosianiana dan christian vietnamica.
warna yang sangat cantik dan harum!!!!!!
Pokok ini agak lama dormant kerana tidak berjaga, setelah dipindahkan ke pokok mangga di laman rumah , terus berbunga. I like..................
saja cuci mata, saya suka rose ini. Bunganya besar dan banyak lapisan. saya menyimpan 2 pasu. Rose ini di bela sejak saya mencintai sik rose ini kira 2/3 tahun yang lepas.

rose kaler orange, sangat mudah berbunga. juga saya mempunyai 2 pasu.
saya tidak perasan rose orangae ini telah dinodai oleh si ulat bulu naik daun, tapi sekarang ia telah naik hingga ke bunga. nampak tak se ekor ulat bulu kat tepi bunga tuh.
kadang2 kita tidak perasan adanya ulat ini kerana ia selalu keluar waktu cahaya matahari sudah tiada, kita cuma perasa tinggalannya yang berwarna hitam sahaja.
cara untuk menghilangkannya, saya sembur dengan air chili.

Kepada kesemua pembaca blog saya, semoga anda bergembira dengan posting ini.
untuk nota tambahan anda juga boleh melihat cara2 repotting orkid ini di you tube.

saya perlu merepot phal bellina alba yang sudah hampir berbunga ini pula. ada sesiapa berminat, separuh dari harga yang sedang berbunga.


hingga berjumpa lagi di lain kali
da.......

4 comments:

  1. salam,..
    info yang bagus dan padat, terima kasih daun keladi, esok-esok share lagi

    ReplyDelete
  2. ibuintan
    terima kasih ye. Pujian yang melambung tinggi nih. Insya-allah, apa2 kita share dan belajar bersama2.

    ReplyDelete
  3. wah, panjang lebar tips penjagaan phals.boleh buat pHD ni kak.banyak jugak research yg akak dah buat. anyway thanks byk2 mmg byk info yg sya dpt kali ni.

    ReplyDelete
  4. waliz,

    terima kasih kembali.

    buat pHD????
    harus akak kena buka nursery untuk kajian. hahahhaaha
    eh! bagus juga idea tu, ada nursery kan!!

    ReplyDelete