Tuesday, July 28, 2009

Hari ini saya mabuk makan ubat.
Ubat batuk, ubat selsema dan juga ubat sakit tekak. Semua ubat itu menyebabkan saya rasa mengantuk tapi belum boleh nak tido, jadi saya berjalan terhoyong hayang ke sana ke mari.

Di sebabkan saya tidak boleh tido, saya mengambil keputusan untuk up date blog ini.

henry, ini ialah dendro awak yang di kirim oleh shida. keikinya belum ada akar.kalau nak akak kirim the whole plant, tada masalah, boleh saja.
Kepada miza, ini ialah gambar pangkal pokok okid paphio niveum.
Daun terpanjang dalam 5 inci dan ada 4 daun semuanya.
Ini gambar penuh. akak telah membelanya hampir setahun. Jika awak berminat dan menepati budget awak. sila confirmkan dan akak akan reserve untuk awak.
Ini ialah hybrid arachnis kot, bunganya lain daripada lain.
posisi lain pula , model ini berposing.
Ini ialah doritis kesayangan saya.
sebab saya sayang sangat, maka saya amik gambar dua dan paste kat sini. Berbulu kah mata anda. hehehehehehehe
Ini ialah Rhy gigantea alba, antara koleksi terawal saya. Cuba lihat setiap pangkal daun yang sudah tiada, ada tinggalan spike. Ye, pokok okid ini sangat rajin berbunga.
Dua bud spike baru muncul. tidakkah ini menceriakan hari saya.
Ini pula dendro lampongese, baru nak keluar spike
Yang ini pula hendak menunggu bunga nya sahaja berkembang.
another spike kat atas tuh jugak.
Ini pula phal appendiculata, kebahagaian yang tidak terkata.
Posisi lain pula. Yang ini saya rasa bertuah kerna dapat beli pada harga $15. Sebelum ini saya beli range harga $20-$25. malangnya sudah tidak ada kerna saya beli satu sahaja. so, ini ya, bapak2 dan ibu2 , hanya untuk tontonan sahaja. Ya, udah2, semakin merepek la Ibu tina ini.

Ya, udah ya. saya renti sini saja.

No comments:

Post a Comment