Saturday, May 23, 2009

hari bergader2 dan berdangdut di nursery

Hari ini ialah hari bergader2 bagi warga HG dan juga keluarga mereka. Wah! ramai jugak yang datang, seronok berjumpa dengan mereka yang dikenali di forum tapi ber sua muka gitu. Next time , boleh buat lagi. Kepada yang tidak pergi, saya saja letak gambar2 yang agak banyak , kasi jeles sikit. hehehehehehe

sila baca dengan tekun dan sabar kerana kalau terlepas, susah nak cari kat belakang.

Yang sedang berposing ayu ini ialah kak har123, kenapa nickname dia ada 123. Masa tu kak tim(nama sebenar fatimah, yea fatimah yang lagu mawi nyanyi tuh ,tuh oh.....fatimah...........), baru balik oversea, so tak boleh nak bilang dalam bahasa melayu so, dia letak 123 kat hujung nick name nye. heheheheheehehe
kak har, betul ke citer yang saya tulis kat atas nih. ahaks.....
Ini anak saya Julia, yang masuk acara mengutip gula2 paling byk. Dia sedang bersiap sedia.
Julia" ok dah boleh kutip ke"
Julia" saya sorang je girl kat contest ni, so saya kena jaga sopan santun, cuma amik satu jek".

Walaupun di suruh amik gula2 tu, banyak2 tapi Julia cuma amik satu je. So, Julia dapat nombor satu dari belakang. hihihihi

Ini pula acara untuk kakak2 dan abang2. TEpi sekali sedang tiup belon, anak saya aisyah. next to her ialah Adam.
Adam terlepas belon, masa nak ikat tadi. tapi ok la jugak dapat nombor dua.
Selepas acara2 sukaneka yang tak berapa beraneka itu, kami mula menjamu selera.
kek, gader2 dari cguct.
cupcake pandan dgn apa tadi , juga dari tokeh bakery cguct.Sebelahnya ialah cupcake dari kak har.Gambar brownies tak ada, tetapi perlulah dinyatakan tersangat lah sedapnya.
Oh! ya, selain dari tujuan bergader2, tujuan lain ialah menambahkan berat badan dan juga kalori.hahahahahahaha
hadiah yang aisyah perolehi.
anak saya adam. eh! pasal asyik gambar anak saya jek.mana anak orang lain nih.
Oh! lupa , sebab camera saya, ahaks....
Kemudian, di ikuti dgn acara bertukar hadiah (semestinya berkaitan tanaman dan bercucuk tanam)
Si comel ini ialah PP, sila buat perbandingan. PP atau Hoya itu lagi besar.hehehehehehe
seriously, masa mula2 jumpa dia , saya ingatkan anak cikgu ct atau adik si shida, rupa2nya PP.
Ini pula kejariah, dengan pokok ulam apa tadi yea lupa. Ulam ini dikatakan boleh membuat kita awet muda sentiasa. Ewah! Kejariah, nanti2 kita makan tegahari rumah awak , sila jamu ulam itu yea.

Ini cikna tersenyum simpul dengan okid spatho. okid ut, colour pink . sweet sangat.Sebenarnya cikna dah lama berpuasa membeli okid, so beliau sudah tidak sabar2 nak berdangdut di nursery. tak gitu cikna,hihihiihii
cik momod kita, tersangat gembira dengan EG nya. Dalam plastic beg tu lebih dari 5 jenis pokok tau...........hehehehehehe
Kak Har123, tersangat gembira kerana dapat EG yang merupakan benih cili padi terbaru di pasaran. Lepas nih, akak boleh buat biz jual cili. Ehem!ehem! kak, jangan lupa bila semai benih nanti, campak la sepokok dua pada saya.
Akhir sekali, cguct yeaiii................bersama eg nya dari ehem!ehem!Harap cguct gembira.Eh! mana gambar saya....................
saya amik gambar, so semestinya lah gambar saya tiada. Next time jangan jadi cameraman yea.
Gambar kenangan, warga HG.
Setelah kenyang, kami terpaksalah mencari jalan untuk membuang lemak dan kalori tadi. Maka , persetujuan sebulat suara telah di buat untuk pergi berdangdut . Horray!!!!!!!!!!!!!
Disebabkan ramai yang tidak tahu jalan ke LC, maka kita telah melantik Kejariah as co pilot dan suaminya sebagai marsyall.
Kita semua lupa rupa2nya suami kejariah ialah pemandu F1, pengganti micheal shoe maker dari Subang Jaya. Maka, kami yang di belakang ni terpaksa lah memandu seperti Barrichello, Alonso, Lewis hamilton dan seangkatan dengannya.
akhirnya kami telah sampai in one piece(lega) dan cikna tertinggal di belakang sebab dia ialah alexa Ayong hahahahahahahaha.
antara gambar2 yang di amik.

Curly dendro lasienthera hybrid
Ini rasanya hybrid lasienthera dan black spider kot.
Vanda x asco hybrid ini saya sangat berkenan.Berbau sangat harum hingga petang dan bunga tahan lama.. Letak dalam next list lah, harganya tak ingat $30 ke $35.
cattleya tak tahu id
cattleya juga. comelkan !!!! mcm pakai lipstick merah. hehehehehehe
Juga cattleya hybrid.
Ascocenda, bunganya comel jek.



Saya suka yang ini, combination colour tersangat lah sweet putih bersih dan apple green. rasa nak buat tema baju raya lah.
mariposa orange
yang ini asco kot, sebab berbau wangi dan harga yang sangat berpatutan; cuma $20. Maka saya telah merembatnya.


Eh! dah sampai rumah citer nye. Ini ialah oncidium hybrid ynag berharga $45. Sebab spike yang panjang dan bunganya yang merimbun, saya telah meletakkannya di dalam rumah.Ini clumpnya, ada 4 bulbs, sesiapa nak share boleh lah. 2 bulbs setiap se orang dan harga separuh.
Ok, sekarang ialah masa untuk pembaca blog saya membeli belah . Silalah lihat racun2 di bawah ini.
Ini ialah vanda parkchong blue cross vanda xxxx( tak jelas) lakeland. Katanya bunga biru kuat. Harga ialah $10.
Ini pula dikatakn solid vanda iaitu v. christine cross v. thananonai tiger
ini ialah aranda christine cross vanda laurei yap
Aranda christie cross asya suksamran $8/pot.
Lastlay vanda josephine cross vanda dr anek. Photo nampak kecik, tapi pokoknya dah besar. Harga $10/pot. Oh ! lupa, bunga warna merah mak ngah. ekekekeke
ok, nanti kita bercerita lagi yea.
cheers

5 comments:

  1. Seronoknya,kan tadi.....
    At least setahun sekali kena buat....he..he..he...bukan per, nak makan kek free yg sedap2...

    ReplyDelete
  2. nak sahkan...betol la tu kisah nickname akak yg Tina citer tu..ha..ha..ha..
    Best betol geder-geder tadi, makan..gelak,makan..gelak..ha..ha..ha..makin bertambahlah mata timbang kat umah...

    ReplyDelete
  3. shida,
    betul, part best masa makan2 dan gossip si semah. hahahahahahaha
    cguct, dari muar bergossip hebat pasal si semah tu. hihihii

    fatim-intan,
    kak, betul ye citer tuh.hahahahahaha
    memang best lah gader2 tuh, tambah best ada brownies free and kek free.
    akak , bellina tuh untung tau kak, akak kena jaga betul2, ia boleh naik 2/3 tangkai mcm tinanya.

    ReplyDelete
  4. nama vanda lakeland tu Taweeksuksa kot. atau taweelaksa ke tapisuka... something like that huhuhuhu

    saya pun ada beberapa pokok parchong blue x taweesuksa 'lakeland'

    nama bulbo yg saya beri tu pula bulbo dearei. saya punya pun tgh berbunga.

    kpd yg bergathering dan makan makan bnyk tu, makan tak ajak orang... huhuhu sebenarnya saya ada tugasan nak lakukan tadi. alif dan ktina paham...

    okay maybe next time! thanks for sharing the pictures!

    ReplyDelete
  5. Tina..tu la best makan-makan, nanti lenkali kita buat menu lain pulak.
    Tu brownies tu akak buatkan je..ada orang rajin sponsor untuk kita - cik momod tu..
    tina, tak rugi bellina tu..semerbak - yg tu cek suka tu..

    ReplyDelete