Lebih kurang sejam dia tertidur, saya pun terlelap. Pukul 4 pagai, Adam mengetuk pintu bilik, mengadu sukar bernafas . Maka Adam di kejarkan ke hospital SJMC kerana serangan asthma ,nasib baik tidak di masukkan ke hospital, tapi doktor suruh beri nab every four hours. So , pagi tu suami saya telah membawanya semula ke klinik panel.
Saya tidak boleh tidur, kerana tidur saya sudah terganggu. Maka, seawal 7.00 pagi saya telah mula membelek orchid di luar. Saya rasa macam pening2 lalat, pukul 7.30 HB pergi membeli sarapan kerana ada tetamu hendak datang. Disebabkan terlalu awal, hanya ada jual nasi lemak bungkus , kuay tiew goreng dan beberapa jenis kueh, dan suami hanya membeli karipap.
Itulah saja sarapan untuk tetamu saya Nazurah Aisyah(novelis yang berjaya itu), kesian dia. Datang jauh2 sarapan nasi lemak bungkus sahaja.Maaf yea Naz, tapi jangan la pulak serik nak datang rumah akak.
Naz telah membawa Phal yang saya kirim dahulu. Begitu sihat.
Btw, Esok doktor mungkin akan membuka jahitan di jari saya. Berdebar la, mungkin kah sakit. Inilah rupa paras jari yang telah di jahit itu.
No comments:
Post a Comment