Sunday, April 19, 2009

Cattleya

Setelah melihat kebanyakan okid cattleya saya mengeluarkan bunga dan juga sarung, saya semakin berminat hendak menambah koleksi cattleya saya.

Nama cattleya di ambil dari seorang 'horticulturist' kurun ke 19 bernama William Cattley.Cattleya juga di kenali sebagai "Corsage" Orchid.

Daripada McLellan Botanical's,

"Cattleya - (KAT-lee-ah). Cattleyas have earned the reputation as the Queen of Orchids and are known to the public as the ultimate floral corsage. While some naturally occurring cattleya species are offered by growers, the most popular plants are man-made hybrids".


Saya rasa cattleya mudah untuk hidup, tetapi sukar berbunga kerana pengetahuan yang tidak cukup.Cattleya memerlukan media yang poros. Cattleya suka digantung. Kalau pergi ke mana2 nursery, kebanyakkan nya digantung. Pada masa itu saya tidak faham kenapa di gantung, jadi saya cuma menggantung cattleya saya tanpa tahu puncanya. Tetapi, bila saya mencari infomation tentang cattleya dan terjumpa cattleya merupakan okid "air plants" , maka saya rasa saya faham tujuan okid ini di gantung.

Daripada website orchids,

"Like most other cultivated orchids, cattleyas are epiphytes, or air plants. Because they are epiphytic, they have developed water-storage organs, called pseudobulbs, and have large, fleshy roots covered with a spongy, water-retentive velamen. They are accustomed to being dry at the roots between waterings, and therefore should be potted in a very porous, free draining medium."

Tidak banyak video yang di rakamkan untuk cattleya. Jika teringin hendak melihat pergi lah ke sini
http://www.youtube.com/watch?v=IPtlyo5w6nc

Di bawah ialah sebahagian cattleya yang ada di rumah, masih ada banyak lagi tetapi tidak berbunga, masih di sarung lagi. Jika telah kemabgn, saya akan paste gambar di sini.

cattleya don herman
cattleya greenwich
tak ingat nama cattleya di bawah ini tapi sedang menunggu masa untuk kembang.
saya juga mencuba menanam cattleya hadyaai delight di pasu tanah liat dan tidak di gantung, ia cuma mengeluarkan anak tetapi tidak bunga. Perlu di ubah catt ini.
Cattleya apple blossom ini telah pun mengeluarkan sarung.


Cattleya harrisoniana kepunyaan seorang teman

Setakat ini sahaja info yang saya ada, jika ada lagi saya akan update di sini.
Oh! untuk peringatan, "Jangan lah membuka sarung cattleya, jika terasa tangan gatal2 hendak membuka sarung catt itu, sila la kemaskan laman anda. hehehehehehe

No comments:

Post a Comment