Tuesday, April 14, 2009

Terbeli lah pulak

Tadi dapat call dari nursry beritahu Phal Sumatrana yang di order untuk seorang kawan dari Utara tanah air dah sampai.Maka, saya pun pergi lah menjemput anak2 angkat saya itu.
Tokeh kata, ada paphio dan juga beberapa jenis bulbo.
Menurut kata tokeh itu, kesemua okid ini ialah okid hutan, termasuk modesta itu.

Inilah rupa paras phal sumatrana tersebut dan dibawah ini pula pokoknya. Kawan saya ini membeli 2 pokok. Adakah dia seperti saya tamak? hihihihihi
Yang di bawah ini pula ialah phal modesta. Flowering size , tapi masih belum berbunga, rasa besar bagak pokok nih. Saya telah masukkan Phal Modesta"Blue" dalam next list saya. Yang di bawah ini jenis biasa.

Paphio Bullenianum, tokeh tunjuk gambar bunga daripada bukunya. ishh...... cantiknya. tapi masih tahan godaan. saya tak beli.


Esok, saya akan postkan untuk kawan saya ini. Sabar yea....

Di bawah ini pula, ialah phal cornu cervi red. Ini last saya dapat harga $30, selepas ini harga dah naik sebab pokok dah besar. Kira, bertuah tuan punya CCR ini.Hmmm.....
Ooopppppsss lupa jejaka yang bertuah itu ialah Shah.




Dalam saya sibuk2 membeli belah untuk kawan saya, sempat pulak rembat untuk diri sendiri. Phal wilsonii, cinonet ni berharga $20. Ia akan mengeluarkan bunga selepas semua daunya gugur.Di bawah ini gambar bunganya yang di tunjukkan oleh tokeh nursery tadi.
Phal. inscriptiosinensis ini sedang berbunga, jadi saya sambar juga satu pot. Kurang daya kesabaran petang tadi.

Ini pula phal tetrapis hutan.Walaupun harganya agak tut...... tapi pokok yang sihat dan besar menyebabkan saya terambil la pulak.hehehehehehe
Ini pula Doritaenopsis Pulcherrima Alba x Phal Chingruey's Beauty
Kepada Puan Mya, yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Yang ini lah farmeri yang tinggal, tetapi berharga $25, sebab; clumpnya besar yea. Ok, akak boleh jaga seperti yang di minta. Tawaran ini hanya terhad kepada ibu mengandung aje yea, awak cuma perlu buat bayaran untuk pokok sahaja jika bersetuju. Penjagaan FOC. Sila buat pembayaran dahulu untuk anakanda ini di register dan ditag kan atas nama Puan Mya. hehehehehehehe

5 comments:

  1. akak, saya setuju & toce!
    nanti pm account ye!gila dong ah ..tak dpt gi nurseri, beli online la plak!

    ReplyDelete
  2. Wah...wah...wah....kak, patut arr semalam sunyi jer, rupanya bertandang ke nursery ye, nursery mana yg akak pegi tu? Sumatrana tu cantik sgt...

    ReplyDelete
  3. mya,

    tak apa gila okid, bukan gila benda yang di luar jangkauan. hehehehehe

    shida,
    nursery biasa la. Yang itu akak order sebab dah habis kita rembat sebelumnya. Yang ini bukan seedpod, so harga lain sikit .

    ReplyDelete
  4. Juliadam

    Meh le lawat sekali kat http://tangansejuk.blogspot.com/ . Kita 'bercerita' hal khazanah alam. :)

    ReplyDelete
  5. tangansejuk ( tak reti la nak buat titik ngan gairsan tuh hihihhi)

    nanti2 bila akak free, akak pergi melawat yea.

    ReplyDelete