Tuesday, April 14, 2009

Doritaenopsis lagi

Saya memang berminat sangat dengan okid jenis Phal dan kerabatnya.
Kerabat terdekatnya ialah doritis dan juga doritaenopsis.

Saya ada membeli doritaenopsis ini yang berharga $25, pokoknya tak berapa besar kerana tidak di jaga dgn baik tetapi bunganya tersangat cantik pada pandangan mata saya.

Yang ini pula menurut kata tokeh itu berbunga besar dan berwarna pink terang. Saya tidak melihat bunganya lagi, tetapi saya percaya kepada tokeh ini kerana setiap kali beli di nursery ini, ia tidak pernah menghampakan saya. Setiap satu berharga $20 dan tokeh beri saya diskaun sikit kerana beli satu pot yang mengandungi 4 pokok.

No comments:

Post a Comment