Saturday, April 25, 2009

first list untuk bulan Mei

Saya rasa sungguh letih tetapi sangat gembira dengan lelongan awam serta permainan bida pasar ikan. Untuk sementara, saya hendak berehat dari ke nursery.Tak tahu la boleh ke...( diri sendiri pun tak yakin ...hahahahahahaha)

Untuk itu, saya hanya akan meletakkan gambar dahulu agar pembaca boleh membuat order. Dibawah ini adalah yang saya recommend untuk setiap peminat okid untuk memilikinya.Untuk mendapatkan harga, sila email atau sms saya yea.Percayalah semua okid ini boleh dimiliki pada harga mampu milik.ewah!!!! bagusnya ... promo............hehehehehehehe

arachnis x rhy chorchalood
Warna bunga agak unik dan berbau wangi.Agak sukar untuk di dapati sekarang,terhad kepada 5 pembeli sahaja.Sani telah letak order, jadi tinggal empat cutting lagi.
Renanthera sri perak.
Warna bright pink dan bunga jenis yang menyerlah.
Kalau bernasib baik boleh dapat 2 spikes untuk satu pokok.
3. Renanthera singaporeans.
Warna merah darah dan bunga hampir sama dengan Renanthera Kalsom.
Mudah berbunga, oleh itu selalu menjadi penghias laman
Renanthera Tuanku Bainun
Bunganya besar dan berwarna kemerahan.
Padanan warna dan size bunga, menyebabkan ia menjadi pilihan peminat okid.
Aerides Lawrencia five friendship.
Berbau sangat wangi, gambar kepunyaan kejariah. Saya juga memiliki satu pasu. spikennya yang panjang tidak sepadan dengan pokoknya ynag comel itu.Anda tidak menyesal membeli yang ini. Terhad kepada 5 pembeli juga.Sani telah letak order, jadi tinggal empat pot lagi.

Trichoglottis fasciata x Vanda denisoniana


Menurut seorang otai okid ia adalah satu kacukan yang unik kerana dari genus yang berbeza.
Berwarna kuning terang dan berbau wangi. Terhad kepada 5 pembeli sahaja.
Itu sahaja untuk kali ini, saya akan update lagi dari semasa ke semasa.

7 comments:

  1. Tina, tolong belikan akak yang ni yer

    Aerides Lawrencia (1)

    ReplyDelete
  2. Kak aerides tu brp rega?
    Dah jatuh cinta lak ngan aerides nie.

    ReplyDelete
  3. Kasi bungkus satu kuah taruh atas ..... kira nak ler tur. ehheheheheh

    ReplyDelete
  4. webbiz,

    ok noted.
    oh ya! moga bergembira di hujung minggu ini.

    ReplyDelete