Tuesday, April 28, 2009

apa lah dosa saya...............

Yea! Saya telah memungkiri janji saya ( bukan kah janji itu memang untuk di mungkiri hehehehehehe) yang di buat beberapa hari yang lepas. Saya telah ke nursery okid hari ini.
Saya tengok tokeh sudah tunggu saya, mungkin juga dia rindu pada saya. Saya tersengih2 seperti kerang busuk.

Bila saya sampai di meja okid tempat tokeh itu duduk. Dia berkata

Tokeh , " Tina , saya gembira tengok awak, awak sangat cantik".
Saya, " Wah! tima kasih la tokeh, u kena kasi saya harga murah lagi, sebab saya sudah buat tokeh gembira." hihihihihihi

Adakah anda percaya tokeh berkata begitu kepada saya. Sebenarnya tipu jek. Hahahahahahahahaha ( sila lah gelakkan saya)
Di bawah ini lah perbualan yang sebenarnya.

Tokeh , "Tina u jual banyak murah ka itu okid, ~!@#$%^&*()_+| ( sila shift dan tekan semua button di atas untuk mendapatkan nama si polan ini) cakap u jual sangat murah"

Tina," Ya ka , mana dia tahu saya jual murah? Dia ada hack ka saya punya laptop , curi saya punya haliga? ok, itu soalan tipu, hihihihihi
yang sebenarnya

Tina, " tak la , napa dia cakap mcm tuh, harga saya sama dengan harga nursery. "
"ok, sekarang saya cakap dulu, aerides lawrencia saya jual $25, u jual berapa".

Tokeh ," $25 juga, tapi dia kata u jual okid2 banyak2 murah , semua customer dia lari sama u".
Saya cakap sama dia , harga saya beri tina sama dengan harga saya beri awak, ~!@#$%^&*()_+|.
aiya, dia punya haliga juga sama.( Tapi saya dapat tahu dari seseorang, harga yang si ~!@#$%^&*()_+| ini, lebih murah dari saya, malah murah $5 ok)

Tina," Tokeh , saya bukan ambil dari tokeh saja, saya amik mana2 nursery yang murah,". Saya tara tahu siapa customer dia yang sudah lari, nape dia tara kejar customer dia, ( yang last selepas koma itu tipu hihihihihihihi)

Tokeh," Aiya.... Tina, manyak susah la".

Tina." Tokeh, kalau u rasa susah, saya amik tempat lain tara apa la, saya tara suka gaduh2. saya suka happy2, sebab saya suka okid. saya tidak jual hingga untung sampai $30 atau $40 mcm dia". untung saya $2/3 ringgit untuk cover duit tol and mileage saja sudah cukup la tokeh. Aiya! saya tara mahu beli sama tokeh la ini macam, sikalang saya sudah sedih tau.

Tokeh. " Aiya tina, tara apa, tara apa. saya dengar saja". Mari2 k, kita tengok okid.

Dalam saya upset itu, saya membeli belah melebihi $1/2 ribu ok.........
Ishhh..... kesedihan ini memaksa saya berbelanja begitu banyak.
moral of the story, kalau sedih sila lah memandu pulang ke rumah sambil mendengar lagu pink... " so what........ "

Untuk mencuci mata,dan list kedua untuk di order ialah:


Ini ialah paraphal hybrid, bunga berwarna kuning lembut dan bau sangat harum.

Ini pula dendro inoglosum ( cari kat cik google tak de pulak, kena tanya balik la) tetapi memang sejenis species. Lupa pula nak cium samada berbau ke tidak.Harga cuma $25 jek.
Ini pula paraphal pink, sama seperti di atas, berbau wangi lebut.warna tanpa flash di bawah.TEngok kepada lipnya kita sudah tahu ia ada darah Paraphalaenopsis serpentilingua. Nanti saya tanya cross dengan apa.

Ini ialah asco su fun beauty, kejariah. adakah anda berminat.
Ini cattleya apa tak ingat dah. Berbau wangi dan berharga $30.
Ini ialah vanda kultan gold x asco fuchs gold. berwarna kunig cerah dan berbau sangat harum, Hanya untuk 5 pembeli sahaja, yea.
Mini cattleya purple ini tersangat comel dan berbau sangat wangi. Masa saya di nursery tadi , matahari sudah meninggi, tetapi cattleya ini masih harum.
Cattleya secrect love violacea, sesuai dengan namanya. memang berbau sangat wangi dan warnanya begitu lembut. Setiap clump nya besar. jadi memang mudah untuk sentiasa berbunga.


Phal violacea red, baru di pasaran dan tersangat cantik dan wangi.Harga mampu milik dan saya percaya anda tidak menyesal membelinya. hehehehehehe, adakah anda teruja sudah......

12 comments:

  1. Wah! Ini macam itu towkey lain kali kak dtg bukan aje senyum siap bagi sambutan ala2 red carpet heheheheheh kak yang para ngan phal brp rega ekkk?

    ReplyDelete
  2. Minta maaf yea, phal itu hanya untuk 2 orang aje. masa akak reserve call untuk reserve tadi, big boss tokeh tak mahu jual sebab shipment kali ini cantik2. disebabkan akak dah book dia terpaksa jual la. ok 2 orang saja yea.

    Parapahal itu cross antara Paraphalaenopsis serpentilingua x Paraphalaenopsis labukensis

    ReplyDelete
  3. Kak Tina yang cantik ( ikut kata tokeh tu la ye ) ...

    Dendrobium inoglossum ialah nama lain bagi Dendrobium nindii ....

    Cerita dalam artikel ni menyedihkan.. dunia orkid sepatutnya adalah dunia gembira dan tambah kawan...tidak sepatutnya berlaku buruk memburuk yang merosakkan..

    Adat berniaga...perlu berani bersaing secara sihat.

    Saya simpati dengan ibu Aisyah.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Datuk,

    alamak , itu bahagian yang tipu. hehehehehe

    memang la, adat berniaga memang gitu. ini kecik aje, akak pernah kena lagi teruk dari ini, rasanya tak "get in touch", dalam 6 bulan, gitu la. dunia ini rasa mcam ' bukan ana yang punya'. hahahahahaha
    seriously, there is no short cut in the biz, if u can't beat them , join them!!!
    ewah! berfalsampah pulak akak nih.
    tima kasih kerna memberitahu nama glamour okid itu.
    kesian ibu aisyah kan!kan!kan!, nasib baik aisyah pandai menghiburkan ibunya. hehehehehee

    ReplyDelete
  6. kak tina yg cantik...

    meleleh air liuq ct tgk orked2 tu...xpa la..ct tahan dulu..nanti da nak balik sok,ct order kak ya..
    napela manusia ni xabess2 ngn phd nya ya?

    ReplyDelete
  7. Ct,

    jangan terpedaya, itu statement untuk menyedapkan hati je.

    Awak balik nanti Phd awak , membolehkan awak mendapat gelaran Dr.
    Phd yang ini, nak beri gelaran apa yea. Ok, itu kuiz untuk minggu ini. hehehehehehe

    ReplyDelete
  8. Saya ni mudah percaya dengan orang.. he he he he..

    Saya boleh agak siapakah dia tu...tetapi tak mao dipanjangkan...sebab seperti tadi la.. DUNIA ORKID DUNIA GEMBIRA.

    D.nindii tu memang murah.. kebanyakkan nurseri yang tokey dia mahir tentang spesis dan kualiti bunga jual RM60 keatas.

    Mcm kak haniman pergi tengok di nurseri Rawang...hybrid curly je rm100 ke atas..

    ReplyDelete
  9. Isy..isy..macam² hal, ye betul, Dunia Orkid sepatutnya menggembirakan.....

    Saya lom sempat bermanja² dgn anak² baru mlm tadi...x sabar nak balik keja petang ni.

    ReplyDelete
  10. Kak!

    Phal tu next kapal leh order ke?

    ReplyDelete
  11. Tan Sri,
    Dendro nindii tu , akak rasa tak secantik D. williamsianum.Tapi ok la untuk menambah koleksi species.
    Eh!! Tan sri kenal orang itu????

    Shida,
    Sudahkah bermanja2 dgn anak baru anda semalam.

    webbiz,
    tak pasti sebab tokeh hanya hadkan 2 pots saja untuk akak. masih ada satu slot.

    ReplyDelete
  12. Ibu Aisyah..

    Dari bayangan dalam cerita akak tu dah boleh agak dah... dunia orkid ni kecik...balik balik kita jumpa orang itu gak..

    D.nindii dan D.williamsianum ...Bagi saya plak 2 2 cantik ( sebab saya suka spesis kot )...tapi dari segi ton kaler..william lagi OK la..soft purple..very sweet.

    ReplyDelete