Monday, November 24, 2014

Mampu milik

As salam

Dah pergi MAHA? Akak tak pi la....... bukan sebab namanya yang dah melambangkan harganya MAHAiiiiii........ tapi sebab akak rasa akak ni dah gemuk sikit, dah tak larat nak berjalan.... kesian pulak lelemak di badan kehausan dan pupus.........hehehehehhehe


akak tak ingat la sejak diadakan berapa kali yang akak pergi, rasanya semua tak pergi........
bukan tak nak pergi, teringin sangat nak pergi ..... tapi ...... itulah.....
akak ni jenis mudah rambang mata, kang tak pasal2 terlajak laris semua orkid di MAHA sebab akak terlajak beli ekekekkekekek


ok la. malas citer panjang. Kepada yang nak save budget, di sini akak nak let go cutting pada harga mampu milik.





Ini ialah cutting dendrobium anosmum pink. Akak telah ikat ia didalm pot plastik. setiap satu pot berharga rm 27 termasuk pos ke semenanjung dan rm 30 ke sabah /serawak.apa specialnya tentang orkid ini? Bunganya akan tumbuh sepanjang cane /batang pokok ini. Kebiasaannya, setelah daun luruh semua, barulah bunga keluar, namun bunga juga boleh keluar semasa daun masih ada lagi di batangnya.......


 gambar ini akak ambil dari blog http://ricardogupi.blogspot.com/2008/10/dendrobium-anosmum-when-cultured-so.html. cantik kan kalau letak kat veranda/ beranda rumah dan berbunga serentak. wah!!!! air freshener asli gitu....
ini pula oncidium sherry baby, berbau sangat wangi seperti vanilla. akan lebih wangi jika diletakan di laman anda.........
Ini pula Coryanthes macrantha atau dijuga digelar The Bucket Orchid or Monkey Throat Orchid. Mula2 akak tengok orkid ni, terpesona , subhanallah.......uniknya.......
Bila tengok harga , lagi la unik. RM 160...... masya allah........Kalu clump besar mungkin la berbaloi, tetapi clumpnya comel lote aje......
Maka, akak pun mulakan pencarian , dapat la sepasu rm 85 sesuai la dengan harganya sebab belum keluarkan hasil lagi........

Semasa akak berjalan2 di satu nursery ni, dia jual cutting yang dah establish ni pada harga rm 45. akak tengok akar dan mula ikat pada pot dan bulb dah besar. Berbaloi la sangat rasanya dengan harga tersebut. maka belilah......Ada sesiapa berminat...... akak ada 3 pots......


cutting Cymbidium aloifolium. Harga tidak termasuk pos rm 25.

Ini Coelogyne rochussenii di rumah akak yang sedang galak mengeluarkan bunga.

lagi gambar, saje nak bagi jeles......

yang ini pula cutting yang akak hendak lepaskan pada harga rm 25 termasuk pos ke semenanjung

juga hendak dilepaskan pada harga yang sama


ini pula gambar dari internet untuk tatapan anda...........

silalah pilih dan pm /tinggalkan komen jika berkenan......


terima kasih........


4 comments:

  1. salams kak, geram tgk...cantik2 semuanya....

    ReplyDelete
  2. wssalam

    terima kasih. species memang cantik dan wangi, kecuali cymbidium dan coryanthes aje tidak....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tina, ingat kak ani seksyen 19 lagi. Rindunya pada Tina. Akak sedang baik pulih orkid-orkid dulu. Lama orkid tak berjaga sebab akak sakit. Semoga Tina sekeluarga sihat. Anak-anak mesti dah besarkan

    ReplyDelete
  4. oncidium sherry baby dendrobium anosmum pink Dan putih ada x sis? Serius buyer.sis ada nombor.phone?ini nombor st 0133724081.trm ksh

    ReplyDelete