Tuesday, May 24, 2011

tak sihat

sudah 3 kali dalam masa dua bulan , encik HB dan anak2 kena demam, batuk dan kadang2 muntah. sakitnya macam berulang tapi tak ingat berapa lama gapnya. kena track la nampak gayanya. risau la jugak kan....

kali ke tiga mereka tak sihat, saya juga hampir2 tidak sihat. pening kepala dan sakit sendi. alhamdulillah, telan ubat hilang la pulak sakit tu. tapi kadang2 lenguh di belakang dan kaki masih ada. selalunya Sarah la menjadi mangsa untuk urut mengurut ni. tapi minggu ini Sarah sibuk dengan examnya , so tak dapat la dia mengurut saya.

Di suatu hari, (ewah!!!!! mcm karangan budak2 sekolah) sedang saya baring, anak lelaki saya datang menghampiri saya dan berbaring berhampiran. Saya tak perasan dia yang datang.

Saya,' aduh.... sakit pulak belakang ni"
Adam,' ibu sakit ye, meh! Adam urutkan...
Saya, 'oh........ TQ Adam.
Adam, ' kesian...... ibu sakit......
'adam nak urut sampai ibu tak sakit'
'adam tak suka ibu sakit......
belum sempat saya menyampuk.................
Adam,' Adam tak nak jadi anak yatim.......'

huh! apakah........
Saya rasa mesti sebab saya suruh dia baca paper tentang anak2 yatim yang tertimbus dengan tanah runtuh tu...
teringat2 lah tuh...

Ok, dibawah ni orkid2 yang saya hendak lepaskan ye.

Brassavola cuculata - bunganya
pokoknya - harga $28
another plant yang sudah habis bunga, lupa nak snap masa berbunga dulu. rege $28

yang ini belum pernah berbunga lagi, rege $25.

phal hybrid bellina- wangi ....
rege $25
dendrobium nestor - $18. walaupun sekuntum, anda tidak perlu tenyeh hidung kat bunga untuk menghidu kewangiannaya. rege 18.

mode of payment - COD

No comments:

Post a Comment