Tuesday, November 2, 2010

adakah anda memilikinya

wah! tajuk ..........
rasa macam ada buat salah aje...
Oh! tidak....
anda tidak buat salah tetapi anda yang memilikinya adalah antara yang bertuah..

Phal di atas ialah Phal Amboinensis var common.Apa yang saya baca var common itu merujuk kepada warna putih 'base' bunga tersebut. Orkid ini antara yang popular sekarang. Saya tidak ingat bilakah saya membelinya tetapi kalau tak silap beberapa bulan yang lepas. Saya rasa ada antara pembaca blog ini yang membelinya, mungkin ida, hakim, farazi and few others. Tapi yang paling saya ingat ialah sofie, sebab dia ada post kat forum.

Oh! kenapa saya bertanya kepada anda ? Kerana ia agak sukar dimiliki sekarang dan harganya telah melambung tinggi. Kakak sepupu saya ada membelinya semasa orkid show anjuran MBSA baru-baru ini. Penjual letak $100 dan dia sangat gembira bila dia dapat menawar harga orkid tersebut kepada $80 satu pot. Tetapi biasa la kan, bunga cantik , seperti saya ,mudah tamak muahahahahahhaha.......
maka dia membeli 2 pots.

Harga saya jual dulu kalau tak silap $45.LC juga telah menjual pada harga $100 tetapi mungkin dapat kurang kot..
Kalau anda dapat beli pada harga $95, bermakna harga telah naik lebih dari 100% .
Wah!!!!! lebih bagus dari emas .............

Ok, berbaloi jugak ye, berhobikan orkid. hehehehhe

2 comments:

  1. wah... naik mendadak harga... nasib baik dpt awl... hehehe

    ReplyDelete
  2. betul la awak ada beli. alhamdulillah..
    peminat tegar nih, kalau tak ada mesti nak caritambah2 pulak bila dapat tahu susah nak dapat.hehehhe

    ReplyDelete