Masih ada mood raya lagi kan, so selamat Hari Raya Aidil fitri, maaf zahir batin.
Raya tahun ini , kami sekeluarga seperti biasa balik ke kampung la. Disebabkan saya berkahwin dengan jiran sebelah kampong , kami tiada masalah hendak berhari raya di rumah siapa. Memang hari raya pertama di tahun ini di rumah ibu saya, tetapi ibu saya adalah ibu dia juga. hehehhehehehe
then pagi raya pergi ke rumah ibu sebelah Hb sebab nak pergi mandi, rumah satu lagi dah penuh bilik air. kena tunggu filiran macam citer P ramlee. selepas solat sunat aidil fitri, kami balik semula rumah ibu saya dan bermulalah hari memenuhkan perut di rumah sedara mara.
Oh! kali ini berhari raya penuh dengan gossip, maka ramai la ahli keluarga saya bertukar menjadi pelakon sambilan sebab nak korek rahsia. muahahahahaha....
tapi memang best la...
juga citer adik bongsu saya hendak menamatkan zaman bujangnya. Kononnya hantaran ialah $11,111.11 ( tak termasuk hantaran serba satu yang di minta)sebab nak pilih tarikh 11.11.2011. Then , beradik saya cakap pilih lah bulan june, so hantaran 6 ribu ja.
Bestnya adik ipar saya (lelaki)pergi sambung , kalau macam tu orang kahwin bulan satu la untung, SERIBU aja, hahahahhahahaha.
Ok la , tinggal dulu citer raya dan gossip kak nam tuh.

Ini ialah Phal purple gem kata dik tokeh tu dulu. Bunga cantik tiada bau tapi rajin berbunga.






Phal amboinesis ini suka di rumah baru ini , (pokok mangga). sejak di ikat si situ rajin berbunga.





Vanda denisoniana x vanda christian vietnamica, rajin berbunga dan berbau wangi. saya hendak lepas kan juga , sesiapa berminat sila ...sila tinggalkan pesanan.


No comments:
Post a Comment