Wednesday, July 28, 2010

pemenang nya

Ingat tak kisah si ali dan adiknya. Semalam dia datang ke rumah saya bersama ayah(yeop saya) dan maknya serta abang kedua saya dan mak saya dari kampung. Tujuannya untuk membuat pemeriksaan dan follow up selepas operation hari tuh.Mereka bermalam di rumah saya dan pagi tadi selepas pergi IJN mereka terus balik.

Yeop saya bercerita, semasa dia pergi rumah mertuanya dan sampai di rumah tersebut dia merasakan seperti ada orang sedang memerhatikan gerak gerinya.Mereka sampai di rumah tu sudah lewat malam. saya tak tahu la samada mainan perasaan dia memang terkenal kerana kurang beraninya hehehehehehe yeop saya atau benda tu memang ada.

Oh! lanjutan dari citer si ali hari itu, hanya seorang sahaja yang komen tentang citer itu. Sebab tiada orang lain yang beri pendapat atau nak jadi penglipur lara bercerita kisah seram itu, maka saya isytiharkan kakyang pemenangnya. sila lah pilih satu antara 2 dari gambar di bawah ini.Dan email saya alamat anda.


seedling phal tetrapis x phal pantherinaseedling phal bellina pink

Cerita secara keseluruhannya ialah selepas membuka pintu, si ali nampak seekor beruk yang sangat besar berdiri di depan pintu dan menyeringai ( betul ke spelling ni)memandang ali tapi si ali kata beruk tu senyum kat dia.
Disebabkan ketakutan yang tersangat si ali terus tutup pintu dan menyorok di penjuru rumah. 2/3 hari jugak la si ali ni demam.

Kisah si adiknya pula (nizar) , yang dia dok tergelak2 tu sebenarnya dia nampak mak dia terbang di dalam rumah tu. Dia seronok tu yang berpusing2 sambil tergelak2 tuh. Mak dua beradik ni di berada di IJN, KL semasa kejadian tuh.

Menurut kata mak saya dan tokoh agama , kalau beruk besar ialah ha nun ta wau ro alif ya,....
Mak saya kata mgkn sudah tidak bertuan dan rumah tuannya dulu berdekatan dengan rumah besan mak saya. so, selalu lah dia ke situ. Issshhhhhhh..........

Ini ialah amoi Taiwan.Namanya Phal violacea var blue. peberet sebab rajin berbunga dan banyak spike seperti tetrapis dan berbau harum seperti bellina. Package yang lengkap la kiranya anak dara nih.

Ini gambar penuh.


Ok la sampai di sini saja ya. esok2 citer lagi.

3 comments:

  1. ala..la..menang tanpa bertanding la ni yer? ahai..malu kakyang..hehehe
    tp alhamdulillah...ada org nak bg phal, tak cukup tangan gemok kakyang ni, stadium shah alam tu kakyang tadahkan..hehehe
    mekacih yer ibu aishah...kakyang rasa kakyang nak yg seeding phal tetraspisxphanterina tu lah..nanti kakyang email alamat yer..mekaceh lg sekali yer... :D

    ReplyDelete
  2. kak yang,
    itu namanya langkah yang bijak. hehehehhe
    ok, email address , insya-allah monday /tuesday saya pos.

    ReplyDelete
  3. mula2 baca citer tina seram jg tp bila tgk amoi taiwan nie dup dap jantung kpah ni tanda2 nk dpt sakit jantung ker tanda2 nak dpt amoi taiwan

    ReplyDelete