Sunday, July 25, 2010

bagaimana ya???

Baru2 ni 1 malaysia telah menaikkan harga barangan keperluan harian . Minyak naik, gula naik Paling ketara gula yang telah naik sebanyak 20 sen, kesian semut kan...............

Ekoran dari kenaikan harga tersebut akan wujud kesan domino, iaitu keperluan lain yang bersangkut paut dgn barangan tadi akan turut dinaikkan harga. Contoh : kenaikan harga gula menyebabkan teh tarik naik harga, begitu juga dengan kuih muih.

Nanti ada la bijak pandai cakap jangan la minum di kedai buat lah teh tarik sendiri atau buat lah kuih muih sendiri!!!!!

Eleh!!! habis tu beras naik sebab minyak naik, boleh ke rakyat marhaen beli beras terus dari kilang untuk kurangkan kos pengangkutan???

Soalan bijak pandai untuk orang bijak pandai???

Ada pulak lagi bijak, harga gula di Malaysia adalah murah berbanding dengan negara2 lain???

Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.65 juga adalah jauh lebih murah dari Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46)

Kenyataan itu turut memberi perbandingan harga minyak di rantau ini yang menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina (RM6.60).

Yang peliknya tidak pula dibuat perbandingan harga kereta di Thailand jauh lebih murah dari di Malaysia, atau harga proton satria (buatan Malaysia) di Britain jauh lagi murah dari Malaysia.

Untuk homework esok, sila cari harga toyota camry di thailand dan bandingkan dengan harga yang di jual di Malaysia.

Weiiiii!!!! apa kena pulak bukak citer harga barang naik nih?

Sebabnya ia telah menaikkan harga orkid, baja orkid, fungicide, pesticide dan apa saja yang berkaitan. sedih tau ...........huhuhuhu.....sroootttttt.......

Tapi kini saya tidak bersedih lagi kerana saya telah ada homemade orchid fertilizer dan juga home made pesticide and fungicide.Sila berterima kasih kepada tenet kerana memberi anda dan saya kemudahan mendapatkan maklumat berguna ini.

Saya tahu pembaca blog saya adalah mereka yang sangat gigih dan bersemangat
proton waja. Maka , silalah ke sini dan sini dan sini untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Selamat berjimat cermat ye dan semoga kita mendapat kembali pokok yang sihat dan bunga yang cantik dengan kos yang termurah

untuk cuci mata aje.

No comments:

Post a Comment