Tuesday, June 1, 2010

kesayangan saya part ii - sambungan

Adakah saya serius hendak melepaskan kesayangan saya ini?Itulah pertanyaan kawan2 se gila okid , malahan orang terdekat dengan saya juga. Ye, saya nekad. Kalau ada yang tinggal pun mungkin yang sungguh terkesan memory bersamanya.

Kenapa saya hendak melepaskannya setelah bertahun bersama2nya?
Kerana selama ini saya merasakan saya telah memberi sepenuh kasih sayang kepada yang tersayang, tetapi rupa2nya tidak cukup. Saya berhenti kerja pun kerana tersayang ini, tapi saya terlalai kerana kesibukan saya sebagai ibu, isteri, anak dan sebagai kuli.( saja tambah nak sedap kan citer...hehehhehehe)

Saya juga telah menghabiskan banyak wang ringgit dan masa kerana kegilaan ini. Wang untuk beli baju, inai rambut, beli kasut atau apa sahaja yang di beri suami untuk/ bagi kegunaan sendiri saya salurkan kepada hobi ini. Itu belum masuk wang sampingan yang saya perolehi melalui kebijaksanaan upah saya menjahit, memasak , memberi nasihat (kewangan) etc.

Namun hari ibu telah mencatatkan satu kenangan pahit buat saya dan juga telah menyedarkan saya dari kegilaan ini.Di petang hari ibu,untuk pertama kalinya saya telah memukul anak kedua saya Aisyah. Saya tidak pernah sebegini marah. Aisyah merupakan anak yang keras hati, walaupun saya pukul banyak kali di kakinya dia tidak mengeluarkan airmata walupun setitik. Bila saya tanya apa yang Aisyah rasa buat ibu sebegitu rupa. Baru air mata nya keluar. Bila saya tanya lagi kenapa Aisyah menangis?
Jawapannya " Sebab Aisyah pergi rumah kawan tak beritahu ibu".

Saya rasa macam nak histeria," tahu tak ibu macam nak gila pergi cari Aisyah hampir kat pelusuk taman yang aisyah cakap tu? Tahu tak ibu ingat kan sesuatu yang buruk terjadi kepada Aisyah? and Aisyah cuma bersedih sebab pergi rumah kawan tak beritahu ibu !!!! Bukannya Aisyah sedih tengok ibu sedih and bersusah payah cari Aisyah!!!!
Nape aisyah buat ibu macam ni!!!! cakap!!!!!!!!

"Sebab ibu cuma sayang pada Along,Adam Dan Julia aje.Ibu tak sayang kat Aisyah......
Ibu tak sayang kat Aisyah..... Ibu tak sayang kat Aisyah........"
Saya terkesima...... hati saya luluh.........., melihatkan airmata aisyah berjuraian dipipi comelnya, saya merasakan sangat bersalah..........
Anak yang hampir meragut nyawa saya semasa melahirkannya mengatakan saya tidak sayang kepadanya.Anak yang disayangi seluruh keluarga, yang tersangat comel semasa kecilnya, yang tersangat disayangi oleh maid2 indon saya ( serious dong!!!) , yang sangat tegas dan cekal ini mengatakan ibu tidak sayang kepadanya.

Saya memeluknya, kami menangis dan pada hari itu terluahlah segala yang terbuku dihatinya. Saya perasan Julia yang baru bangun tidur teresak2 melihatkan drama sebabak ini.Sungguh melodramatik( meloya drama minggu ini.) Setelah habis yang terbuku di hati , saya menyuruh aisyah mandi dan solat. Aisyah tidak makan sehari suntuk di rumah kawannya. Cuma minum air saja. Aisyah sangat cerewet tentang makanan.

Baru saya perasan, semasa Aisyah minta untuk keluar saya sedang sibuk memasak untuk sedara mara yang datang ke rumah.Saya minta suami tolong hantarkan dia. Rumah saya adalah favourite spot. betul tak tipu, kalau tipu pun sikit aje hehehhehehe.

Saya tidak sempat untuk masakkan dia nasi goreng kegemarannya. ( resepi ada di blog kerjatangansuri - eh! terpromo lagi heheheehe).Selepas dia mandi saya memasakkan nasi goreng kegemarannya. Menitis airmata saya melihat anak saya menghabiskan kesemua nasi yang saya masak tadi.

Malamnya saya buat sessi berdialog dengan 2( Sarah terpinga2 sebab dia tak sure apa salah dia) anak dara saya. Topik , kenapa ibu tak beri anak2 ibu pergi ke rumah kawan2. Alhamdulillah , mereka faham. Maka saya telah menjadi rujukan mereka, apa itu "kidnap", apa itu "rape", apa itu" harrasment" dan macam2 lagi yang mereka tak faham. Saya berjanji kepada mereka , seperti di tahun lepas cuti bulan december nanti saya sudi menjadi "bodyguard" untuk mereka keluar bershopping bersama2 kawan mereka.Everything on me!!!

Maka dengan itu adakah saya tersilap melepaskan kegilaan saya ini. Walaupun okid merupakan kesayangan saya, saya merasakan malah yakin kesayangan kepada okid tidak lah berbaloi jika dibandingkan kesayangan saya yang pertama(HB) dan kesayangan kedua (anak2). Pada saya jika hilang orkid boleh di beli tetapi tidak kedua2 kesayangan saya tadi.

Allah hu akbar.....
Macamamana boleh terkeluar citer Aisyah pulak nih!!!
Kalau menjawab soalan karangan ni mesti dah terkeluar topik dah ni.hehehheheheheh nak citer pasal orkid aje tadi.

Ok la mari kita citer pasal orkid balik.

becarrii yang tinggal cuma yang ini dan yang di bawah. setiap satu berharga $30, jika ambil keduanya total ialah $55.

yang ini telah pun bertuan, Hazrin aka HB raf.
pandangan sisi

keiki $5, ada few lagi termasuk wime delight.seedling phal pantherina x phal tetrapis.2 pots $5.

Phal amboinensis flava x Phal violacea alba -$30

Yang ini shida ada.
dendrobium anosmum pink $30


Phal ini ada di jual di LC , harga di sana ialah $25 satu pot. saya sudah lupa namanya. Yang saya ingin lepaskan gambar di bawah itu , ada 2 pokok dalam satu pot. harga $20.
Phal bellina blue - $30 ( nursery $35)
scriptum - tak ingat coklat atau kuning. -$40. Penat lah upload gambo. sambung lagi la nampaknya.

4 comments:

  1. salam Tina...
    memang melodrama.. ada hikmahnya kan, terlerai segala yang terbuku di hati..
    biasala tu ada anak yg rasa terlebih dan terkurang kasih sayang kita, padahal kita rasa semuanya sama rata..

    ReplyDelete
  2. waaaa kak tina, sedihnya tgk akak terpaksa melepaskan kesayangan akak.. ingt dulu ms kita sm2 pg borong orkid kat LC..

    yg aosmum pink tu pun alycia ada.. akakmyg belikan..

    kak, alycia nak book Phal bellina blue - $30 ( nursery $35) tu bole???

    ReplyDelete
  3. ibuintan,
    mungkin saya yang terlalai. terlalu byk benda yang hendak di buat dan saya tidak prioritize kerja dan kegemaran saya. maka ini lah yang terjadi, namun saya bersyukur kerana saya tidak terlambat untuk memperbetulkan keadaan.


    alycia,
    Memang, kalau ikutkan kata hati. tidak mahu melepaskannya, namun akak kena rasional. ok, akak reserve utk awak.

    ReplyDelete
  4. salam... nk tambah order
    1) keiki $5, termasuk Cycnoches Wine Delight (ada lg? yg lain2 jenis apa?) nk 2 jenis termasuk wine delight.
    2) Phal amboinensis flava x Phal violacea alba -$30 (ada lg?, kalau ada sy nk)
    3) Phal bellina blue - $30 (klau ade lg extra)

    mohdfarazi@yahoo.com

    ReplyDelete