Wednesday, March 3, 2010

sambungan

lanjutan dari kisah bergambar semalam, ari nih saya sambung lagi .
ini ialah dendro phillipines, dah hampir setahun rasanya saya bela baru berbunga, itupun satu aje.dan yang buat terharu tuh ( ewah!) cane yang kecik aje berbunga, yang besar belum lagi.

Masa saya beli phal nih, dia tiada berbunga, tokeh kata di import dari seberang .kalaulah cornu cervi alba, sukalah tak terkata.sebab masa saya beli harganya 25/30 hengget.tak ingat

P.insriptionensis , yang ini sedang Q.ada 2 pokok dan satu spike kecik yang budnya terjatuh sebab saya tertolak semasa hendak mengeluarkan dari potnya.
Kepada kawan2 seperti alif, naz , sani dan sesiapa saja yang ada membeli abang david lim dgn akak, lihatlah si handsome patutkah saya panggil dia david or dania ni telah mengeluarkan bunga.
so misi saya seterusnya untuk membungakan adik beradik david lim, seperti
uncle lim
Eh! terposing dua kali pulak uncle lim nih, ada dua beradik lagi yang malu hendak bergambar.


Ini pulak phal hybrid yang spiking dan saya tak perasan siraman pukul 9 pagi telah mencederakan phal ini. Ini kerana panas mentari memancar terik ke pokok ini dan bila terkena siraman ia seperti berada didalam oven la.sekarang sedang dibaikpulih , semoga sembuh dan berbunga.
Ini pula another phal hybrid yang dilekatkan di pokok mangga depan rumah.ada 2 kuntum tetapi satu lagi agak pemalu , menyorok di sebalik cabang mangga itu.
Kepada ct, naz , kak ani dan juga alif. Cik gatton ni berbunga untuk kali kedua , ada 3 spikes semuanya. saya telah tengok kepunyaan alif dan ct , semoga yang lain juga turut berbunga. sila beri dia makan kulit pisang banyak2 dan sunbathing di bawah terik mentari.
another cane yang sedang spiking.
Ini pula vanda pinchtawit spot yang sedang meriah berbunga, berbau wangi pulak tuh. saya rasa vanda nih memang senang berbunga tetapi susah nak dapat. hehehhehe
Menurut kata tan sri , kemungkinan ini vanda insignis. tokeh kata asal usul keturunan dari sumatra. so untuk sementara waktu nih saya letak namanya sebagai cik insignis la.
sorry la ye pembaca semua, close up pun tak clear sebab dah nak malar . dah hampir sebulan dia berbunga, tetapi disebabkan saya sibuk dan dia tinggi mencecah awan maka lambat la sessi bergambar untuknya.

Misi saya seterusnya pulak hendak membungakan phal gigantea ini.yang ini,
ini juga serta ada 2 lagi.

Juga kepingin hendak membungakan phal marie ini serta membungakan semula phal bellina alba yang baru sembuh itu.

Oh! 2 lagi, aerides lawrencia yang cantik menawan serta berbau wangi dan juga odorata alba yang spikenya kering kerana saya sibuk tempohari.*sigh*

1 comment:

  1. Wah akak...ni yg jeles ni, sbb tgk cym finlay akak tak berenti berbunga. Gotton nak kulit pisang jugak ye..ok, noted.

    Apa lagi adek badek si david tu kak? saya ada pun david sander, tapi sah sahlah lain mak paknya,kan....

    Phal hibrid saya byk yg sakit lepas pindah, askar yg angkat barang letak kat panas, saya pulak lambat selamatkan. Dah bgtau kat hubby orkid saya angkat sendiri, tapi akhirnya kena naik lori gak.

    ReplyDelete