Tuesday, March 16, 2010

Pah tua menjaga okid yang baru di beli

Vanda tricolor var suavis.
Percayakah anda vanda ini berharga $100?Maksudnya yang gambar di atas ini. Percayalah.....
Saya beli keiki yang sihat dan gebu berharga $35 setelah berhempas pulas menawar dari tokeh lelaki ini yang tak pandai senyum, panjangnya dalam satu kaki.Saya beli di negeri sembilan.
ok, cukup satu iklan aje. hehehehe
Hari ini sssaya hendak bercerita passssal okid yang baru di beli dan bagaimana hendak memelihara agak tetap gebussssssssss.....
ini berdasarkan pengalaman sahaja , jika sesuai saya beri hak cipta ini untuk digunakan......
wah!!!! adakah anda rasa loya.sila muntah.......ahaks

Ini ialah dendrobium semi alba(harap betul la ye, sebab masa saya beli tadak bunga dan tag).akarnya cuma 6 inci paling panjang, aunty kata boleh hidup, jangan lisau. ok la sebab dah hendak sangat sampai mimpi2 ngeri gitu, maka saya pun belilah.
Saya baringkan pokok ini dalam posisi menelentang, bukan meniarap atau kuak lentang atau mengiring.
Selepas seminggu, canenya masih hijau subur .akar2 barupun telah mula keluar.
Ini pula dendrobium pink, mempunyai akar yang sihat dan dilihat dari segi rupa paras dan kesihatan akar ini, pasti anda percaya ia boleh hidup dengan mudah.

tadaaa...........
Inilah rupanya, kurus kering dan tidak bermaya. Kesilapan yang saya buat ialah saya terus gantung dengan canenya menjuntai ke bawah.
Kenapa jadi begitu, sebabnya posisi ataupun kedudukan pokok mempengaruhi kesihatan dalaman pokok itu.betul ke? Saya agak aje. hahahhahahhahahahha
Tapi saya cuma hendak bercerita pengalaman saya .But , then seriously, I do believe that the plant is stress and we need to take xtra care . Ye, la kita sekalipun kalau tiba2 kita kena pindah duduk kat US nun setelah membesar di Malaysia, pasti kita perlukan kawan2 senegara dan se agama untuk memudahkan kita menyesuaikan diri. betul tak?
motif, pindah kat US bukan kat Sabah ke, Johor ke etc? Saja je nak bagi contoh international. hehehhehe

ok, dah citer pah tua ari nih.

tolumnia

Phal lamelligera
Dtps Phal Cassandra x doritis Pulcherrima.Cantikkan warna dia.
Dtps hybrid, di beli setahun yang lepas. slug sangat suka makan spikenya.
Pokoknya.

No comments:

Post a Comment