jangan buang masa, marilah kita mula melihat katalognya. hehehehe
Oncidium NOID, tokeh ada di Johor berjual beli okid di pameran okid dan kaktus di sana.Jadi, pembantunya tidak tahu apakah id okid ini. Di sebabkan cantik ,maka saya terfikir mesti ada yang berkenan.
Phal cornu cervi alba adalah antara phal kegemaran , di sebabkan tersangat minat dengan phal ini, saya pernah membeli anaknya yang tersangat cenonit dan baru dipindahkan ke pasu lain pada harga $40. Disebabkan ia belum stabil dan kurang ilmu pada masa itu, maka pokok itu telah pulang ke syurga. Maka , apabila saya dapat membeli dengan harga yang murah iaitu $70 untuk blooming size serta ada keiki, saya rasa ia sangat murah dan saya percaya mesti ada peminat okid yang berminat. Kerana harga standard untuk phal cornu cervi sebegini besar tanpa keiki ialah $100.
No comments:
Post a Comment