Begitu juga dengan kekanda zana, sudah sembuhkah dari sakit belakang nya kerana terjatuh di nursery tempoh hari.
saya berharap kedua2 mereka berada dalam lindungan Allah dan semoga gembira selalu.amin...
Saya ada menerima SMS dari Kak Ani, HBnya tidak sihat. Saya berharap Kak Ani tabah dengan dugaan ini, mungkin abang perlu banyak rehat.Saya dan suami teringin hendak melawat Kak ani di rumah , tapi bimbang Kak Ani sibuk ataupun tiada di rumah kerana melawat anak atau menantu serta cucu di Taiping.
apa-apapun, saya berdoa agar Kak Ani sekeluarga sihat dan tabah.amin...
Juga kepada semua pembaca blog saya, semoga anda semua juga sihat dan gembira selalu.amin....
ok la, sampai di sini dulu hari ini.
Terharu sangat bila tahu ada orang ingat pada kita. Terima kasih tina. Memang rindu sangat nak berjalan2 ke nurseri macam dulu tapi keadaan tidak mengizinkan sangat. Dua2 tak berapa sihat.
ReplyDelete