Monday, May 18, 2009

mana pegi puan rumah nih

Adakah anda semua tertungu2 update dari saya? atau tertanya2 ke mana pegi puan rumah ini? Bagi yang tidak mendapat maklumat secara langsung atau tidak langsung, puan rumah menjalani pengambaraan drama swasta untuk 30 episod.so sibuk la sikit .hehehehehehehehehehe
Ini ialah cattlyea hybrid, berbau sangat wangi dan petalnya keras kecuali lip yang lemah gemalai. Harga $30. Kepada shida, akak rasa yang ini sama macam yang awak tengok kat far east tu yang harganya $45. Sesiapa yang berminat silalah beritahu yea.
close up with flash
Ini pula vanda limbata? entah tak tahu la , betul ke tidak. tetapi tersangat wangi dan petalnya keras dan berkilat. tersangat menawan.
Petang tadi tak ada kerja, berjalan ke nursery cari masalah.Terpikat dgn mokara ini, kerana bunganya yang besar dan cantik. Nama dah lupa , Katanya mokara madam kwan(mcm nam restaurant kat klcc tu pulak), mokara zaleha ke tengku zaleha tak ingat.yang di atas berwarna merah spot hitam rasanya.

Ini photo penuh, rasanya $18 berbaloi dgn panjangnya hampir 1 meter.deep purple - kalau tengok gambar penuh( saya agak malas nak download) lagi cantik
purple pink, colournya yang sweet je.
yellow yang menarik perhatian
merah - kalau tokeh tu tak promo pun saya amik sebab memang cantik.
Yang ini adalah cattleya greenwich with red lip kepunyaan ct
ini bunganya

mimi palmer hybrid -green , juga kepunyaan ctSeedling (M -size) phal violacea di ikat pada kayu. Kalau ada sesiapa berminat hendak memilikinya sila beritahu , harga cuma $15 jek.
Dendro antenatum kepunyaan kak zana
cymbidium finlay, juga kepunyaan kak zana
Oh! Kesemua cattleya sani sedang dalam proses memasuki kotak, tak tahu la muat ke tidak.
Ok la, saya berhenti dulu nak minum teh.
Oh!Oh! lupa nak cakap, ada teh dangdut. Sesiapa yang pergi gathering kat taman warisan, teh dangdut ada di jual di situ, memang lain dari lain. Apakah keistimewaannya? Adakah anda ingin menari dangdut atau menyanyi dangdut lepas meminumnya?Hehehehehehehehehehe
tak pe lah, saya tidak mahu memberitahunya kerana saya ingin anda merasaakannya dan mengalami nya sendiri. hihihihihihi
cheers

2 comments:

  1. salam kak..
    ya saya lah orgnya yg tertunggu2 itu.setiap masa duk tunggu update dr ktina.huhuhuuhu..kepunyaan ct diatas tu adakah bmaksud ct ni? atau ct lain ya kak.

    ReplyDelete
  2. oh yea ke ct.
    kesian awak, nanti lah bila akak termakan byk vitamin R , mgkn yea MUNGKIN akak update 4 hours daily. hihihihi
    oh, yang ct itu kepunyaan awak, selain ct adalah kepunyaan orang lain. ahaks.....
    akak suggest awak amik vanda pachara delight , nanti akak update kat sini.

    ReplyDelete