Saya meninjau2 apakah yang berlaku di depan, alamak air naik dan agak tinggi. Adakah lepas MyV saya ini mengharungi banjir itu. Saya biarkan ruang yang agak besar dgn kereta di hadapan dan zasssssss saya memecut. Lepas.........lega..........
Saya rasa di KL dan Selangor, pepatah mengatakan sediakan payung sebelum hujan sudah tidak sesuai lagi. Tetapi, sediakan boat, jet ski, sampan atau yang seangkatan dengannya adalah menepati pepatah itu. ..hehehehehehehe.
Ini disebabkan di 2 negeri termaju ini masih merangkak2 mencari penyelesaian untuk masalah banjir ini.
Berbalik cerita saya mengambil ibu saya, setelah menyelidik stail CSI, kesemua dalam keadaan tip top( dah makan, tiada darah tinggi, dan poket tebal hehehehehe) saya terus membawa ibu saya ke sg buloh. Ibu saya sudah lama tidak bershopping, sakan dia berborong samapi $200 dalam masa tak sampai 1/2 jam. walaupun saya pujuk nak bawa dia ke nursery yang jauh lebih murah tetapi dia bimbang kami tak cukup masa. sebab the next day dia nak renew passport sebab adik saya nak bawa dia pegi USA.TApi saya tidak sempat nak snap photo sebab sibuk sangat.
Pada hari Jumaat, kami pulang ke kampong. walaupun saya berat hati hendak meninggalkan okid2 saya, tetapi saya juga gembira hendak pulang. Setelah saya balik semalam, saya sangat teruja sebab okid yang saya bela dari tahun lepas sudah mengeluarkan bunga.
marilah kita cucui mata.
Ini pula Phal bellina pink, juga di beli tahun lepas. Bunganya yang cantik dan harum membuatkan saya berkobar2 hendak membeli seedling untuk di jaga hingga berbunga.
Yang ini pula ialah begonia massoniana( betul ke?), makcik saya nak jual pada harga $25. Begonia a.k.a. asam batu jenis ini memang menjadi kegilaan mereka yang meminati asam batu.Sesiapa berminat sila beritahu. seperti biasa siapa cepat yea.
Kak, cepatlah update cerita memborong kat Cheah pulak...he..he..he...
ReplyDelete