Tuesday, April 7, 2009

Saya bukan celebrity

Sila jangan guna nama saya , jika anda pergi ke nursery yang saya pernah pergi atau mentioned di sini. Gunakan lah skill tawar menawar anda dan bukan nama saya untuk mendapatkan discounted price. Saya akui, saya pergi ke banyak nursery dari KL melalui Selangor , ke Ipoh , Taping dan juga Kedah.
Kenapa?
Kerana kegilaan terhadap okid ini,dan untuk saya membuat perbandingan harga. Saya membeli di tempat yang menawarkan harga paling berpatutan dan jika layanan dan harga baik saya akan datang kembali.
Masalahnya ada orang guna nama saya " Kenapa mahal sangat , Tina kata okid jenis ini dia boleh dapat xxxxx price".
Jika anda rasa harga mahal dan saya boleh dapat murah sikit, tolong jangan guna nama saya. Satu lagi, jika anda tak dapat tawar seperti harga yang tadi, sila beritahu saya, saya akan cuba dapatkan seperti harga tersebut .
Saya sangat kecil hati dgn orang yang gunakan nama saya , sebab tokeh2 itu tidak selesa dengan hal ini.

No comments:

Post a Comment