Peristiwa ini sungguh memalukan! Ingat tak saya pergi bershopping okid, yea! Terjadi satu peristiwa hari ini dalam sejarah.
Setelah seronok memilih orchid yang saya minati, orchid yang dikirim kawan serta orchid yang saya rasa kawan2 saya suka, maka sayapun selesailah upacara membeli belah dan jangan lupa okid itu perlu di bayar.
Saya menyeluk saku, kerana saya baru masukkan wang sebelum saya keluar tadi. Eh! $45 je, rasanya saya masukkan banyak nota2 cinta tadi. Tak pe, saya buka purse.Ya Allah!Purse saya kosong, belek handbag. MasyaAllah, saya terbawa hangbag lain. Saya rasa muka saya dah merah padam, peluh jantan betina dah memercik di dahi.Mcmana nih, saya tanya terima credit card tak, dia tak terima, then minta mereka tunjukkan the nearest ATM. La, saya tidak biasa pulak jalan ke situ, sebab nya saya pergi ke kawasan itu hanya untuk membeli okid.
Maka saya talipon suami saya, mcmana nak pegi ATM tuh, suami saya kata tidak berapa jauh tapi kawasan tu memang jam and dia tak rasa saya selamat ke sana. Dia cadangkan saya tanya mereka samada mereka percaya pada saya . Jika percaya minta nombor account dan transfer duit kepada mereka.
Mereka kata boleh, then mereka kata"Haiya Tina!Kita olang percaya sama U, next week atau bila u datang u bayar la.
Hah!Banyak la, awak buat biz, nanti kalau saya hutang akan kacau biz awak. Lagipun memang saya tidak suka hutang.
Tak Apa!tak apa!Aiya......Kita percaya, kita percaya.nanti2 u datang bayar la.Haiya! Mereka adik beradik menepuk2 bahu saya.Mari bawa keta, kami masuk susun bunga.Setelah selesai saya pun memandu pulang.
Begitulah citernya, moral of the story " anda memang boleh bershopping banyak okid, tapi pergilah di nursery yang anda biasa pergi; supaya anda boleh berhutang dgn secara tidak sengaja; jika terlupa membawa duit".Hehehehehe bolehkah di ambil nilai murni(baru belajar dari anak2 perkataan ini) dari citer di atas.
Sebenarnya , jangan suka bertukar2 handbag(di mana ia merupakan salah satu kegemaran wanita), gunakanlah satu handbag sahaja ; disamping anda tidak tersilap anda juga boleh berjimat kerana tidak perlu berhabis duit beli handbag dan duit tersebut boleh di gunakan untuk membeli okid. Heehehehehehe
Gambar2 di bawah ialah yang tidak dimasukkan ke dalam blog semalam. Ada yang telah di miliki.
close-up bunganya.
Yang di bawah ini bukan dari nusery, cuma nak update doritis yang sedang berkembang di rumah.Tidak sure id sebenar doritis ini, tetapi sangat menawan petal berwarna putih kekuningan, lipnya purple and ada seperti warna coklat pekat de tepi lip itu.
Kak Tina....cantiklah bila letak kat dalam vase ...saya x sabar nak dapatkannya..Saya punya pokok masih flowering x.Booking satu lagi dendro.Williamsianum 1 pot...
ReplyDeleteJuaina,
ReplyDeleteYa,masih lagi flowering. ok reserve williamsianum utk awak satu pot.
Mereka kata boleh, then mereka kata"Haiya Tina!Kita olang percaya sama U, next week atau bila u datang u bayar la.
ReplyDeleteCe ace kita tafsirkan kenapa adik beradik LC tu kata begitu..
Sebab bila akak datang lagi sekali nak bayar hutang, dah surenye akak akan membeli belah orkid lagi.. :) tak gitu? sebab tiada orang gila orkid pergi nurseri orkid tak membeli..