Sebaik sahaja habis kami terus pulang ke kampong.
Sesampai di kampong, adam kembali penat , suami saya membawanya ke klinik kerajaan, kali kedua dia mengambil gas. Saya ke rumah makcik petang itu untuk melihat atau membantu . Agak2 dekat maghrib, baru saya pulang, sesampai di rumah adam penat lagi, bawa pegi klinik lagi , amik gas. Hospital assistant kata,satu hari cuma boleh amik 3 kali. Jadi suami tidak mahu amik risiko, kami pulang malam itu jugak dan sampai di rumah pukul 2 pagi. Suami berhenti 3/4 kali juga untuk berehat kerana dia mengantuk.
Saya cuma sempat mengambil beberpa keping gambar okid emak di kampong. Emak saya memang minat okid,dan ramai berkata tangannya sejuk dgn pokok2 okid, sebab itu okidnya rajin berbunga.Maka ramai juga yang selalu bertanya untuk membeli.Oleh itu dia telah membesarkan rumah orchidnya kerana ramai yang datang hendak membeli anak2 pokok dan juga yang sedang berbunga.
di bawah ini okid di laman beliau.
Dendro , saya tak sure namanya
oncidium ini tersangat cantik.Saya ada satu pot , tetapi telah di beli oleh seorang kenalan yang berharap sangat untuk memilikimya.
Renanthara Kalsom, okid ini tidak berhenti2 berbunga, kali ini naik 2 spikes.
Saya, vanda and kerabatnya memang gagal untuk membezakan mereka.Colour purple.
Brassia, baru hendak berkembang
satu lagi family vanda, orange pekat , sangat cantik
phal bellina
dendro noid
phal hybrid
dendro yang sama dari sudut berbeza
juga sejenis dendro
seedpod aerides odorata
Salam tina...
ReplyDeleteWah... so like mother like daugter la ni ya...hehe
Dua-dua mak n anak minat orkid...
Wah, seedpod tu kalau menjadi, lumayan!
ReplyDeletefzi,
ReplyDeletedulu2 saya tidak minat, kemudian saya rasa semua yang mak saya suka sudah turun kepada saya seperti berkebun, menanam bunga, menjahit, memasak. hehehehe
mungkin sebab kami sangat rapat.
shida,
ReplyDeleteitu aerides odorata yang di beli di nursery serdang.
akaknya yang beli dgn awak & kak hanim tuh, nak keluar 2 spikes, berdebar2 nak tunggu bunganya.
awaknya apa khabar. hari ini kak hanim bernagkat menunaikan umrah.