Monday, February 23, 2009

orchid di kayu atau pasu

Saya sangat berminat untuk melekatkan okid di pohon2 , tapi rumah saya tak ada pokok yang sesuai. Dalam kata lain memang tak ada pokok pun, yang ada cuma pokok mangga yang baru enam bulan di tanam.
Jadi untuk merealisasikan impian saya, saya telah membeli sebatang dahan rambutan yang di jual dgn harga $30 dan saya masukkan dalam pasu serta di kuatkan dgn pasir. Penjual ini ada juga melekatkan batang kayu kepada pasu dan harga yang di jual sekitar $40 -$80, tetapi masa saya datang dia tidak mempunyai stok yang saya mampu beli.Nanti la bila saya balik kampung lagi saya akan pergi nursery ini lagi.
Gambar di bawah ialah doritis lilac, saya sebenarnya dah ada tetapi terbeli pula bulan lepas sebab terlupa letak kat mana yang lama itu. Doritis adalah sejenis okid yang saya rasa mudah membiak, bila di tanam di pasu agak sukar untuk mengubahnya kerana akarnya yang berselirat dan keiki yang banyak.
Yang di bawah ini pula ialah phal amboinensis yang dilekatkan di kayu, saya rasa phal memang suka pada kayu, lihatlah spike yang baru keluar, saya baru lekat kan di kayu dalam masa sebulan.

Di bawah ini pula ialah phal corningiana, juga di lekatkan di kayu untuk memastikan keasliannya yang berhabitat kan hutan Pantai Timur.

gambar ini pula ialah doritis purple, mempunyai 3 spikes dan bebrapa keiki. tak tahu lah mcmana nak asingkan keikinya..

Ini ialah gambar orchid yang di lekatkan di kayu tadi. Harap2 ia hidup subur di sini dan menambah kecantikan lanskap rumah saya.

2 comments:

  1. Saya sekarang ni pantang nampak pokok yg ditebang, mesti dlm kepala otak nak ambik jer...muat tak muat nak masuk keta lain kira

    ReplyDelete
  2. hahaha, kat sini ada juga tapi pokok yg tepi jalan tuh, tak tahu la boleh ikat okid ke tidak.
    lagipun tepi jalan dan ramai orang lalu lalang, segan la pulak. hehehehe

    ReplyDelete