Monday, February 2, 2009

orchid dan hari jadi


phal lueddemanniana
warna bunga purple dan ada sedikit "stripes".di beli di serdang dan hanya ini saja yang tinggal. aunty itu bermurah hati menjual kepada saya dengan harga $10.

phalaenopsis gigantea
saya sangat berminat dengan phal jenis ini, mungkin disebabkan harga nya yang mahal dan sukar di dapati.Ia antara orchid yang mesti ada bagi pengumpul okid.Saya terima dengan rela hati kalau ada sesiap yang menhadiahkan atau "barter trade" phal ini dengan saya.

bulbo phalaenopsis
mula berminat dengan phal ini, semasa melihat satu gambar di internet. daunya yang sangat panjang dan sihat menarik perhatian saya. Yang saya beli ini, daunnya dua kaki panjang dan di pilih khas oleh tokeh. Phal ini mempunyai bunga yang sangat busuk seperti ikan busuk. saya rasa bila sampai masa dia berbunga, saya kena pindahkkan okid ini ke tempat yang jauh sedikit dari pintu masuk rumah saya. hehehehe

phalaenopsis philippinensis
Phal ini berasal dari filipina dan sangat sukar berbunga. saya membeli kerana berminat dengan daunnya yang unik. namun saya masih berharap agar ia berbunga juga nanti.

phal NOID
menurut kata tokeh bunganya berwarna coklat keperangan dan ada sedikit dot/stripes. mungkin cornu cervi. nampaknya bila berbunga baru tahu jenis apa. saya rasa murah sebab hanya $20 untuk pokok yang sebesar ini bersama 2 spikes.

No comments:

Post a Comment