"Kalau ibu kerja balik mesti kita kaya macam dulu......", kata anak perempuan ke dua saya.
" Ibu kita kaya ke?", tanya anak lelaki saya.
' Kita cukup sifat , ada kakitangan kita kaya la', jawab saya.
"ibu ni..........., adam cakap kaya tu.......banyak duit, keter besar, pergi holiday............"
' Kita boleh kaya gitu la, sebab kita cukup sifat dan ada semua anggota kat badan kita, so kita boleh lah bekerja dan berfikir bagaimana nak dapatkan semua tu......", jawab saya
"ooooooo...........", adam mengangguk kan kepala....
tak tahu la dia faham ke tidak.....
Saya rasa budak2 suka bertanya kan soalan ini. Masa saya kecik2 dulu, semasa emak saya sibuk menjahit baju di bawah cahaya pelita, di malam yang sunyi( wah! syahdunya bunyi....). Saya pernah bertanyakan emak saya , kenapa kita tak kaya. Jawapan emak saya adalah seperti yang saya beritahu Adam..
Kenapa kalau kaya aje mesti material tidak yang lain. Maksudnya kaya budi pekerti. Mulanya , saya hendak memberitahu Adam, kalau kita ada keter besar macam kawan adam tu ada Mercedes, tapi buli Adam , itu bukan kaya namanya. Tapi saya bimbang dia tak faham....
Merepek pula saya , marilah kita tengok kaum kerabat yang bukan saja mampu dimiliki oleh si kaya material tetapi juga kaya budi pekerti.....hehehehehehehe
Phal tetrapis var alba. Agar sukar untuk di cari sekarang ini.
Phal amboinensis var common, telah naik taraf dari rakyat marhaen ke kerabat....
Phal bastianii, untuk mendapatkan yang tidak berbunga adalah sukar apatah lagi untuk mendapatkan yang berbunga.
Phal speciosa, dari salah satu spike. Ada 4 spikes semuanya.
Ini juga dari pokok yang sama. Phal ini akan berlepas ke Utara untuk menemui tuan barunya yang kaya dengan kedua2 sifat yang saya ceritakan di atas tadi.
Yang ini ada satu petal yang berwarna putih.
ok la....rehat dulu...
Anak saya pula asyik kata kalau mama tak keja,kan bestt..tengahari balik sekolah boleh balik rumah sendiri.
ReplyDeleteErmm....macam tulah manusia. Kdg² tak sedar apa yg mereka miliki itu sudah cukup berharga.
Alhamdulillah..bersyukurlah dengan apa yang diberi olehNya.
ReplyDeleteshida: percayalah mereka kecil ni, mereka memang uska kalau ibu ada di rumah. tapi bila mereka mula merasakan apa yang mereka hendak susah hendak dapat seperti ibu bekerja, holiday cuma klang valley, gadget yang kawan2 ada mereka tiada, maka inilah jadinya. betul, kita tidak boleh manjakan mereka, tapi apa yang mereka patut dapat kita sekat, maka rasa bersalah sangat....
ReplyDeletehakim: ye, kita yang dewasa ini memang mudah memahami hakikat syukur( walaupun kadang2 tidak bersyukur hehehhehe) tetapi kanak2 belum boleh memahaminya secara mental dan fizikal.so, terapan dari rebung perlulah diberikan. Kes akak mereka dah hampir menjadi buluh. hahahhahahha