Wanita biasanya akan menyukai rose....
2 sebab aje, cantik dan wangi.....
ada ke wanita tidak menyukai rose?
Mungkin ada, tetapi tidak la ramai , saya rasa....
rose lebih disukai wanita dari lelaki.
kenapa?
sebab rose cantik , tidak kacak
kalau kacak , mungkin lelaki suka...hehehehehhehe
eh! kalau kacak bukan wanita suka ke? muahahahhahaha
Pernahkah anda mendapat rose dari lelaki kesayangan anda?
Saya pernah ,itupun sekali aje. hantar kat office masa kerja dulu.
Office mate semua kagum, tetapi sebenarnya,.........
mereka kagum kepada coklat yang di hantar lebih kepada rose yang wangi itu. ahaks.....
sekarang , saya sudah tidak bekerja dan saya tidak mengharapkan Encik Suami menghantar rose ke rumah.
Kenapa?????....................
Sebab di rumah saya sudah ada rose yang wangi, besar, kecil , cantik, buruk, warna kuning, pink, putih, belang2 etc.......
Kalau terasa teringin letak di dalam rumah, cuma keluar dan potong sebanyak yang suka dan letak dalam rumah.......
save budget suami untuk bunga, dan wang itu boleh buat beli kasut baru ke, baju baru ke , bla...bla... bla.... hehehhe
Meh la kita cuci mata.....................
tak tahu nama floribunda ke? david austin ke?Tapi yang pastinya, susunan kelopak sangat cantik dan warna merah semestinya di gemari....
Purpla dari Thai, tersangat wangi dan warna berbeza dari biasa.
saya sangat minat warna ini........ sweet sangat
Dari pasu yang berbeza
Rakan2 seangkatan rose, ada bertanya macamana mahu membiakkan rose. Ada banyak cara sebenarnya, tetapi hari ini saya ingin menunjukkan cara tut. Saya pelajari dari tokeh yang menjual rose.....
Peralatan yang di perlukan.......
Pisau yang tajam,
sarung tangan
penggalak akar
plastik pembalut
tanah baja
Pilih pokok rose yang akan hendak
Pilih batang rose yang sudah matang dan keras,
Jika boleh pilih yang sebesar batang pensil ,
Buat kelaran merentasi batang tersebut seperti gambar di atas
Kelaran mestilah antara ruas
Buat satu lagi kelaran yang berjarak 2/3 cm dari yang atas tadi.
Kikis kulit batang tadi, lihat gambar di atas,
pastikan bahagian dalam batang ini tidak luka
Seeloknya guna belakang pisau.
Beginilah rupa bahagian yang telah di kikis tadi
siram bahagian kelaran tadi dengan air. sila abaikan sidaian di belakang tu ye.....
sapukan penggalak akar
masukan pembalut plastik
Pastikan plastik tersebut di ikat dibawah bahagian yang telah di kikis tadi
Ikat bahagian tersebut
Masukkan tanah baja tadi
Pastikan tanah tersebut menutupi kesemua bahagian yang telah di kikis tadi.
Ikat bahagian atas pembalut tadi, dan picit tanah tersebut agar ia rata menutupi bahagian yang terdedah tadi
Telah pun siap
Tulis tarikh anda mengetut (mcm bunyi kntut pulak, eiiiiiiwwww......)dahan ini dan nama orang yang menmbuat tempahan tersebut
telah pun siap .
Dan ambil PERHATIAN, sila jangan gatal tangan hendak membuka ikatan hanya hendak mengintai samada akar sudah keluar ke belum..........
Tunggu sekurang2nya 4 minggu hingga 8 minggu, dimana anda boleh nampak akar dari luar pembalut plastik tersebut ( jika anda tidak tahu ,pembalut plastik itu lutsinar, dan transparent ye....)
Yang di atas kepunyaan andak dari kuantan.
saya akan menulis entry untuk semaian cara lain dalam entry yang lain
da.....
terima kasih...dapat jugak saya info yg berguna...saya memang suka bunga ros..
ReplyDeletechocoluv,
ReplyDeletesama2 , anda seorang dari ramai wanita yang menggemari rose.
saya pun dah tut pokok rose putih kg, tak sabar nak tunggu akar keluar.
ReplyDeleteshiros : nant kita bolehlah bertukar2 nota.
ReplyDeletenak cuba lah..thanks bnyak2 infonya..
ReplyDelete