Wednesday, April 13, 2011

keiki dan rumpun untuk di lepaskan - samb.

Selain daripada mempunyai kepandaian dalam bidang IT dan menjadi kuli di O***** *** ***, encik HB saya mempunyai kepandaian lain yang tidak di sangka2.

2 hari sebelum majlis gader2 di rumah saya, saya telah meminta tolong Encik HB meluaskan kawasan porch yang dipenuhi dengan barangan berkebun saya.Begini la perbualan pasangan suami isteri ini. hehehehehhehe

isteri, " bang....... boleh tak tolong kemaskan kat depan tu"
suami, 'depan mana'
isteri," ala...... depan tempat tina letak baja dan barangan berkebun tu"
maka encik HB pun keluar meninjau kawasan
porch yang di penuhi dengan berbagai2 barangan berkebun.

suami, ' yang ini tina nak lagi tak? yang itu? yang bawah pasu ni? yang macam kandang kambing ni?, yang hitam2 ni? yang bau busuk ni? bla...bla...bla....

isteri," ok, yang ini tina nak, yang itu nak, yang sana tak nak, yang kecik tu tak nak, yang besar tu nak, yang kat bawah pasu tak nak, bala...bla....bla......

Maka, encik HB pun dengan senang hati telah membantu saya mengemaskan ruang tersebut. tidak lama kemudain, setelah saya selesai membuat kerja - kerja rumah saya jenguk ke depan.
Eh! dah siap? dan encik HB telah naik ke atas menonton American Idol.

isteri, " cepatnya bang! terror la abang mengemas, dah bersih kat depan tu..........
abang guna magic wand ke?

Encik Hb hanya tersengih...
Saya tidak sangka encik HB mempunyai kepakaran silap mata yang saya tidak tahu. Semua yang saya tak mahu tengok sudah hilang dari pandangan mata......

3/4 hari yang lepas , masa saya hendak membaja pokok orkid saya. sebab sudah lama tidak berbaja dan meracun orkid2 tersebut, saya tidak jumpa di manakah barang2 tersebut. Hanya tadi berkesempatan bertanya encik HB.

isteri, "bang! kat mana abang letak baja orkid dgn racun yates tu."
suami," kat belakang la"
isteri," belakang mana? tadi tina cari tak jumpa?"
suami,' belakang la........., tempat orkid tina kat belakang tu........semua yang tina kata nak tu ........abang letak kat belakang"
isteri, " tina dah cari , tak jumpa pun........, yang lain semua ada.... tapi baja dengan racun orkid tak ada..........
suami, " yang tak ada tu, memang tak ada la........, yang tak nak tu semua abang dah buang......."

Hmmmmmmmmmmm........... memang encik suami terror la dalam silap mata ni.............
sah la.......baja yang hampir sama dengan harga phal gigantea flowering size tu dah kena buang la tu..........
Memang dah hilang dari pandangan mata, untuk selamanya...........

Ok la , meh kita sambung lagi , jualan keiki dan rumpun yang hendak di lepaskan.....


Dendrobium linguella - rege $10.

renathera phillipinensis - $10

keiki mimi palmer coklat - $5. sudah di borong oleh shida dan enie.

keiki vanda tesselata ( ada keiki di keiki )- $10. Ini adalah species ye, bukan cross dgn mimi palmer. ia adalah parent kepada mimi palmer dan baunya tersangat wangi. lebih wangi dari mimi palmer.

keiki vanda coerulea - $10

keiki phal borneensis - $10 yang atas, yang bawah $5

keiki phal carribean sunset x phal budi linohong - $5
vanda hybrid berwarna kuning , rajin berbunga dan wangi. harga $18.
keiki Phal purple martin var alba $8
dendro lamellatum, medium size. harga $8
vanda mimi palmer kuning, sama dengan kejariahnya, cuma belum berbunga lagi. $5. telah di book oleh shida.
vanda ustii - $10
keiki vanda mimi palmer blue....
dendro curly $8.bunga seperti di bawah.

keiki vanda luzonica kepunyaan ct .
Eh!!!!bukan untuk di jual, seronok berbuah sulong ....hehehehehe .....okra.....

No comments:

Post a Comment